Friday, January 28, 2011

hatiku menangis

ohoo..sangat emosional malam ni.just dunno why.but the repeated questions keeps coming this weekend?why?coz recently there is people near me just having their offsprings 7 mostly is their first child . and the 2nd thing is,i am staying here alone in my house without him by my side.yela.dia amik cuti direct sebelum raya cina la kan..
while i am writing right now, my tears drop just like a rain drop from the sky.Never can be stop coz this sorrowness has been inject deep inside my heart .I just cannot take it this 2 months. I just try be happy and busy with my own life without ever thinking of that things which keep stuck in my head. why? why? should i ask this questions ?no..
I should not be this way...my mum always remind me not to be emotionally express my feelings in my blog?huhu.but i am not like other people who secretly privately hide their own name on their blog when they get involved with this kind of posting..no its not me.am i being to open?no.I have just privately choosing certain people that can read my blog. this is to avoid misundertsnding and kind of avoid not welcomed viewers .
cam diari plak..hehe

1 tahun 10 bulan

salam semua..
ni rentetan private yang kedua..apa yang ada dgn nombor?macam besday kita la..nombor asik bertambah je.hari mati pun tiap detik tiap saat makin hampir.tapi diri ini rasa mcm xbetul2 lagi hambanya yang terbaik.huhu.
sebenarnya xde idea nak tulis ni..hehe..1 tahun 10 bulan tu jgkamasa perkahwinan kami.Kalau dilihat2 la.pada wall fb...semua hidup org lain yg normal akan bergerak dgn normal..tambah lg sorg ahli hidup yg baru.kalau dikira2 umur perkhawinan saya ni.orgnya mesti dah ada anak sorg yg at least berumur berbulan2..kalau yg hebat tu umur dh setahun dan nak tambah lg sorg.lojik kan?
Terasa diri sgt terisolated ok, contoh dkt opis sy tu.semua dah kawin dan semua dah ada anak ..me?sgt terkebelakang.dah xde geng nak cerita , cerita lain selain hal anak.lepas ni semua sembang bab susu, lampin.pok pek2..tertekan ok.sangat tertekan.bila bc wall fb yg ada anak asik cite hal anak je..anak berak, anak mandi,semua nak cerita.mungkinla saya tak merasa apa diorg rasa.kalau sy ada anak pun mungkin saya buat mcmtu.kan?bukan salah mereka.mereka happy.bagusla...bila org pegnant, atau beranak, huhuh..sedih beb sedih sgt2..walau hati kata rileks2..tp mmg xboleh rileks..
Tapi jiwa ini sememamngnya sangat memberontak ..ini adalah naluri yang xdapat dibendung oleh seseorang yang bergelar wanita.mcm yang saya tgk dalam drama2 masa kecik2 dulu.selalu terfikir, eh takkanla susah sangat nak ada anak.eh takkanlah org tu amik anak angkat.susah ke?
Sekarang baru sy terasa perit jerihnya ok...treatment?toksah katala..perlu cerita lg?xyahla rasanya..bosan karang.
Macm baru2 ni.saya jd panel interview.ada dua org lg.yang sorg tu duk bg ceramah plak kat candidate pasal anak dan rezeki.dey tambi, aku rasa kerdil gila.mcm yang ko kata tu nak kena kat aku.nak kata rezeki hang banyakla?????jangan berlagak ok.reseki tuhan boleh tarik as simple as 1,2,3..duk pok pek kat tepi aku pekes?pastu melawak plak dgn sorg lg.huhu...boring sgt..boring..
daaa...end of today entry pok pek.

Tuesday, January 18, 2011

Apabila privacy tercabar?

Salam dan selamat malam...

