1st child-Airis fatiha

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

2nd child - Irdhina Sofia

Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, March 10, 2016

Sharing Produk SimplySiti Terbaru untuk 2016

Assalamualaikum.


Harini saja nak share dan update tentang produk simplysiti. Mesti korang besa dengar. Takkan xbiasa kot. Saya pun ada jugak pakai beberapa produk daripada Simplysiti. Saya ni jenis yang tak berapa pandai sangat dengan barangan kosmetik ni, kadang beli yang kecik dan test dulu sesuai tak. Sebab ada certain yang xsesuai buatkan rasa gatal disebabkan chemical atau bahan dalam tu.So terus stop. Asas penggunaan kosmetik nak tahu sesuai ke tak, kita test dalam 3 bulan. Tapi kalau dah rasa xsesuai stop la terus.

La ni nak cerita pada produk SimplySiti ni. Masa mula keluar produk kosmetik yang diasaskan Dato CT dulu ramai yang ragu-ragu berkesan ke x. Tapi produk ni dihasilkan dekat KOREA. Tengoklah penyanyi K-POP diorang,ala-ala flawless gitu. Dato CT pun katanya dah buat kajian hampir 2 tahun dengan teknologi di sana. So, banyak dah yang pakai kata bagi hasil yang baguih bak kata org utara la..:)


Dah masuk tahun ke 6, sambutan produk ni makin menggalakkan dan banyak maklum balas yang amat positif daripada pengguna. Sempena dengan tahun ke 6 ni Simplysiti online ada keluarkan 3 produk terbaharu. Meh nak share gambar dan nama produk kot sesuai dengan kita boleh la try kan: 


SimplySiti My First Make UP
Produk Kosmetik yang ni adalah dikeluarkan khusus untuk yang hanya menggunakan peralatan make up yang asas atau basic make up macam compact powder, mascara, lipstick dan eyeliner. Yang jenis simple macam ni sesuai untuk remaja.


SimplySiti La Collection D’Or
Jenis yang ni untuk wanita bekerjaya yang amat mementingkan penampilan diri dan nak nampak ala-ala elegent  dan curlass gitu dengan plate warna-warna keemasan yang cukup ‘rich & glamour’


SimplySiti NEW AGE
Yang ni yang last, SimplySiti turut memperkenalkan set penjagaan kulit untuk wanita yang ingin kelihatan sentiasa muda . Dengan formula dan khasiat yang berbeza, NEW AGE by SimplySiti ternyata berkesan! Hat yang ni kita yang dah nak masuk 30-an ala2 nak kerepot ni boleh la pakai kot boleh nampak muda remaja..hehe..

Sekian saja entry kali ini. Len kali kalau rajin kita update lagi.So apa lagi boleh try tengok dekat outlet2 yang berdekatan atau beli online dekat link ni  Simplysiti online pun boleh. Nanti ada masa kalu nak try pakai bila ada masa.