Skip to main content

Apabila privacy tercabar?

Salam dan selamat malam...

Apabila orang berkata , kita patut tak ambik port ke? boleh ambik port kalau benda tu mempositifkan diri kita. Memangla kita hidup di dunia ni nak kena ada perhatian daripada orang lain. Betul memang sangat tak dinafikan.Sebab maybe orang tu caring dengan kita. Kononnyala.. Tapi kadang cara tu tak menghalalkan cara.Adakah kerana diriku yang terlalu emosional?mungkin.
Tapi apabila privacy itu sedikit tercalar?itu mungkin salah sendiri yang terlalu exposed kot?dulu dah ada orang ingatkan tapi asik ignore je apa yang orang kata.Salah sendiri ke?Mungkinla.
Sedari dari dulu lagi mmg diriku mcm ni.Daripada zaman communityzero? circles99? irc? boleh tanya dgn member2 yg duk ada. Diriku memang macam ni.Salah ke ber'sosial' dengan kawan2 di laman fb daripada mengumpat atau ckp bukan2 di luar?kalau bab nak menilai keburukan orang, memang nampak sangat di mata.Manusia memang macamtu.
Sampai meluat dengan diriku ini akibat kecuaian yang mungkin dilihat pada diriku sendiri je..Perlu ke cakap di belakang?kalau xpuas hati, nasihat je la.Semua tu xsalah kalau dah benda tu dirasakan tidak elok dan salah.Ini adalah kali kedua amaran itu datang dan this 2nd one is much more deeper sebab nama disebut.
Memang senang kan nampak kesalahan orang lain? Benda tu sangat nampak kan? At least benda yang dibuat tu dinampak.Bukan tersorok?
Yazid, akak xpaham maksud entry anda tu..adakah menyindir ?atau ada maksud tersirat?hehe
Apa2pun semua ni adalah pengajaran yang berguna untuk diri sendiri yang acap kali melakukan kesilapan tanpa disedari diri sendiri.Mungkin diri ini perlulah berhati2 di masa hadapan tatkala membuat tindak tanduk tanpa disedari.Memang pun tindak tanduk dipantau mungkar dan nangkir.Tangan yang menulis dan melihat, telinga yang mendengar bakal menerima akibatnya...
diingatkan disini, saya online sekarang di rumah ye.bukan di opis.kalau dah xsuka sangat, silalah usulkan ketidakpuasaan hati anda dan block je aplikasi2 ni dekat opis & usulkan pada pihak berkenaan.kalau dah xsuka teknologi, jgn benci orang lain yang guna...tata..sangat tidak puas hati!!!
p/s;kalau dah xsuka, kalau dah busuk tu busuk jugak kan?

Comments

  1. Yazid, akak xpaham maksud entry anda tu..adakah menyindir ?atau ada maksud tersirat?hehe

    yzd baru baca post akak yang nie: akak sudah bertanyakan kan psl post tu kan? hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Comment

Popular posts from this blog

Tahun 2021 pun dah hampir habis.

 Assalamualaikum. Rasanya lama dah tak menulis dalam blog ni.hampir 4 tahun. Blog ni memang temanya campur2 lebih kepada penulisan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Kebelakangan agak jarang jari ni menulis. aku bukanlah blogger yang menulis untuk dapatkan pendapatan semata. tujuan aku menulis dulu banyak mengenai luahan hati aku sendiri. Aku kadang rasa blog ni macam diari aku kot. sebab banyak juga luahan hati dan perasaan dituliskan di dalam blog ini. blog ni usia dia dah lebih 10 tahun pun. dan aku pun jarang menulis. rasa takda siapa yang masih baca pun.  dan hari ini tergerak rasa nak menulis . ok nanti sambung...saja nak start engine.Sebab dah mula bosan dengan social media yang ada sekarang ni. aku rasa nak beralih semula kepada blog. sekian.

Apa dia blog?

Salam semua, Aku 'just' nak 'share' info dan bercerita sikit pasal topik ni dengan bloggers semua dan kawan-kawan yang berjinak2 nak mem'blogging'kan diri. Harap info ni berguna dan dapat membuka minda masing-masing. Setelah sekian lama baru aku terfikir apa dia blog ni?Lalu aku pun merajinkan diri mencari makna disebaliknya.(mcm buat research la..hehe) Aku tak pasti samada semua tahu dan paham dengan blog. Mungkin post kali ni agak bosan untuk dibaca dan kemungkinan besar takkan dibaca oleh sesiapa. Tapi aku harap 'bebelan' ini bermanfaat untuk semua.:).. Dah berapa hari xpost apa2 dan aku tiba2 terfikir nak post pasal topik ni.ok,mari kita mulakan..:) ......................................................................................................................................................................... Definisi : Blog adalah sejenis laman web yang dikendalikan sama ada individu, sekumpulan orang atau kadangkala organisasi untuk tujuan...

Menatang ni kalau gigit bisa woo

Disuatu pagi Hubby: Aduh sakitnya belakang ni pedih2..tukar cadar jelah mungkin cadar ni dah kotor. Wifey: Aah la kenapa merah sangat tu?hama kot Esoknya Wifey; Aduh sakitnya kat belakang jugak,mcm kena hama jugak ni..( rasa mcm charlie sbb penah nampak sekor) Hubby: Buh minyak gamat jela.. Wifey: Rasa mcm charlie dah ni sbb abg punya kesan merah merebak.. Aduh sapa kenal binatang ini?aku 1st time kenal masa dekat matriks kmpp di pongsu seribu.. Charlie namanya..gelemer gituw..alkisah masa dekat matrix aku mmg xpernah kena geget..Tapi ada la kawan2 sekuliah kene benda ni..dan dia pi geget kat muka je..Dahla yg kenanya tu budak2 lawa..kesian..memilih betui binatang ni. Ada mitos mengatakan dr cakap2 member sekuliah kata yg geget tu Charlie jantan..hehe..wallahualam. Masa belajar kat usm aku pernah kena bisa binatang ni masa nak exam 1st year. Habis belakang tengkuk aku kena bisa dia dan merebak hampir keseluruhan belakang badan. Housemate kata mgkin lebah sbb malam tu aku bunuh sekor l...