Skip to main content

Berapa ramai lagi mau terkena dik non?ttpm part 1

Assalamualaikum.

Saja saya nak update perkembangan kes saya sebulan yang lepas.Bagi yang ada baca , tahu, paham dan ambil tahu. Terima kasih dan tahniah saya ucapkan bagi pihak diri anda sendiri. Bagi yang take it for granted, sambil lewa, satu je nak pesan. Belum kena belum tahu dan jadikanlah iktibar ye. Terima kasih sebab mengikuti kes ini. Bak kata pepatah dah terkena barulah terngadah. Alhamdulillah hampir selesai semuanya setelah menang kes pada 2 hari lepas iaitu 27hbdisember2011. Sepatutnya pada 22hb disember 2011 sudah dipanggil untuk pendengaran kes, namun pihak penentang ( peniaga) tidak hadir ke mahkamah ttpm dan saya tiada bukti yang menunjukkan surat tuntutan telah dihantar kepada mereka. Bukti itu adalah pos berdaftar (AR). Kalau pergi dekat pejabat pos, diorg tahulah apa benda ni. Kalau xde bukti AR ni, memang susahlah sikit sebab ini adalah bukti penting dalam kes tuntutan di TTPM.

Maka kes saya telah dipostpone ke tarikh 27hb disember 2011 baru2 ini. Pada tarikh tersebut, pihak penentang masih juga tidak muncul. Kenapa tidak muncul? saya pun tak tahu kenapa. Yang saya tahu AR kad saya dah sampai di tangan saya. Pada pagi itu, sekali lagi nama saya dipanggil untuk pendengaran kes tanpa pihak penentang disisi.Semua bukti dan dokumen2 sokongan ada pada tangan saya untuk back up balik kes tuntutan .Alhamdulillah puan pengerusi ( hakim di mahkamah ttpm) telah meluluskan tuntutan saya setelah mendengar hujah2 dan point yang diberikan. Walau saya ni xberapa pandai bercakap dan berdebar2 waktu itu namun saya cuba juga sedaya upaya menegakkan apa yang dah sedia salah.

Keadaaan dalam bilik pendengaran:

depan sekali , tempat duduk paling tinggi adalah untuk pengerusi.( bertukar2)

disebelah meja pengerusi ada kandang :( tak tahu untuk apa,mgkin utk saksi)

di bawahnya ada 2 meja,

meja 1: staf daripada ttpm

meja 2: penentang dan penuntut( duduk bersebelahan)

yang lain2: ada 6 bangku untuk org lain ( kes-kes lain)

kita boleh dengar kes orang lain.

Berikut hujan saya dan puan pengerusi semasa pendengaran:

puan pengerusi: kes awak ni kes kad gores dan menang?

saya: bukan puan, koyak dan menang, dah tukar taktik penipuan itu.

puan pengerusi: mana kad AR dan bukti pembelian/resit?

saya:(saya bg pada dia)

Puan pengerusi: Sila nyatakan tuntutan anda?

Saya: berikut adalah tuntutan saya, tuntutan saya adalah berasaskan 3 perkara puan,yang pertama: saya merasakan seperti terpedaya dan tertipu semasa jual beli berlangsung,diaman pihak penentang menawarkan hadiah percuma sedangkan bersyarat .syarat itu ialah saya harus membeli peralatan alin untuk mendapatkan hadiah percuma tersebut.yang kedua, saya merasakan barang ini tidak berkualiti jika hendak dibandingkan dengan barang berjenama lain yang jauh lebih berkualaiti dan harganya adalah berpatutan, ketiga, sebagai pengguna, saya rasa telah ditindas kerana dihalang untuk memulangkan barangan yang telah diterima dan membatalkan transaksi kad kredit yang sepatutnya boleh dibatalkan dalam jangkamasa 3 hari.

Puan pengerusi: Bila awak mintak pulangkan barang?

saya: pada hari yang sama

puan pengerusi: Mana awak tahu barang tu tak berkualiti?saya: sebab barang tersebut tidak berjenama.

puan pengerusi:awak dah guna barang tu?

saya: belum. masih belum dibuka sejak beli.

Lepas tu puan pengerusi diam dan menulis sesuatu.lama jugak dia diam dan menulis, ada dalam 5minit.

