Skip to main content

Salt Lake City...yeay..

Salam semua..

Harini dah hari jumaat, kejeku berlambak2...Tapi sebab nak ceritakan juga pengalaman yang julung2 kalinya ni bagi habis, maka saya meneruskan juga.Gelak je ni..dalam hati ada benda yang terbuku yang perihalnya sudah acap kali di'post'kan.Pasti kalian menjadi bosan jika kuceritakan lagi..hehe..oK.Berbalik kepada cerita di SLC.


Sebelum bertolak ke SLC, saya dah menjenguk2 tempat yang patut dilawati di sana.hurm..Tengok2 tempatnya taklah bandar yang bandar sangat.Walaupun SLC ni dikatakan pekan yang terbesar dekat Utah, pekan dia taklah bandar sangat( harap2 kamu2 paham dengan ayat ni..hehe).Jadi hari pertama di sana, seharusnyalah tidur sepuas2nya untuk menghilangkan kesan 'jet lag' itu.
2nd day, kami meninjau2 tempat yang nak dituju masa conference berlangsung.Dekat US ni bezanya dengan negara kita, pemetaan dia bagus.Ada blok-blok.Bila tengok peta memang sangat senang faham.Nak sesat pun susah.Yang bestnya lagi dekat sana, ada shuttle bus and train.Freeeee..hehe..Ada pro n kont la.Tapi ayaq mineral depa rega USD3=RM9 plus plus.Adoila...hehee.Tapi xpa, depa ada ayaq tempat ayaq minum tu banyak( ala yang jenis tekan dan minum tu..hehehe). Lagi satu yang saya tak tahan nak tergelak pasal beristinjak.hehe.Kenala bawak botol pasal takde ayaq pancuq..Tapi toilet diorang memang bersih.Tataula yang saya pergi start dari airport semua bersih sangat2. Malu bila pikior balik kat tempat kita.


Ok,tempat yang wajib pergi dan popular dekat sana adalah diorang punya gurun, tempat ski dan yang dekat city center tu depa punya kuil( mazhab depa tak panggei gereja).Orang2 yang menganut agama depa tu digelar sebagai orang Mormon.Mazhab yang boleh kawin lebih daripada sorang tapi lebih daripada 4 la.hehe..Dan depa ada satu bangunan unik yang bila diorg tengok bangunan tu boleh tahu cuaca yang akan terjadi pada hari tersebut.Malangnya saya tak berkesempatan nak pergi tengok..


Lagi satu, keunikan bangunan, arca seni diorang memang menarik.Kalau nak tengok sila menengok facebook saya ye.hehe.Ok...masa 2nd day tu kami terjumpa seorang minah france yang memang keseorangan la macam kami.Lepas pergi tourism center tu kami bertiga berjalan2 ke THE GATEWAY iaitu open shopping mall yang depa kata terbesar dekat situ. Masa jalan2 tu hujan la pula.Disebabkan hujan maka kami pun pergi mencari kedai makan.Terjumpa kedai makan thai. Hentam jela..So far, terpaksala makan seafood sahaja.Alhamdulillah ada nasi.bestnya..hehe..alhamdulillah.lega..Dekat sini, ada banyak sangat kedai makan siam.Diorang macam suka sangat masakan siam.okla.Halal?kena pilihlah.ok?hehe


Balik itu, kami berjalan kaki balik ke hotel yg makan masa dalam 15minit.Tapi cuacanya nyaman..best sangat..esok dah nak start conference.daadaaa...Nanti saya cerita lagi kalau ada masa yer kawan2.
Nak sambung kerja untuk hari ini dan menenangkan hati dan perasaan..lalalaala..gelak je...:)

Comments

  1. dah boleh agak ape yg terbuku itu

    ReplyDelete
  2. bila nak sambung julie? suka sangat2! rasa akak pon sama berada di sana.. chewwah! lps abis sukum ni sambung aa.. I'm waiting patiently...hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Comment

Popular posts from this blog

Tahun 2021 pun dah hampir habis.

 Assalamualaikum. Rasanya lama dah tak menulis dalam blog ni.hampir 4 tahun. Blog ni memang temanya campur2 lebih kepada penulisan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Kebelakangan agak jarang jari ni menulis. aku bukanlah blogger yang menulis untuk dapatkan pendapatan semata. tujuan aku menulis dulu banyak mengenai luahan hati aku sendiri. Aku kadang rasa blog ni macam diari aku kot. sebab banyak juga luahan hati dan perasaan dituliskan di dalam blog ini. blog ni usia dia dah lebih 10 tahun pun. dan aku pun jarang menulis. rasa takda siapa yang masih baca pun.  dan hari ini tergerak rasa nak menulis . ok nanti sambung...saja nak start engine.Sebab dah mula bosan dengan social media yang ada sekarang ni. aku rasa nak beralih semula kepada blog. sekian.

Apa dia blog?

Salam semua, Aku 'just' nak 'share' info dan bercerita sikit pasal topik ni dengan bloggers semua dan kawan-kawan yang berjinak2 nak mem'blogging'kan diri. Harap info ni berguna dan dapat membuka minda masing-masing. Setelah sekian lama baru aku terfikir apa dia blog ni?Lalu aku pun merajinkan diri mencari makna disebaliknya.(mcm buat research la..hehe) Aku tak pasti samada semua tahu dan paham dengan blog. Mungkin post kali ni agak bosan untuk dibaca dan kemungkinan besar takkan dibaca oleh sesiapa. Tapi aku harap 'bebelan' ini bermanfaat untuk semua.:).. Dah berapa hari xpost apa2 dan aku tiba2 terfikir nak post pasal topik ni.ok,mari kita mulakan..:) ......................................................................................................................................................................... Definisi : Blog adalah sejenis laman web yang dikendalikan sama ada individu, sekumpulan orang atau kadangkala organisasi untuk tujuan...

Menatang ni kalau gigit bisa woo

Disuatu pagi Hubby: Aduh sakitnya belakang ni pedih2..tukar cadar jelah mungkin cadar ni dah kotor. Wifey: Aah la kenapa merah sangat tu?hama kot Esoknya Wifey; Aduh sakitnya kat belakang jugak,mcm kena hama jugak ni..( rasa mcm charlie sbb penah nampak sekor) Hubby: Buh minyak gamat jela.. Wifey: Rasa mcm charlie dah ni sbb abg punya kesan merah merebak.. Aduh sapa kenal binatang ini?aku 1st time kenal masa dekat matriks kmpp di pongsu seribu.. Charlie namanya..gelemer gituw..alkisah masa dekat matrix aku mmg xpernah kena geget..Tapi ada la kawan2 sekuliah kene benda ni..dan dia pi geget kat muka je..Dahla yg kenanya tu budak2 lawa..kesian..memilih betui binatang ni. Ada mitos mengatakan dr cakap2 member sekuliah kata yg geget tu Charlie jantan..hehe..wallahualam. Masa belajar kat usm aku pernah kena bisa binatang ni masa nak exam 1st year. Habis belakang tengkuk aku kena bisa dia dan merebak hampir keseluruhan belakang badan. Housemate kata mgkin lebah sbb malam tu aku bunuh sekor l...