Apabila orang berkata , kita patut tak ambik port ke? boleh ambik port kalau benda tu mempositifkan diri kita. Memangla kita hidup di dunia ni nak kena ada perhatian daripada orang lain. Betul memang sangat tak dinafikan.Sebab maybe orang tu caring dengan kita. Kononnyala.. Tapi kadang cara tu tak menghalalkan cara.Adakah kerana diriku yang terlalu emosional?mungkin.
Tapi apabila privacy itu sedikit tercalar?itu mungkin salah sendiri yang terlalu exposed kot?dulu dah ada orang ingatkan tapi asik ignore je apa yang orang kata.Salah sendiri ke?Mungkinla.
Sedari dari dulu lagi mmg diriku mcm ni.Daripada zaman communityzero? circles99? irc? boleh tanya dgn member2 yg duk ada. Diriku memang macam ni.Salah ke ber'sosial' dengan kawan2 di laman fb daripada mengumpat atau ckp bukan2 di luar?kalau bab nak menilai keburukan orang, memang nampak sangat di mata.Manusia memang macamtu.
Sampai meluat dengan diriku ini akibat kecuaian yang mungkin dilihat pada diriku sendiri je..Perlu ke cakap di belakang?kalau xpuas hati, nasihat je la.Semua tu xsalah kalau dah benda tu dirasakan tidak elok dan salah.Ini adalah kali kedua amaran itu datang dan this 2nd one is much more deeper sebab nama disebut.
Memang senang kan nampak kesalahan orang lain? Benda tu sangat nampak kan? At least benda yang dibuat tu dinampak.Bukan tersorok?
Yazid, akak xpaham maksud entry anda tu..adakah menyindir ?atau ada maksud tersirat?hehe
Apa2pun semua ni adalah pengajaran yang berguna untuk diri sendiri yang acap kali melakukan kesilapan tanpa disedari diri sendiri.Mungkin diri ini perlulah berhati2 di masa hadapan tatkala membuat tindak tanduk tanpa disedari.Memang pun tindak tanduk dipantau mungkar dan nangkir.Tangan yang menulis dan melihat, telinga yang mendengar bakal menerima akibatnya...
diingatkan disini, saya online sekarang di rumah ye.bukan di opis.kalau dah xsuka sangat, silalah usulkan ketidakpuasaan hati anda dan block je aplikasi2 ni dekat opis & usulkan pada pihak berkenaan.kalau dah xsuka teknologi, jgn benci orang lain yang guna...tata..sangat tidak puas hati!!!
p/s;kalau dah xsuka, kalau dah busuk tu busuk jugak kan?

Monday, January 17, 2011

positif

Salam.

Sukar ke menjadi manusia positif?
Sukar?
Senang?Sukar...
Asik negatif je.camana kuasa positif nak masuk line.asik negatif je..adei..end

Friday, January 7, 2011

Hasil tangkapan..end of sabah



















let the picture tell you guys..xde mood nak tulis..daaa


I want to write in english even though it is a bit broken..hahaha

Salam and good evening everyone..
What if you are putting your hope high up to the sky but then what you get is not what u are expecting it to be?
The result never come up to your mind?
Even though only you know that the effort you have put is more than you can imagine?
The end...
This is what we call faith..Trust me..

Wednesday, January 5, 2011

Sabah part 2-jalan2 dalam kerja.hehe

Salam siaran di malam rabu malam khamis .jam 810malam.

Selepas siap makan malam iaitu mee yang dimasak pagi tadi.Perlula jimat minyak nak masak.Lagipun duk sorang nak masak apanya.Makan apa yang ada.Tak payah susah2.jimat dan cepat.hehe.Tapi malam ni rasa creapy sikit walau dah menempuh 4hari berseorangan.Pasal angin kuat berdentum2 pintu rumah.adei.. Oklah kita sambung cerita.Apa ada dengan sabah?mau tanya lagi????
* Pulau yang cantik-cantik -sangat best untuk snorkeling.Kalau dekat KK ( Kota Kinabalu) ada macam2 pulau seperti mamutik, manukan dan lain2 yang tidak dapat disebutkan lagi.hehe.tapi yang dekat dengan jeti di KK tu manukan dengan mamutik.
* Gunung Kinabalu? takkan tatau kot.hehe..Gunung tertinggi di Asia Tenggara-fakta-4905.2 meter (13455 kaki) dari aras laut. - Memanjang di Banjaran Crocker .fullstop
* Tempat peliharaaan/perlindungan orang utan dan jugak prosbosic monkey.apakah prosbosic monkey?monyet belanda? kenapa nama dia macamtu? sebab idung dia laaa..hehehe.Sila rujuk gambar.Tapi spesis prosbosic monkey ni ada di labuk bay.

* Banjaran tanah tinggi Kundasang..syok tuuu..lebih kurang cam cameron tapi rasanya macam cameron best lagi.hihih.( marah plak orang sabah bahh).

* Kalau orang gila seafood,inilah tempatnya..siap ada orang semenanjung bungkus bawak balik semenanjung tu dik nonnn..Udang keringnya memang best sesangat.hehe.Jangan lupa beli.Tapi saya tak beli sebab udang beli kat pangkor duk ada lagi.

* Mutiara, Kristal, cengkerang laut..walawei..Bagi kaum wanita la kan..


* Makanan tempatan?diorang kata chicken wing dia best.Tapi saya tak rasa pun. Dan juga kerepek ikan diorang yang sedap itu ( serius sedap dan xde msg kot.xmasin sangat) dan kuih cincin yang xberapa manis itu.

