Thursday, September 30, 2010

Apabila ku teringat ...kembang kembung ...

1. ina , julai dan saya...masa kat tapak pesta
masani tembonnnn...
2. ina,saya, su dengan zakiah..eheh..

3. saya, kak wa dgn kak yati...masa konvo..

4) Ni masa dekat FRIM.bulan puasa..dengan wahid n popo..
- Siap merayu2 dekat mak masa nak pergi sini..hehe
gambar nostalgik btul..
5) dari kiri wahid, saya, ida , tuti dan haneem.Ni dinner masa final
year dekat padang kawad..

6) Kak mun,kak jan, kak yati,ina , saya dan wani..
Jamuan raya PRN 4tahun lpas...


7) dengan ex-rumet
saya, aiyu, una, umi, ina, elli, jana dgn idah
4 dah kawin..4 belum
8) dengan jana, idah,wahid,kawan yus, dan yus.--antara kawan terawal
kawin


9) ni masa umi bertunang-pina,umi,epa,kak(lupa nama la...hehe),jana n saya

10) saya dgn kak syida-duk sama2 dkt aman damai dulu..


hehehe..enjoice...sj imbau kenangan lama..:P
daaaa

Thursday, September 23, 2010

Home deco..

Salam semua...

Harini duk usha2 home deco punya gambar je kat internet.Tapi tengok2 website lain asik guna gambo yang sama je..

Yang ni dari web freshome.com

Ayat yang ditaip untuk mencari small apartment deco..hehe

Kalau boleh rumah saya tu saya nak hias lawa2 walaupun sizenya tecit tapi nak nampak comei, cantik dan segala yang baik2 sahajala..yang penting?selesa...bukan kerjasama ye..

So nak mintak pendapat kawan2 la..yang mana cantik dan lawa di mata anda..hehehe

1) yang inikah?

2) ini?ala comeinyakan yang ni?sweet n syumei...
3) yang ni mcm seswai....yela rumah sempit..

ini kah?

Kalau ada sesapa yang kenai interior designer silalah bgtau..eheheh( mcm byk duit)...hihi

Enjoice...

Tuesday, September 21, 2010

Saya memang terasa....saya memang emoo harini..

itu sahaja.........babaiiiiiiiiiiiiiiii !!!!!!!!!!!!!bukan saya nak cari gaduh....atau nak bergaduh..yer saya memang xpaham pasal org yang ada anak....!!!fullstop....malas dah cakap hal ni dgn org lain yang xpaham2...malas dah !!!!!!!!!!emooooo...........

Friday, September 17, 2010

Kisah penanaman beramai2 pada hari raya?

Salam semua...


Salam siaran...salam raya..raya lagi kan?walaupun harini dah raya ke -8.Kita kan beraya selama sebulan.Macam puasa la jugak.Ada tak kawan2 yang rindu nak baca rintihin, leteran dan bebelan saya?


Kepada TUTI...amboi aku tau hang seronot sebab hubby n baby iman ke france.Wah seronok mereka beraya di europe gitu...Tapi aku dengaq menara eiffel kena tutup kenapa tah.Aku pun lupa pasai aku xberapa nak baca paper tu sampei habih..hehehe..

Kepada Kelly dan Mizwa yang mengajakku beraya di rumah n kampung masing2 di Pahang.Terimas kerana mengajak tetapi macam biasalah dah nama raya..Duk kampung jela.hehe..


Kepada kawan2 blogger yang lain...Beraya lagi ke?hehe
Berbalik kepada tajuk di atas...apesal pulak penanaman beramai2?Ini tiada kaitan dengan kes pembunuhan Datok S dan rakan2 ye..hehe..jangan salah sangka.Saja nak mensensasikan tajuk.Nanti takde orang nak baca pulak.

Semua kejadian ini berlaku di rumah ibu mentuaku..Kita lari sikit daripada tajuk raya, lemang, ketupat , rendang...bla2....sebab yang ni dah biasa.Walaupun cerita di ini takla best sangat nak dibandingkan movies kat panggung.Tapi macam biasala blog kan tempat cerita ceritu pemiliknya..enjoice...

Kes 1...pada raya ke-2 kot.....

Kematian tikus 2 ekor di rumah ibu mertuaku.Saya tak pergi tengok pun.Biasalah tikus terkepit dengan perangkap tikus..My hubby tanam pagi2 tu..gambar takdok..

