Skip to main content

Pak Arab -Akhirnya......

Salam semua..

Dalam diam tak diam saya update lagi ye..haha..semuanya pun berkongsi dan copy & paste sahaja..hehe

::Sepandai Tupai Melompat, Akhirnya Jatuh Ke Tanah::maksudnya::Walau selicik atau sehebat manapun orang tu, tetap tersungkur kerana kelicikannya, biasanya menjurus kepada perbuatan jahat la..

Masalah pasal perangai warga Arab di USM bukan perkara baru.Sampai diperkatakan dalam Buletin lagi.Tapi itulah..akibat Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga.Kadang-kadang saya sendiri pun mengalami masalah yang serupa dengan pak arab ni. Diorang kadang-kadang bawak kereta sesuka hati, tak bagi signal, berhenti tepi jalan tiba-tiba dan bermacam-macam lagila..Memang la tak elok kita melihat keburukan saja.Tapi itulah yang sehari-hari diperkatakan oleh warga USM..wuhuhu..

Macam tadi masa nak masuk USM, saya pun bara teruih dengan satu kereta ni.Sure pak arab..nah..memang benar pun pak arab.Bila kes kematian macam ni dah berlaku?So siapa yang perlu dipersalahkan?Rasanya diorg semua kena pergi kelas memandu ala Malaysia, supaya tahu adab orang sini kan??tataula nak kata apa doh..

Ihsan dr:UTUSAN ONLINE

Penuntut warga Iraq didakwa memandu secara berbahaya

19/02/2010 2:50pm

NIBONG TEBAL 19 Feb. – Seorang penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) warga Iraq didakwa di Mahkamah Majistret Nibong Tebal di sini atas tuduhan memandu kenderaan secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian penuntut universiti sama, Fadilah Abdul Halim, 27, Khamis lepas.

Menurut kertas pertuduhan, Hamood Sheehab Hamid, 45, didakwa melakukan kesalahan itu berhampiran lampu isyarat pintu masuk utama USM, Jalan Transkrian pada kira-kira pukul 9.45 pagi.

Hamood yang sedang mengikuti kursus Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Kejuruteraan Elektronik itu didakwa memandu secara melulu dan berbahaya tanpa mengendahkan keadaan dan kesibukan jalan ketika itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana tertuduh tidak faham bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Majistret Mohd Izham Ali mengarahkan pasport tertuduh ditahan dan menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan dua penjamin, masing-masing warga tempatan dan warga asing.

Mahkamah menetapkan 23 Mac ini untuk sebutan semula kes. – Bernama

p/s: Diriku ngeri lagi dengan eksiden2..pantang nampak benda bergolek atas jalan..eksiden ke apa ke..yg penting kenangan eksiden di km192.7 still dalam ingatan..huhu..wallahualam..

Comments

  1. kat tempat saya blaja pun ade. rasanya seluruh malaysia nih foreigner suka hati dia bawak kereta. memang geram!!

    oh, by the way, quote kat atas (about scientist) tu sangat menarik! :) love it!

    ReplyDelete
  2. sy mmg dah lama geram ngan pak arab ni..bawak keta mcm tak tau undang2 je dorang ni...kekadang menyusahkan orang.huuuuu

    ReplyDelete

Post a Comment

Comment

Popular posts from this blog

Tahun 2021 pun dah hampir habis.

 Assalamualaikum. Rasanya lama dah tak menulis dalam blog ni.hampir 4 tahun. Blog ni memang temanya campur2 lebih kepada penulisan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Kebelakangan agak jarang jari ni menulis. aku bukanlah blogger yang menulis untuk dapatkan pendapatan semata. tujuan aku menulis dulu banyak mengenai luahan hati aku sendiri. Aku kadang rasa blog ni macam diari aku kot. sebab banyak juga luahan hati dan perasaan dituliskan di dalam blog ini. blog ni usia dia dah lebih 10 tahun pun. dan aku pun jarang menulis. rasa takda siapa yang masih baca pun.  dan hari ini tergerak rasa nak menulis . ok nanti sambung...saja nak start engine.Sebab dah mula bosan dengan social media yang ada sekarang ni. aku rasa nak beralih semula kepada blog. sekian.

Apa dia blog?

Salam semua, Aku 'just' nak 'share' info dan bercerita sikit pasal topik ni dengan bloggers semua dan kawan-kawan yang berjinak2 nak mem'blogging'kan diri. Harap info ni berguna dan dapat membuka minda masing-masing. Setelah sekian lama baru aku terfikir apa dia blog ni?Lalu aku pun merajinkan diri mencari makna disebaliknya.(mcm buat research la..hehe) Aku tak pasti samada semua tahu dan paham dengan blog. Mungkin post kali ni agak bosan untuk dibaca dan kemungkinan besar takkan dibaca oleh sesiapa. Tapi aku harap 'bebelan' ini bermanfaat untuk semua.:).. Dah berapa hari xpost apa2 dan aku tiba2 terfikir nak post pasal topik ni.ok,mari kita mulakan..:) ......................................................................................................................................................................... Definisi : Blog adalah sejenis laman web yang dikendalikan sama ada individu, sekumpulan orang atau kadangkala organisasi untuk tujuan...

Menatang ni kalau gigit bisa woo

Disuatu pagi Hubby: Aduh sakitnya belakang ni pedih2..tukar cadar jelah mungkin cadar ni dah kotor. Wifey: Aah la kenapa merah sangat tu?hama kot Esoknya Wifey; Aduh sakitnya kat belakang jugak,mcm kena hama jugak ni..( rasa mcm charlie sbb penah nampak sekor) Hubby: Buh minyak gamat jela.. Wifey: Rasa mcm charlie dah ni sbb abg punya kesan merah merebak.. Aduh sapa kenal binatang ini?aku 1st time kenal masa dekat matriks kmpp di pongsu seribu.. Charlie namanya..gelemer gituw..alkisah masa dekat matrix aku mmg xpernah kena geget..Tapi ada la kawan2 sekuliah kene benda ni..dan dia pi geget kat muka je..Dahla yg kenanya tu budak2 lawa..kesian..memilih betui binatang ni. Ada mitos mengatakan dr cakap2 member sekuliah kata yg geget tu Charlie jantan..hehe..wallahualam. Masa belajar kat usm aku pernah kena bisa binatang ni masa nak exam 1st year. Habis belakang tengkuk aku kena bisa dia dan merebak hampir keseluruhan belakang badan. Housemate kata mgkin lebah sbb malam tu aku bunuh sekor l...