*psssttt-kalau nak tau, harga makanan lain2 kat sini kebanyakan tempat yang saya pergi semua rm6 ke atas.Jangan harap nak jumpa nasi goreng harga RM3.50/RM4.Tapi tak tahulah mungkin ada port2 yang menarik/murah/berpatutan yang saya tatau kan.Lepastu, kalau nak makan citarasa orang semenanjung macam susah sikit la nak capai standard kita ( ini orang semenanjung yang dah lama duk sana habaq..tp selama 2minggu duduk mmg betul pun.hihihih). On the positive side, dapatlah menguruskan sket badan.ye tak dol?
Ok..itu intronya, ini baru nak masuk rentetan perjalanan pada hari sabtu & ahad.(28 n 29hb)

-Gambar dekat Nabalu-bersama zila staf mka,jb.

sabtu (28hb/11/2010)

-bertolak dari 1BORNEO iaitu tempat penginapan kami di Putrajaya Mini jam 9 pagi-yang terletak berdekatan dengan UMS .Terdapat 4 buah hotel( Courtyard, tune hotel, grand borneo dan 1 lg lupey).Hotel ni memang strategik .Sebab? keempat2 hotel ni bersambung sesama sendiri dan dalam hotel tu ada shopping mall.hehe

- 10 pagi,tiba di Nabalu (perhentian di puncak bukit) selepas sejam perjalanan.Dekat sini ada dijual barangan cenderahati dan sayuran segar dari ledang.Dan ada tempat snap2 gambar berlatar belakangkan banjaran tanah tinggi yang sangat cantik..superb..

-11.00 Sampai di kundasang.



- Gambar di dream world resort- bermimpi jela kalau nak bercuti duk atas ni..hihih

-12.00 berhenti makan di Dream world resort..sangat cantik tajaan puan Ainah punya pakcik( staf perikanan sabah)...
- Nak duk dekat sini dia punya rate kalau tak silap over than 400+++.hihih..
-Gambar di Mesilau-

-Lebih kurang jam 2 petang kami ke Mesilau dan Kinabalu park.Masa on the way tu hujan renyai2.Macam punah kejap harapan nak tengok gunung. huhu.Last2 nampak jugak masa on the way tu, tapi puncaknya tak nampak langsung.Oklah sampai dekat kinabalu park tu, kami pergilah melawat ke tempat exhibition tentang gunung kinabalu.Baru saya tahu, rupanya gunung kinabalu ni ada banyak puncak.hehehe.( macam xbesa naik gng punya orang..tp takat ni dua bijik gng je didaki pun.huihui).Kemudian dalam pukul 3 lebih kami bertolak balikla lepas meninjau2 apa yang patutkan.

-Gambar berlatarbelakangkan gunung kinabalu( walau xdapat daki..sanagat takjub)

-Jam 3.30 petang, Masa on the way nak balik tu, nahhh nampak x?macam dekat je gunung kinabalu ni kan?Indahnya kuasa ciptaan tuhan.Memang ada menanam impian untuk mendaki.Tapi bilakah?Bukan kita boleh suka2 je nak pergi ni, mengikut kata teman2 yang dah daki tuff agak tuff..kena training at least 2-3 bulan jugak.Tahniah kepada kawan2 ku yang dah sampai.Mesti sangat teruja dan rasa best sangat.Kepada kakak iparku cik sulast, sahabatku lenny, idah,hamid ilhami dan sapa lagi ek?lupey.Saya jeles sama kamu.hihihi..

p/s:mak saya kata. tula banyak sangat2 angan2..camana nak ada a**k.hihi.Jangan marah haa...

....sambungan part 3-beli belahlah cik kiah oitt...( sapa cik kiah tu?hihi)

