1st child-Airis fatiha

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

2nd child - Irdhina Sofia

Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, October 15, 2008

Tarikh Sibuk Perkahwinan

yang ni dapat dari email aku,harap membantu kawan-kawan belum kahwin,enjoy..cited from my email

Tarikh Sibuk Perkahwinan

Memang sejak sekian lama, majlis perkahwinan biasanya akan diadakanpada hari sabtu dan ahad dalam cuti persekolahan. Ini bertujuanuntuk memudahkan saudara mara yang datang dari jauh.

Namun, pada ketika ini, terutamanya di kawasan Kuala Lumpur, majlisperkahwinan yang diadakan pada hari Sabtu dan Ahad dalam cuti sekolah,nampaknya bukanlah satu waktu yang paling ideal untuk melangsungkanmajlis perkahwinan.

Terdapat beberapa kelemahan pada majlis yangdiadakan pada hari Sabtu dan Ahad dalam cuti sekolah. Antaranyaialah:


1) Pemberi perkhidmatan seperti jurugambar, katerer danjurumekap agak sukar memberikan diskaun pada tarikh ini. Inikerana, pada tarikh ini, mereka mendapat terlalu banyak permintaan.

2) Adalah teramat sukar untuk mendapat perkhidmatanprofesional pada tarikh ini sekiranya anda membuat tempahan kurangdari sebulan dari tarikh berkenaan.

3) Anda mungkin akan dapat seorang juruvideo walau menempahagak lambat, tetapi, biasanya, juruvideo yang baik sudah ditempahjauh lebih awal. Jadi, anda cuma mendapat juruvideo yang kurangberkualiti. Begitu juga keadaannya dengan pemberi khidmatprofesional yang lain.

4) Sekiranya berlaku kecemasan seperti jurugambar anda tidakdapat hadir pada majlis anda, adalah teramat sukar untuk mencarijurugambar gantian pada tarikh tersebut.

5) Pemberi perkhidmatan profesional mempunyai jadual yangketat pada tarikh yang berkenaan. Mereka akan terkejar-kejar dankeletihan.

Misalnya, saya pernah menghadapi keadaan dimana,pengantin terpaksa dimekap pada pukul 2 petang untuk majlis akadnikah yang akan diadakan pada sebelah malamnya. Ini kerana,jurumekap tersebut terpaksa membuat mekap untuk pengantin lain puladi tempat lain.

6) Tetamu jemputan juga biasanya mendapat banyak jemputan padatarikh tersebut. Mereka mungkin tidak dapat menghadiri majlis andakerana memenuhi undangan lain kerana kesuntukan masa dan keletihan.

Demikianlah beberapa kelemahan yang telah saya kenalpasti disepanjang karier saya sebagai jurugambar perkahwinan, sekiranyamajlis perkahwinan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad di dalam cutipersekolahan.
Pertimbangkanlah tarikh yang terbaik untuk anda dengan mengambil kirafaktor-faktor lain juga.

Terima kasih kerana membaca.
--Yang benar,Hasnuddin Abu Samah.

Untuk mendapat maklumat lanjut fotografi dan videografi perkahwinan, sila layari:http://www.adan.biz/http://adanphoto.fotopages.com/
--C-1-1, Megan Phoenix, Cheras, Kuala Lumpur 56000, MALAYSIA
To unsubscribe or change subscriber options visit:http://www.aweber.com/z/r/?TJzMHAwstMwcbJzM7IyMtGa0HKwsnJw=


::just be yourself::

Hari Raya Tahun 2008

Dah lama tak tulis dalam blog. Rasanya xde siapa pun yang baca. Aku sendiri dan beberapa org kawan yang tahu je. Tapi saja nak update untuk practise tulis-menulis yang aku sendiri tahu aku memang tak suka and agak xpandai.hehe..raya tahun ni xsehebat mana..raya ni last aku jadik anak dara ,haha..insyaALLAH..raya kat kedah( sangat xsuka ) as many things happend in my family.yang tu malas cerita..hehe..pastu bg yang buat kenduri ,mcm kak wa .xdapat la nak dtg..sangat kesorian di situ.lg apa yek, raya tahun ni aku cuti start isnin sebelum raya half day sampai la selasa.raya tahun ni xbuat kuih. raya tahun ni xg kubur sesapa.raya tahun ni mmg worst in my life. gambar?xde la plak aku letak..ada dalam kamera..hehe..tunggu nanti akan upload kalau rajin..kiki