Skip to main content

Apa yang Mengembirakan Isteri Dalam Bulan Ramadhan

Salam Ratuhatian yg dimuliakan.

Apa yg amat mengembirakan dan membahagiakan anda pada hari ini ialah apabila melihat suami anda bersungguh-sungguh mencari redha Allah dan berusaha menjadi orang bertaqwa di akhir Ramadhan nanti.

Bulan yang penuh barakah ini adalah khas untuk suami-suami membaiki ibadah khususnya seperti solat, memantapkan bacaan Al Qurannya, menguatkan iman dengan membaiki kualiti puasanya dan meneguhkan aqidahnya dengan menuruti sungguh-sungguh amalan puasa yg diamalkan oleh Ar Rasul SAW.

Insya Allah. bergembiralah anda jika anda lihat suami anda:

  1. Bangun sahur dengan mengambil wudhu sebelum menjamah makanannya. Malah lebih syahdu jika anda lihat dia ruku' dan sujud sebelum bersila di hadapan hidangan.
  2. Mengejutkan anak-anaknya yang masih kecil dengan kasih sayang mengajak bersahur untuk belajar berpuasa siang harinya.
  3. Tingkahlakunya yang lebih sabar yang tidak cepat "panas baran" apabila kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak, anda dan juga dirinya sendiri di sepanjang siang harinya.
  4. Bertanyakan kepada anda sebelum membeli juadah untuk berbuka dan membantu anda menyediakan dan menyiapkan hidangan untuk berbuka puasa.
  5. Meminta kebenaran anda untuk berbuka di surau / masjid bersama-sama dgn kariah mencari pahala memberi makan kepada musafir yang berpuasa di masjidnya.
  6. Dia yang membaca doa berbuka puasa.
  7. Semasa berbuka, selepas dia menjamah tiga biji buah tamar, dia mendahulukan anak-anaknya makan hidangan kegemaran mereka. Dia tidak marah jika makanan kegemarannya dia habiskan oleh anak-anaknya.
  8. Dia mengajak anda dan/atau meminta anda menguruskan anak-anaknya ke surau untuk solat isyak dan terawih berjamaah.
  9. Dia menyatakan puasnya dapat menghabiskan kesempurnaan solat terawih dengan solat witir bersama jamaahnya.
  10. Dia menceritakan bacaan tajwidnya banyak ditegur oleh rakan-rakan setadarus dan mengharap bacaannya bertambah baik pada malam esoknya.
  11. Sebelum dia masuk tidur, dia memantau di dapur memastikan nasi di dalam periuk eletrik sudah tersedia dimasak untuk sahur esoknya.
  12. Dia memperingatkan anak-anaknya agar tidur awal untuk bangun awal esoknya.
  13. Dia memastikan jam loceng atau handfon yang ada "alarm" tersedia untuk mengejutnya pada jam 5 pagi esoknya.
  14. Dia menyatakan kepada anda yang dia bercita-cita untuk mendapatkan Malam Laillatul Qadar" di sepuluh malam terakhir dengan meminta kebenaran anda utk beriktikaf di masjid yang berdekatan.
  15. Dia menanyakan kepada anda, tarikh untuk bershopping membeli pakaian untuk anda dan anak-anaknya.
  16. Dia tutup setiap malam dgn memeluk anda walaupun anda membelakanginya dengan kedengaran sebutan lidahnya membaca "Tiga Qul" sebelum berdengkur meninggalkan alam sedarnya.

Inilah kebahagian hakiki seorang isteri kerana suaminya berusaha menjadi pemimpin yang bertaqwa untuk melayari bahtera keluarganya ke destinasi yang hakiki. Ke Syurga Jannah.

copy from www.ratuhati.com

p/s: maka, suami2 di luar sana..ketahuilah bahawa inilah sebenarnya kebahagian seorang isteri..bukan wang ringgit..emas berkodi2 sampai xlarat pakai( nak jugak sbb en habib bg masa kwein je..ekeke. kurang berat dr org lain yg berjela2..ekekeke)...Maka, cubalah apa yg termampu..kita hanya manusia biasa.wallahualam

Comments

Popular posts from this blog

Check list keperluan ibu dan baby( newborns)

picture taken from here http://babyproductreviewszone.com/tag/free-baby-stuff/  Assalamualaikum semua... I ni semua checklist yang saya cedok daripada beberapa blog untuk ingatan dan tatapan diri sendiri.Juga boleh jadi reference untuk orang lain :) Senarai yang perlu dibawa oleh bapa / suami (PENTING) 1. GL @ surat jaminan majikan@ kad insurans* 2. Kad merah ibu mengandung* 3. Kad pengenalan ibu dan bapa* 4. Duit* 5. Rekod kesihatan* Keperluan bayi di hospital(PENTING) 1. Selimut dan tuala untuk bayi* 2. Beberapa helai kain lampin dan sapu tangan* 3. Beberapa helai pampers* 4. 3 - 4 helai pakaian baby* 5. Beberapa pasang sarung tangan dan kaki/mitten and booties* 6. topi baby / cover kepala baby* 7. Bedung/barut baby* 8. Alatan mandian baby* 9. Wet tissue- untuk lap baby* 10.Minyak telon* 11.Baby dipers * *Keperluan ibu/mama di hospital ( PENTING) 1. Tuala 2. Barang mandian ( berus gigi ,ubat gigi, pencuci muka, beda...

GA 1st Year Blog Anniversary | aryshafayyadh.blogspot.com

Syarat2 Penyertaan : 1.  . Follow Page FB BloggerUtara ( WAJIB ) : BloggerUtara 2. Follow BLOG semua PENAJA ( WAJIB ) : aryshafayyadh  |  Kasihku Amani  |  Mrs Secretary  |  Dunia Zumal  |  Murni Alysa  |  Husna Zahidi  |  Cerita Orang Bujang  |  Fatimah Nabila  |  gnisnuy  |  Permata Biru  |  Arzmoha  |  Tasha Qisha  |  Hikayat Budak Pening  |  Yan Ty  |  Zai Zamree  |  Kira Sakura  |  Arwendanish  |  Siti Nurzafirah  |  Siti Sharini  |  Mia Zain  |  Cik Ash 3. Follow IG semua PENAJA (bagi yang ada) : @arysha_fayyadh  |  @zumal84  |  @murni.alysa  |  @dearhusnaaa  |  @cikpinz  |  @timmmbill  |  @gnisnuy  | @arzmoha  |  @tashaqishaofficial  |  @yantlee  |  @zai...