Monday, January 3, 2011

Lupakan Sabah buat seketika..2011 here I come

Salam semua..
Dengan motto pada tahun ini Veni, Vidi, Vessi.Saya lihat, saya pandang dan saya menakluki.o yeahhh..takluklah sangat kan?Walaupun hari ini sudah masuk hari ke-3, saya pun nak tulis jugak apa saya nak buat dengan berhenti sejenak post sambungan ke Sabah ( macam glamour la sangat nak bagitau orang lain.hehe) Namun kita hanyalah hambanya yang mampu merancang, Dia maha mengetahui. Motivasi untuk diri sendiri juga.
Bila dipandang pada tahun lepas, ada banyak peristiwa pro dan kontra dalam kehidupan yang memang tak dapat dilupakan.Hanya empunya diri lebih mengetahui selain tuhan yang maha esa yang senantiasa mendengar doa hambanya yang lemah ini.
Tatkala jari jemari menulis rentetan peristiwa , jam menunjukkan angka 8.35pm dengan azan isya' berkumandang di luar jendela rumahku.Sedang nak mengingat kembali apa yang terjadi pada tahun lepas.Tahun lepas bermula dengan saya yang outstation ke merata tempat , semuanya atas tuntutan kerja.Ke Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan. Bukit Merah, Sabah dan paling terutama ke Oversea iaitu USA.Sangat seronok ke negera orang,Merentasi 3 buah negara.Walau sangat jakun dan penat tapi berbaloi dengan pengalaman yang dapat ditimba.
Pada tahun 2010 yang lepas,saya telah mengambil keputusan untuk pergi membuat rawatan di klinik swasta , yang ni sebab masalah yang banyak kali dah post kot.hehe...takut bosan je bila nak cerita semula. Tapi takde kesan, ada rawatan susulan for my hubby.Tapi dah dia pindah kerja pula ke kl, terbantut seketika.Nak tau kesan ubat tu?badan saya naik 5kg dalam jangkamasa 3 bulan pengambilan. Hambik ko, itulah punca kegemukan yang terjadi. Dah dinasihatkan kawan-kawan kalau ambik memang subur ler sangat. Badan pun naik subur macam kena pam dengan angin puk puk..dush..kebabo.hahahaha..Jadinya sekarang punyalah susah nak turun.huhuhu..maintain berat lebih 60kilo. Sila rujuk gambar dibawah ye.hehe..

Kita tutup buku 2010, kita buka cerita dan azam 2011..apakah?

Self enhancement

- Nak fokus apa yang dah dibuat sekarang.Tak kesahla apa pun

- Nak menjadi seorang yang positif dan lebih matang dalam membuat keputusan.

-Nak buang sikap buruk diri sendiri iaitu irihati, mengumpat( ada kawan saya cakap, kalau seseorang tu umpat pasal orang lain pada dia, dia yakin seseorang tu akan mengumpat balik pasal dia kat kawan lain,dan saya sokong kenyataan ni pasal adalah sorang tu kuat sangat ngumpat ..hehe terngumpat plak..end of story), benci membenci, meluat, selalu kena buli dan ada orang kata mulut saya tak best bila bercakap.biasalah orang.macam2 nak komen.diri sendiri cam bagusss( hahaha. cari gaduh)

- Nak rapatkan silaturrahim sesama insan di dunia, yang dekat dirapatkan, yang jauh diserasi2kan( betul ke motto aziz desa ni?)

- Nak mendekatkan diri dan memperbaiki iman, takwa kepada ilahi.

Materialistik punya visi..

- Ke vietnam insyaALLAH( bulan 3 , dah booking flight)

-Nak pergi Umrah dengan my mama ( ni tatau jadi ke x)


- Settlekan pembelian rumahku syurgaku(50%)

- Beli lappy baru( since memang xde lappy, pinjam yang adik punya je selama ni, tunggu duit kwsp la)

Peribadi & keluarga( sampai bila2 punya mision ni tak habih..hehe)

-misi yang ni tataula, mungkin berterusan..dan yang paling utama terutama menjadi isteri dan anak yang solehah.amin..ibu?( ni bukan dalam penguasaan saya untuk menjadi atau terjadi, semuanya ketentuan ALLAH SWT dengan nada sedih..)
- selalu sangat dah bermimpikan saya berbaik dengan seseorang ni, hai apakah tanda mimpi itu.pening sangat den..Tapi tak termampu untuk melakukan sendiri.


Dan untuk suamiku, berjaga2lah diri anda di kejauhan ye.daa..

Wassalam..9pm..

p/s: saya telah membuat sedikit perubahan pada blog ini iaitu.sila perhatikan..

Feedjit ini ditambah untuk memudahkan detect sapa yang datang menjengoi.Jadi, awas anda diperhatikan sebab ada beberapa jengukan yang agak was-was.Sebab saya tahu ada( yeke?) yang suka jadi pemerhati dan membaca je.hehe.Siapakah?anda ke?jangan risau.saja je nak tahu.hehehe


Ovulation cycle untuk memudahkan saya

Di bawah itu pita pengukur ambik daripada proram daisypath for self motivation untuk kuruslah konon.hihi.

end of post.nampaknya hari2lah posting gayanya..ngee

Happy New Year

Assalamualaikum semua.. Selamat tahun baru buat semua..