Puan pengerusi: setelah mendengar tuntutan daripada pihak penuntut tanpa kehadiran pihak penentang,maka dengan ini ttpm telah membuat keputusan untuk memberikan award kepada pihak penentang.

saya: terima kasih puan pengerusi( masa dengar dah menang kes tu rasa mcm nak sujud syukur tang tu jugak)

award: macam kompaun/saman ke atas penentang( peniaga itu).jumlah kompaun adalah berdasarkan nilai tuntutan kita.

tindakan kalau xbayar?panjang lebar kesnya dan boleh dikenakan denda kalau xbayar.tapi, saya kena bagi sendiri surat itu pada pihak penentang.sambung kemudian,,,

the end...

p/s: dalam duk2 bising dan membebel(mmg kuat bebel) dalam fb, blog, twiiter, ym, ternyata masih ada lg terkena dalam lingkungan kenalan2 saya. huishh..pandai betul depa menipu ye..isk isk..jadi jaga2..nntikan sambungan part 2.hehe..mcm sinetron..:P

Comments

  1. Salam

    Alhamdulillah... Awak menang kes. Harap peniaga tu ambil iktibar.

    ReplyDelete
  2. x perlu sinetron, citer melayu pasal black magic pun byk episode :p
    alhamdulillah berjaya, :D

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah dah menang... macam simple jer dia punya perbicaraan ek? tapi mesti debar giler... congrats weh!

    ReplyDelete
  4. irtiyah: selagi xtarik balik lesen, selagi tu xkan jd iktibar .huhu
    kak cei: alhmdulillah..
    mash: mmg simple.sbb bayar pun rm5 je.hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Comment

Popular posts from this blog

Tahun 2021 pun dah hampir habis.

 Assalamualaikum. Rasanya lama dah tak menulis dalam blog ni.hampir 4 tahun. Blog ni memang temanya campur2 lebih kepada penulisan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Kebelakangan agak jarang jari ni menulis. aku bukanlah blogger yang menulis untuk dapatkan pendapatan semata. tujuan aku menulis dulu banyak mengenai luahan hati aku sendiri. Aku kadang rasa blog ni macam diari aku kot. sebab banyak juga luahan hati dan perasaan dituliskan di dalam blog ini. blog ni usia dia dah lebih 10 tahun pun. dan aku pun jarang menulis. rasa takda siapa yang masih baca pun.  dan hari ini tergerak rasa nak menulis . ok nanti sambung...saja nak start engine.Sebab dah mula bosan dengan social media yang ada sekarang ni. aku rasa nak beralih semula kepada blog. sekian.

Apa dia blog?

Salam semua, Aku 'just' nak 'share' info dan bercerita sikit pasal topik ni dengan bloggers semua dan kawan-kawan yang berjinak2 nak mem'blogging'kan diri. Harap info ni berguna dan dapat membuka minda masing-masing. Setelah sekian lama baru aku terfikir apa dia blog ni?Lalu aku pun merajinkan diri mencari makna disebaliknya.(mcm buat research la..hehe) Aku tak pasti samada semua tahu dan paham dengan blog. Mungkin post kali ni agak bosan untuk dibaca dan kemungkinan besar takkan dibaca oleh sesiapa. Tapi aku harap 'bebelan' ini bermanfaat untuk semua.:).. Dah berapa hari xpost apa2 dan aku tiba2 terfikir nak post pasal topik ni.ok,mari kita mulakan..:) ......................................................................................................................................................................... Definisi : Blog adalah sejenis laman web yang dikendalikan sama ada individu, sekumpulan orang atau kadangkala organisasi untuk tujuan...

Menatang ni kalau gigit bisa woo

Disuatu pagi Hubby: Aduh sakitnya belakang ni pedih2..tukar cadar jelah mungkin cadar ni dah kotor. Wifey: Aah la kenapa merah sangat tu?hama kot Esoknya Wifey; Aduh sakitnya kat belakang jugak,mcm kena hama jugak ni..( rasa mcm charlie sbb penah nampak sekor) Hubby: Buh minyak gamat jela.. Wifey: Rasa mcm charlie dah ni sbb abg punya kesan merah merebak.. Aduh sapa kenal binatang ini?aku 1st time kenal masa dekat matriks kmpp di pongsu seribu.. Charlie namanya..gelemer gituw..alkisah masa dekat matrix aku mmg xpernah kena geget..Tapi ada la kawan2 sekuliah kene benda ni..dan dia pi geget kat muka je..Dahla yg kenanya tu budak2 lawa..kesian..memilih betui binatang ni. Ada mitos mengatakan dr cakap2 member sekuliah kata yg geget tu Charlie jantan..hehe..wallahualam. Masa belajar kat usm aku pernah kena bisa binatang ni masa nak exam 1st year. Habis belakang tengkuk aku kena bisa dia dan merebak hampir keseluruhan belakang badan. Housemate kata mgkin lebah sbb malam tu aku bunuh sekor l...