Wednesday, February 29, 2012

Flasback story

Assalamualaikum semua..

Lepas ni blog ni banyak update pasal perkembangan baby kot..Sebab blog rahsia lg satu kena kurangkan untuk menjaga hati sahabat2 lain :) .Bagi yang lain2 tu kalau sudi jomlah baca..heheh

Alhamdulillah harini dah 5w5d.Dalam hati still takut2 lagi sebab macam yang sebelum ni kan starts bleeding pada minggu ke 6.jadinya kena tunggu sampai jumaat ni. Lepas tu tunggu lagi sampai 8w.lepas bila dah lepas 1st trimester baru lega kot..

Hurm, sebenarnya haritu masa test UPT lepas dah delay period 3 hari. Pergilah beli UPT tergedek2 dekat depan farmasi sg 2 tu.Haritu pun pi beli dekat situ jugak.

Hambik ko kali ni aku pi beli 2 ketui UPT. Masa nak beli tu, sales girl assitant Pharmacist tu habaq la suh test waktu pagi. Tapi aku xkira dan2 nak pi check jugak di kala senja sama macam duk buat haritu.hehe.Check punya check, line masih samar2. Tapi dalam hati duk kata for sure punyalah.

Bila suami balik, konon nak surprise tapi xjadi surprise dah.hehe Tapi malam tu jugak2 nak pi cari UPT clear blue yang ala2 mahal gitu yang boleh bagitau pregnant dah berapa minggu.Harga? Dekat guardian RM29.90.

Malam tu memang xboleh lena, pukul 5 pagi dah check .Punyalah lama nak tunggu sebab yang ni canggih sikit.heheh. dalam 3 minit keluarlah 2-3 weeks.Bermakna 4-5 weeks.ALHAMDULILLAH lega tapi xberapa excited sebab risau sangat2. Masih fobia dengan kisah lampau.huhu

Keesokannya jumpa doc lagi untuk confirm .Lega doc pun kata positive. Hari Khamis nak pergi scan perut dan kedudukan baby.Alhamdulillah dia duk diam2 dalam kantung .Scan guna TVS sebab scan kut perut xnampak.Maybe sebab sebelum tu pergi toilet.Tapi alhamdulillah dia selamat di dalam kantung.

Alahan ? hurm maybe saya xboleh makan OBIMIN PLUS.Sebabnya...ada satu pagi tu lepas makan terus muntah.Jadinya sekarang ni masih amalkan duphaston,folic acid dan susu anmum materna.

Sekian

p/s : rasa mcm nak g bukak blog lg satu je sebabnya yang ni blog general...banyak sungguh bloglah..hehehe

Friday, February 24, 2012

Syukur padamu Ya ALLAH



copy from :http://hamidarshat6.blogspot.com/2011/01/doa-untuk-dapat-zuriat.html
"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."

(Surah Maryam ayat 4-5)

Doa dari Surah Al-Furqan : 74

Maksudnya : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa.



Berikut adalah do’a-do’anya:

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا
أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ
Maksudnya: Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepadaMU dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepadaMU.” (Al-Baqarah : 128)
رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ
سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”. (Ali-Imran : 38)

رَبِّ اجْعَلْ هَذَا الْبَلَدَ آمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ
أَنْ نَعْبُدَ الأصْنَامَِ
Maksudnya: “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.” (Ibrahim : 35)

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي
رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
Bermaksud: “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” (Ibrahim : 40)

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ
يَقُومُ الْحِسَابُ
Bermaksud: “Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapakku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” (Ibrahim : 41)

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ
أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Bermaksud: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al-Furqan : 74)

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي
أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ
صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي
إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Bermaksud: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Al-Ahqaf : 15)

Terima kasih Ya ALLAH kerana memberi hambamu ini peluang pada kali ini.Alhamdulillah,Semoga selamat semuanya..amin

Friday, February 3, 2012

Muzium arkeologi lembah bujang, nasi arab mendy, pulau jerejak countdown to 2012 part 2

assalamualaikum semua,

Punyalah lama tunggu nak update cerita ni..dah basi tapi moh update .

Muzium Arkeologi Lembah bujang.Ini bukanlah kali pertama saya ke sini, kalau tak silap perkiraan dah kali ke-3 kot.Yang pertama masa kecik dulu , seingat saya bulan puasa masa darjah 5.Waktu tu balik kampung ke Kedah.Dalam duk tunggu waktu berbuka, abah bawak perg sini .Tapi tak sempat masuk ke dalam muzium waktu tu.Hanya tinaju meninjau di luar aja.

Masa sekolah pun kita ada belajar pasal tempat bersejarah ni kan? lupa dah masa form berapa.Mungkin form 1 sebab waktu tu belajar zaman batu air semua la..Tapi silibus sekarang sudah jauh ku tinggalkan maka saya tidak tahu.hehehe


Oklah,

Kalau daripada penang tu kita sure lah ambik jalan ke PLUS arah ke utara sampai ke tol sungai petani utara.Jangkamasa dia dalam 40 minit la ke exit tol sg petani utara. Kemudian cari sign board ke uitm tanjung dawai.


Tanjung dawai ni kampung sebelah abah saya.Kemudian carilah sampai jumpa merbok.ambik masa dalam setengah jam jugaklah..Jalan nak masuk muzium arkeologi ni ke dalam sikit dari jalan luar tu.So, nikmatilah beberap snap gambar yang kami ambik waktu ke sana ye..:)
Encik Habib with one of the candi...tak semua candi ni original daripada sini, ada juga yang dibawa ke sini daripada tempat asal penemuan..


Peta dalam bangunan muzium.Dulu depa panggei kedah apa ek?heheh chih ca?chih tu?ala lupalah..


Khusyuk dia baca ye? dalam muzium ni ada banyak penemuan dan riwayat2 pasal negeri kedah..Kalau dekat oversea karya2 sejarah ni memang ramai orang minat nak dalami. Tapi kita? sampai kata sejarah tu semua tipu dan kena gubal balik pun ada?hai macam2 kan?
Cik puan blogger bergambar dengan background salah satu candi..


Komen:

Dekat sini ada tempat mandi manda jugak, tapi lupa nak snap. Anyway, baguslah jugak pergi sini sebab dapat tengok warisan lama nenek moyang..macama sejarawan je cakap..


Lepas dah puas berjalan tu, apa lagi perut pun lapar..Marilah kita makan...Mulanya nak cari RFC.Sekali terjumpa pulak yang ni> kat mana ni>

Dekat dengan Village Mall dekat area2 kedai kain alamoda sungai petani..
Memang marvelous.Nama kedai dia Aribian Mendy..Memang sedap sangat sampai tak terkata. Hubby makan chicken mendy, saya makan lamb, pergh memang sedap dengan sup kambing( !!! peringatan,kalau xmakan, sila jangan makan..hehe nanti xsuka plak)...sambal tomato cicah dia..pergh memang ada umph.Harga pun berpatutan dalam RM9 ( chicken mendy) & RM12 ( LAMB)...Sebelum ni, yang mana2 pernah makan tu xsesedap yang ni..


p/s: dah cuba buat nasi arab ni tak guna rempah khabsa arab...dan guna ayam dan daging lembu.ternyata guna ayam lagi syedapp..

Happy New Year

Assalamualaikum semua.. Selamat tahun baru buat semua..