Skip to main content

Posts

Goodbye 2013

Assalamualaikum wbt... Dengan berlabuhnya tirai 2013,nak buat rumusan sikit utk sepanjang tahun 2013.Ada happy ada sedih ada macam2.. 1. Tahun keibu-bapaan Tahun ni mmg banyak mengajar daku erti menjadi seorang ibu kepada cik Airis Fatiha ..Dengan macam-macam hal la.1st time management, mana nak jaga anak, nak masak, nak bla bla bla..2nd susu? oh ini dia cabaran zaman la ni.Kan sekarang ni mmg dipentingkan penyusuan ibu kalau bolehnya sampai 2tahun. Ibu xdapat sampai 2tahun sayang fatiha, sampai 6bulan fully bf, satu tahun bf + campur. Lagi satu pulak, pada bulan 8/9 ibu disahkan pregnant lagi. 2. Travel Hambik ko tahun 2013 ni tahun balas dendam la kiranya.Dimulai dengan pergi Sabah masa anniversary kami pada bulan 3, lepas tu Krabi/Phuket bulan 6/7 .Penghabisannnya Korea.( tak update lg). 3. Bisnes Start bisnes semula dengan macam2 produk yang ada sbb nak tambah duit dan zero hutang. Produk kesihatan QASEH, baju nursing, keperluan ibu & anak, tart, kek red...

Post tertangguh...

Assalamualaikum... Quick update..Ini dia list post yang belum sempat nak update: 1) Korea part 1,2,3 ( hoi mampu ke) 2) Terengganu/Cherating part 1 3) Krabi/Phuket Part 1,2 4) My bussinesss...QASEH ?korang tau dak apa dia?nantikan kemunculannya 5) Ada lagi tertinggal apa...sapa nak request meh request cepat2 hahaha bye bye bye

Simple GA - KLCC 3D Puzzle

  Assalamualaikum wbt.. Saja nak join GA ni.Nak mengembangkan balik blogger yg dah beku.macam best je macam menarik je kan? manalah tahu bertuah kan? Sapa nak join, moh kita beramai2..   TARIKH TUTUP ADALAH 29 NOVEMBER PUKUL 12 TENGAH HARI Admin, saya sudah follow blog dan facebook.. sekian.

Korea Trip 30 Oktober- 4 November 2013- Info Q & A

Assalamualaikum wbt.. Bila jari jemari masih terasa hangat dengan keterujaan untuk bercerita baiklah daku teruskan misi ini. Bilamana memori dan ingatan masih jelas.Tanpa membuang masa, jom get set go. Cerita Trip ni bermula dengan soalan2 mengenai Trip, berapa harga pakej ,tiket flight dan belanja dan bagaimana boleh pergi? soalan 1) Macamana boleh ikut trip ni? Trip ini adalah hasil sepakat dan persetujuan daripada unit kami & percutian kami mendapat kelulusan daripada bos kami sendiri ( macamana dapat kelulusan? OOTD dah tu).Perancangan trip ini telah dibuat daripada awal tahun lagi.So, sesapa yang nak piiii sila buat peracangan budget anda dan anda dan anda.Kalau kedekut nak berbelanja untuk berjalan, xyah jalan duk rumah saja..hahah kalau tgok org pi jalan jgn jeles plak yer..Anda buat anda dapat ( ada yang kena laser sat g :p..larikkkkk)..sebenarnya ini semua rezeki masing2.Perancangan dah dibuat.. Tetapi ketetapan masih daripaNYA..  2) Apakah pakej yang ...

Nervous

Assalamualaikum.. Biarlah daku berbicara di dalam ini.Kalau di fb ramai sangat yang perasan.Dekat sini xde sangat orang lalu lintas.Traffic pun low.Rasanya I am expecting for a new little one.Tapi tak pergi check doktor lagi. Ikut planning next year tapi rezeki tuhan nak bagi.Terima seadanya .  Akan berjumpa dengan doktor end of this week.Sori, bukan ibu tak excited tapi ibu bz sket dengan kakak airis lagi.Airis jadi kakak?hahaha kesian kecik2 jadi kakak.  Bulan oktober nak pergi trip office lagi, bawa Airis dan husband ke KOREA SELATAN.Tiket apa semua dah beli.Cuma persiapan baju je belum beli.Kpop lah sangat.Padahal xlayan pun kpop2 ni.Yang ku tahu Anyiong haseyoh dan kimchi... kbye....

Lama dah rasanya

Assalamualaikum. Lamanya dah rasanya tak mengepost dalam blog sendiri ni.rindu rasanya nak mengepost.asik buka facebook jela sampai xde mana nak menulis langsung.Bila online bukak facebook.Facebook sekarang pulak dah sampai zaman merapu meraban tahap gaban bak kata orang Pahang.Walaupun blog ni jarang dah dibuka dan kunjungan pengunjungnya pun makin berkurang yang pasti kerinduan pada menulis semakin menebal.Walaupun kejenya menulis merapu memanjang hahahaha..Dah kurang tahap ilmiah pun.oklah di kesempatan yang masih ada ini inginku menyusun sepuluh jari kemaafan kepada sesiapa juga yang pernah baca blog ni yg pernah terasa tersinggung apa..SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN daripada kami sekeluarga...airis, juli dan habibudin..sekian..