Skip to main content

SARAWAK continued...MAKAN2 TIME

Salam semua..

Bersiaran kembali setelah sekian lama menyepikan diri ini.First sekali nak cerita pasal makan.So, di Sarawak apa yang best untuk dimakan?Saya dah buat list sebenarnya untuk makan apa di sana.

1st.Laksa sarawak( my peberett)
2nd.Nak try umai
3rd...xtahu

Post kali ini cerita pasal makanan dulu la ye. Kalau kat Sarawak ni sebenarnya konpius juga bab nak makan apa ni.. sebab orang sana kan banyak percampuran budaya.So muka pun tengok macam nak sama je.Tatau nak membezakan ini muslim ke, iban ke,bidayuh ke,cina atau indonesia.sama ja...Alhamdulillah cik din dan kawan dia jadi 'guider' berjalan dan makan kat sana.
Tapi kalau nak makan depan waterfront tu agak mahal la juga.Kami makan di kedai fast food je kalau malam2..Lebih elok makan di seberang sungai..lagi best..hehe


1.Inilah minuman istimewa spesel di SARAWAK namanya TEH C PENG SPECIAL.Nama ni memang agak unik sebab C membawa maksud 3. Ada 3 layer ye kawan, atas teh, kedua susu dan ketiga gula apong.Gula apong ni memang ada di sana sahaja.Memang spesel...wah terasa mcm nk minum je lagi..wahhhh




2.Kek lapis.Macam-macam jenis ada, yang kebanyakan jual di kedai-kedai depan water front tu biasanya tak tahan lama dan tak guna butter.Ada beberapa kedai je yang guna butter.Kalau nak beli, pastikan beli jenis butter.Kalau tak, memang tak tahan lama.


3.Sayur midin ( paku pakis merah)sedap ni...menjilat jari.. di sana, diorang banyak makan sayur ni sebab memang banyak sangat.Lagi halus dan kecil lagi mahal tu..kangkung dengan bayam diorg sik ada sangat ya..


4.Udang black pepper.Disebabkan di sana banyak lada hitam dan itu memang hasil bumi di sana.Jadi, inilah hasilnya.Orang MALAYA( Semenanjung dalam bahasa sana) tak banyak masak mcm ni..hehe



5.Ayam penyet..Kalau dekat Johor pun ada ni.Ni asal usul makanan jawa @ kalimantan kot.Nasi , ayam berempah yang dipnyekkan, sayur tempe dan kacang lepas tu ada sambal tumis.slurpp..dap dap


6.Ini namanya LINUT.Mengikut katanya SITI( guider kami) LINUT ni ada nama lain.lupa la.Tapi cara makan dia adalah dengan mencampurkan sambal dgn sagu.Memang pedas..hot hot


7.MEE KOLOK..Mee mcm maggi digoreng kicap dan dimakan bersama sup kosong dan sambal.Macam Mee Ayam Indonesia.


8.MEE LAKSA SARAWAK..wah,..sedap gila. Saya amat sukakan ini.Ini rasanya mmg original dari sana kot.Besar kan udang tu?RM6 satu mangkuk tapi memang puas hati.


9.SUGARBUN( ni nama kedai).Dulu masa kemasukan KFC, diorg ada KFC sendiri namanya SUGARBUN.



10.UMAI..nampak tak kat tepi ikan belah kiri macam ada sambal kan.UMAI ni macam kerabu je tapi tak dimasak..sedap je.Biasanya dihidangkan dengan menggunkan makanan laut la..


Makanan lain?hurm..xdapat nak makan MEE JAWA dengan AYAM dalam buluh..huhu..lain kali la kot..Wish can go there again next time...

Continued with I BUY post next...

wassalam

Comments

Post a Comment

Comment

Popular posts from this blog

Tahun 2021 pun dah hampir habis.

 Assalamualaikum. Rasanya lama dah tak menulis dalam blog ni.hampir 4 tahun. Blog ni memang temanya campur2 lebih kepada penulisan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Kebelakangan agak jarang jari ni menulis. aku bukanlah blogger yang menulis untuk dapatkan pendapatan semata. tujuan aku menulis dulu banyak mengenai luahan hati aku sendiri. Aku kadang rasa blog ni macam diari aku kot. sebab banyak juga luahan hati dan perasaan dituliskan di dalam blog ini. blog ni usia dia dah lebih 10 tahun pun. dan aku pun jarang menulis. rasa takda siapa yang masih baca pun.  dan hari ini tergerak rasa nak menulis . ok nanti sambung...saja nak start engine.Sebab dah mula bosan dengan social media yang ada sekarang ni. aku rasa nak beralih semula kepada blog. sekian.

Apa dia blog?

Salam semua, Aku 'just' nak 'share' info dan bercerita sikit pasal topik ni dengan bloggers semua dan kawan-kawan yang berjinak2 nak mem'blogging'kan diri. Harap info ni berguna dan dapat membuka minda masing-masing. Setelah sekian lama baru aku terfikir apa dia blog ni?Lalu aku pun merajinkan diri mencari makna disebaliknya.(mcm buat research la..hehe) Aku tak pasti samada semua tahu dan paham dengan blog. Mungkin post kali ni agak bosan untuk dibaca dan kemungkinan besar takkan dibaca oleh sesiapa. Tapi aku harap 'bebelan' ini bermanfaat untuk semua.:).. Dah berapa hari xpost apa2 dan aku tiba2 terfikir nak post pasal topik ni.ok,mari kita mulakan..:) ......................................................................................................................................................................... Definisi : Blog adalah sejenis laman web yang dikendalikan sama ada individu, sekumpulan orang atau kadangkala organisasi untuk tujuan...

Menatang ni kalau gigit bisa woo

Disuatu pagi Hubby: Aduh sakitnya belakang ni pedih2..tukar cadar jelah mungkin cadar ni dah kotor. Wifey: Aah la kenapa merah sangat tu?hama kot Esoknya Wifey; Aduh sakitnya kat belakang jugak,mcm kena hama jugak ni..( rasa mcm charlie sbb penah nampak sekor) Hubby: Buh minyak gamat jela.. Wifey: Rasa mcm charlie dah ni sbb abg punya kesan merah merebak.. Aduh sapa kenal binatang ini?aku 1st time kenal masa dekat matriks kmpp di pongsu seribu.. Charlie namanya..gelemer gituw..alkisah masa dekat matrix aku mmg xpernah kena geget..Tapi ada la kawan2 sekuliah kene benda ni..dan dia pi geget kat muka je..Dahla yg kenanya tu budak2 lawa..kesian..memilih betui binatang ni. Ada mitos mengatakan dr cakap2 member sekuliah kata yg geget tu Charlie jantan..hehe..wallahualam. Masa belajar kat usm aku pernah kena bisa binatang ni masa nak exam 1st year. Habis belakang tengkuk aku kena bisa dia dan merebak hampir keseluruhan belakang badan. Housemate kata mgkin lebah sbb malam tu aku bunuh sekor l...