Kes 2...pada malam raya ke-2

Malam tu , saya dan kak iparku tengah bersiap2 nak hidang pada tetamu. iaitu sedara mara yang datang.Jam dah menunjukkan 11.30malam( lebih kurangla).Masa tu dah mengantuk dan rasa nak tidur..Sekali kena serbu..Penuh satu rumah.kejutan budaya la kejap saya..hehe.ayam duk berketok2 kat reban..Kak iparku duk suluh2 macam ada benda dalam reban.Tapi malas layan sebab nak layan tetamu.Pagi esoknya dalam pukul 8 pagi, mak mentuaku ketuk pintu tatkala saya masih mengeliat di atas katil ( hehe..xmalu)...Rupanya sang ular dah kenyang makan ayam togel takde bulu yang mak mentuaku idam2kan nak sembelih masa raya haji..huhu..setelah bergelut dengan ular itu, makanya di bawah inilah hasilaya..Dia telah menelan 1 ekor ayam..selamat......Sekor lagi mati xsempat makan..

Ular ini kemudiannya juga ditanam....satu kubur lagi..

Kes 3

Rentetan pembunuhan kejam oleh ular sawo itu, sekor ker 2 ekor ek? ayam yang mati..maka ditanam juga..

Kes 4

Kucing..
Dekat rumah mak mentuaku ada 4 ekor kucing dibela dirumah...Kucing yang dibawah ni anaknya si mati.Yang mati itu ibu kucing.Kesian ibu kucing tu.Sebelum hari kejadian, ibu kucing tu berak atas katil adik iparku..pastu lepas berak , esoknya beliau kencing atas lantai..Pastu xlarat je.Suara pun dah xdok..huhu..Hubbyku pergilah ambik kotak buh dalam tu..Sekali petang tu tengok mati keluar dari kotak.Mengeras sakan dia..Tanamlah lagi sekor binatang,..

Maka penanaman ke-4,4 jenis haiwan/bintang itu telah meletihkan hubbyku di hari raya..xapala..beramal...

Semoga mereka ditempatkan dikalangan haiwan2 yang istimewa di sisi Allah swt..daaa...nnt kita cerita peristiwa hari raya pulak yek...babai...wassalam

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya

Salam semua...

Selamat Hari Raya Kepada semua kawan2...Esok saya akan pulang ke kampung halaman.Tapi sekarang ni tengah duk demam ..Kejap elok, kejap xelok..Dapatlah MC 2hari.Nak buat camana.org jarang demam...Macam nila..Oklah..Minta maaf kepada semua dari hujung rambut ke hujung kaki..Jika ada tersalah dan silap semasa berblogging, harap dimaafkan...

sekian...semoga tahun ini lebih bermakna daripada tahun sebelum2nya..amin

Wednesday, September 1, 2010

Tagged dari sifu mizwa

Salam siaran, diharap semoga pembaca setiaku masih setia membaca sbbnya sejak akhir2 ni kejenya asik membebel dan xpuas hati je pok pek pok pek..rubbish je ..hehe..oklah ni tagged dari puan mizwa yang saya selalu kaco sms dia tanya petua masak n macam2.hehe

Soalan 1: Adakah anda rasa HOT..?
HOT?Panas?api...takott...Taklah..biasa je I am cool

Soalan 2: Upload wallpaper PC/laptop yg anda gunekan skrg

Soalan 3: Cerita pasal gambar nih..? ni bukan gambo wallpaper saya..gambar wallpaper tu selalu tukar2 sebab kena webshots..hehe.ni gambar masa tecit..comei dak?hehe

4: Kali terakhir makan PIZZA..?
Awal puasa..sebab tak sempat nak masak.Dominos pizza.sedap2..order dengan tepon je.5minit nak berbuka sampai..

Soalan 5:Lagu terakhir anda dengar..?
Lagu raya..Balik kampung-sudirman kat pc depan nu ha..

Soalan 6: Apa yg anda buat selain selesaikan tag nih..?
erm..tgok komputer.hehehe

Soalan 7: Selain nama sendiri anda dipanggil name ape?
juli, ju, ngah, mokcik (ini pun ada?)hehehe


Soalan 8: Tag lagi 5 orang…
1)mamadidil
2)mash

3)madey
4)kak syaz
5)yazid
Soalan 9: Siapa orang no. 1...?
cozmate...stafmate...hehehe

Soalan 10: Katakan sesuatu pada orang no. 5...?
ini budak banyak emo...tapi hati ada baik..

Soalan 11: No.3 ade hubungan ape dengan die...?
oo budak ni...ni guider masa g rakit..haha

Soalan 12: Bagaimana pulak dengan no.2...?
anak dia banyak perangai..tp comei..hehe

Soalan 13: Kata2 cinta dengan orang no.4...?
erm...lap u kak syaz sebeb suka beli dr i..beli jgn xbeli..hehe

Soalan 14: Berikan 5 fakta yg anda tahu pasal orang yang anda tag.?
1. semua memang kenal dan pernah bersua muka
2. semua ni ada kaitan dengan USM..hahaha
3. suka tgok belog kamu kamu
4. semua melayu islam..harusss
5. 3 dah kawin dan beranank, 2 lg single but not available.


Maka?kalau rajin, jawabla..

Happy New Year

Assalamualaikum semua.. Selamat tahun baru buat semua..