Skip to main content

Posts

Flasback story

Assalamualaikum semua.. Lepas ni blog ni banyak update pasal perkembangan baby kot..Sebab blog rahsia lg satu kena kurangkan untuk menjaga hati sahabat2 lain :) .Bagi yang lain2 tu kalau sudi jomlah baca..heheh Alhamdulillah harini dah 5w5d.Dalam hati still takut2 lagi sebab macam yang sebelum ni kan starts bleeding pada minggu ke 6.jadinya kena tunggu sampai jumaat ni. Lepas tu tunggu lagi sampai 8w.lepas bila dah lepas 1st trimester baru lega kot.. Hurm, sebenarnya haritu masa test UPT lepas dah delay period 3 hari. Pergilah beli UPT tergedek2 dekat depan farmasi sg 2 tu.Haritu pun pi beli dekat situ jugak. Hambik ko kali ni aku pi beli 2 ketui UPT. Masa nak beli tu, sales girl assitant Pharmacist tu habaq la suh test waktu pagi. Tapi aku xkira dan2 nak pi check jugak di kala senja sama macam duk buat haritu.hehe.Check punya check, line masih samar2. Tapi dalam hati duk kata for sure punyalah. Bila suami balik, konon nak surprise tapi xjadi surprise dah.hehe Tapi malam tu jugak2 nak...

Syukur padamu Ya ALLAH

copy from :http://hamidarshat6.blogspot.com/2011/01/doa-untuk-dapat-zuriat.html "Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..." (Surah Maryam ayat 4-5) Doa dari Surah Al-Furqan : 74 Maksudnya : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa. Berikut adalah do’a-do’anya: رَبَّÙ†َا ÙˆَاجْعَÙ„ْÙ†َا Ù…ُسْÙ„ِÙ…َÙŠْÙ†ِ Ù„َÙƒَ ÙˆَÙ…ِÙ†ْ ذُرِّÙŠَّتِÙ†َا Ø£ُÙ…َّØ©ً Ù…ُسْÙ„ِÙ…َØ©ً Ù„َÙƒَ Maksudnya: “ Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepadaMU dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami ...

Muzium arkeologi lembah bujang, nasi arab mendy, pulau jerejak countdown to 2012 part 2

assalamualaikum semua, Punyalah lama tunggu nak update cerita ni..dah basi tapi moh update . Muzium Arkeologi Lembah bujang.Ini bukanlah kali pertama saya ke sini, kalau tak silap perkiraan dah kali ke-3 kot.Yang pertama masa kecik dulu , seingat saya bulan puasa masa darjah 5.Waktu tu balik kampung ke Kedah.Dalam duk tunggu waktu berbuka, abah bawak perg sini .Tapi tak sempat masuk ke dalam muzium waktu tu.Hanya tinaju meninjau di luar aja. Masa sekolah pun kita ada belajar pasal tempat bersejarah ni kan? lupa dah masa form berapa.Mungkin form 1 sebab waktu tu belajar zaman batu air semua la..Tapi silibus sekarang sudah jauh ku tinggalkan maka saya tidak tahu.hehehe Oklah, Kalau daripada penang tu kita sure lah ambik jalan ke PLUS arah ke utara sampai ke tol sungai petani utara.Jangkamasa dia dalam 40 minit la ke exit tol sg petani utara. Kemudian cari sign board ke uitm tanjung dawai. Tanjung dawai ni kampung sebelah abah saya.Kemudian carilah sampai jumpa merbok.ambik masa dalam se...

Berapa ramai lagi mau terkena dik non?ttpm part 2

Alhamdulillah.. Lepas menang kes, saya pergi hantar surat award yang dikeluarkan ttpm kepada pihak penentang serta merta ke pasaraya Giant Bayan Baru itu. Masa tu jam menunjukkan pukul 12 tengahari, yang ada dekat tempat tu hanyalah dua orang staf penipu itu. Keduanya perempuan. Yang sorang tu nampak tua sikit tengah duk belek katalalog dan kira stok.Yang sorang lagi umur belasan tahun tengah duk blur blur dekat situ.Me n hubby pergi ke sana dan inilah perbualan kami: Hubby: You kerja sini ke? Girl 1: Ye saya kerja sini. Hubby: You? Pompuan tua sikit: Tak saya tak kerja sini.( muka tipu) Hubby: Shazali ada? kedua2 perempuan: Dia takdak, xmai lagi. Hubby n me: Kami dapat award daripada tuntutan pengguna, so ini ada surat ,you tolong tandatangan bagi pihak shazali mengatakan surat ini sudah sampai pada syarikat you. girl 1: saya xmau tulis, saya staf aja..( dengan nada gelabah) pompuan tua sikit: saya tatau apa2, ini bukan saya buat ( takut jugak). Hubby: takpala, kalau you xmau, suruh s...

Muzium arkeologi lembah bujang, nasi arab mendy, pulau jerejak countdown to 2012 part 1

Assalamualaikum. Entry di ambang 2012 ni kira entry rojak la.hehe lumsum 2011 punya cerita.Cerita basi tu sila abaikan.hehe.Yang saya tahu, tahun 2011 memang penuh suka duka.lara, gumbira dan bla bla.Namun hidup perlu diteruskan ye.Rentetan peristiwa? usah diingat lagi, let by gone be by gone.. So, ini berapa cerita dalam 1 untuk satu entry? lu kiralah sendiri.:P Masa cuti di ambang 2012 hrtu, punyalah boring tak tahu nak buat apa, ke mana, di mana?siapa? Maka: alkisah 29hb 12 2011 - Pergi ke pulau jerejak semalaman untuk claim groupon yang telah dibeli itu dengan harga rm98. Walau pulau tu sebenarnya duduk belakang rumah je.Tak la sebetulnya belakang rumah, tapi boleh nampakla rumah daripada pulau. this my 2nd time to jerejak island, the 1st time is during the kayaks expedition with usm's staf and kru club. But on that time, never get the opportunity to visit the spa resort. Yela, berkayak kan..rekreasi kan? masa tu berkayak rasa macam nak putus tangan mengelilingi pulau.adei..So...

Berapa ramai lagi mau terkena dik non?ttpm part 1

Assalamualaikum. Saja saya nak update perkembangan kes saya sebulan yang lepas.Bagi yang ada baca , tahu, paham dan ambil tahu. Terima kasih dan tahniah saya ucapkan bagi pihak diri anda sendiri. Bagi yang take it for granted, sambil lewa, satu je nak pesan. Belum kena belum tahu dan jadikanlah iktibar ye. Terima kasih sebab mengikuti kes ini. Bak kata pepatah dah terkena barulah terngadah. Alhamdulillah hampir selesai semuanya setelah menang kes pada 2 hari lepas iaitu 27hbdisember2011. Sepatutnya pada 22hb disember 2011 sudah dipanggil untuk pendengaran kes, namun pihak penentang ( peniaga) tidak hadir ke mahkamah ttpm dan saya tiada bukti yang menunjukkan surat tuntutan telah dihantar kepada mereka. Bukti itu adalah pos berdaftar (AR). Kalau pergi dekat pejabat pos, diorg tahulah apa benda ni. Kalau xde bukti AR ni, memang susahlah sikit sebab ini adalah bukti penting dalam kes tuntutan di TTPM. Maka kes saya telah dipostpone ke tarikh 27hb disember 2011 baru2 ini. P...