1st child-Airis fatiha

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

2nd child - Irdhina Sofia

Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, July 30, 2009

TAG UP TO TOE

rules & regulations:
:: DO NOT copy answers
:: tagged questions must be 100% same
:: tag people before doing the tag

people i tag:
1. Zura MWC
2. Cikgu Zura Suka Tuko Nama( pjg bebeno..hehe)
3. Eimma
4. Kak Aimi
5. Madey
6. Karet ( ke karot)
7. Puteri
8. Cik Pelangi
9. Azim
(SORI ADA 9 je..)

..how do you know 1?
* Eimma rekemen..heheh

..what would you do if you never meet 2?
kalo aku tak jumpa dia, maksudnya aku tak duduk dekat blok KO8 aman damai..hehe

..what would you do if 3 & 4 dated?
hahaha...OMG mereka perempuan

..would 5 & 6 make a good couple?
5 & 6?geleng kepala...xmungkin

..do you think 7 is attractive?
puteri?...tanya pakwe dia la..hihi..cute n vouge..:)

..who is 3 going out with?
haruslah hubby dia

..how old is 4?
xtahula kak aimi...30an

..who is 6’s favorite singer?
hurmm....no komen..karet sila jawab

would you date 7?
haiyooo...

..is 8 single?
tidak ketahuan la saya

..what’s 9’s last name?
tak tahu juga..hehe

org2 yg disenaraikan di atas...sila buat kerja ini..kerja sekolah untuk anak murid..

huahah

Wednesday, July 29, 2009

ANGKA 7 dan BULAN 7 :)

Apa ada dgn angka 7?
macam2....


1st. My bufday n hubby (21 & 31, beza suploh hari je..kira acila dia beranak dulu kan?hehe)

2nd. Get my 2nd car, and 1st car for him (28.7.09)

3rd. Lesen memandu en habib habih pun 31hb

4th. Mula pindah rumah baru :)Tingkat 7

5th. Beli barang2 rumah..bestnya..

6th. Harap2 ada la lg benda baru terjadi kan..hehe..:)

7th. Plat kereta baru ada angka 7..hehe..


I love 7

Monday, July 27, 2009

Pindah rumah..

Huihs...Last week mmg penat yang amat. Aku berpindah rumah sbb xlama lagi encik HABIB dah dapat kerja kat KULIM. Tapi yang bestnya, dia punya project dekat Bukit Bendera. ahah..

Nak tau kat mana aku pindah? tingkat 7 dekat Villa Seri Kenanga jugak.haha..Mak aku gelak je bila aku pindah tempat sama..kukui..Daripada tingkat 16 turun ke tgkat 4 lepas tu naik semula tingkat 7?haha..pekejadah..Tapi en HABIB selalu tersilap cakap setiap kali aku nk pi turun tingkat 4.hehe

gambar? Nanti ada masa gue upload naa

Saturday, July 25, 2009

Romantic & Loving Couple Contest

Salam, ni ada contest yang aku join pasal mcm nak cuba try test selepas tertengok dekat page kak aimi. Harapan xdelah menggunung tinggi tp just nk cuba2 dan memeriahkan suasana..hehe..Oklah, contest ni ditaja oleh mamatisya.

.....................**................................

spt yg aku ada inform b4 ni, akn ada contest lg
so ni 2nd time aku wt contest lg
kali ni contest sempena my 3rd anniversary

coming soon in august




contest ni bermula pd 18 July 2009
cz countdown my 3rd anniversary only 1month to go
last entry utk submit by 1pm pd 8 August 2009
result akn diumumkn pd 1 tarikh yg akn di inform nanti


..........................@@....................................

Terms & conditions

Just follow the steps below:-


1. Add blog MamaTisya di bloglist@blogroll and become my Follower


2. upload Romantic & Loving Couple Contest picture on your blog sidebar


3. Buat entry khas ngan tajuk Romantic & Loving Couple Contest(hanya tajuk ini shj yg diterima)

4. upload only ONE gmbr paling Romantic & Loving anda (selain dr gmbr kawin ye & bkn byk2 gmbr di edit dlm satu frame) & sertakn details spt berikut:

Nama anda & pasangan
Tarikh kawin & anniversary ke brp thn ni

Citer la skit psl gmbr yg dipilih & nyatakn thn bila & lokasi gmbr itu

5. Dalam entri itu pastikan anda mention & link ke MamaTisya & Romantic & Loving Couple Contest (no link back will be disqualified)


6. Bila dah siap, tinggalkan link di entri ini, nanti senang MamaTisya nk view entry korang.


7. Pemenang akn dipilih berdasarkn gambar yg paling Romantic & Loving Couple


8.Hadiah utk pemenang adalah something from ANNA SUI

hadiah misteri utk penyertaan ke-18 yg memenuhi syarat2 yg telah ditetapkn.Knp 18??sebabnye anniversaryku 18 August.

9. Terbuka pd smua blogger di Malaysia sahaja (only yg dh kawin.. ..pd yg blum kawin hrp maaf, kn kalo join kot jd isu plak)

10.Keputusan juri adalah muktamad.Hanya 3 pemenang akn dipilih.


Peringatan: Pihak penganjur berhak mengubah mn2 Terms & conditions tanpa sebarang notis pd bila2 masa so HARAP MAKLUM pd smua peserta!!!!

so pd kwn2 smua, boleh la cr gmbr yg sesuai
tkpn leh snap gmbr yg terkini utk join
Romantic & Loving Couple Contest

tkpyh susah2 nk kena jwb soklan & wt slogan
just upload gmbr shj...mudah kn
jom rmi2 join ....

**ada yg keliru utk adiah misteri bg penyertaan ke-18
disini ku nk nyatakn adiah misteri tu pd saper2 yg submit entry utk contest ni dan memenuhi syarat2 yg telah ditetapkn ..stakat ni blum ada lg ..jika dh ada pemenang nye utk adiah misteri aku akn update di sini..hrp maklum !!!


.................@@@MY ENTRY@@@........................





1. Juli & Habib, belum lg anniversary sebab baru je kawin tahun ni..hehe :).Baru 4 bulan :)

2. Kenapa gambar ni?

Tarikh 11/5/09 dan bertempat di Dataran Pahlawan , Melaka Negeri Bersejarah.
Gambar ni 1st triplehomeymoon( KL, PD & Melaka) dan yang ni di Melaka . Bila terpadang gambar ni mengingatkanku kepada saat2 manis permata kali bercuti bersama si dia selepas bergelar suami isteri. Gambar ni memang shot depan kompleks Dataran Pahlawan tu dan kami tangkap gambar lepas habis round semua kompleks2 sejarah yang terdekat, a famosa dan tempat2 lain. Kiranya muka yang terpancar tu selepas kepenatan seharian berjalan la..hehe :).Tapi memang best sangat sebab 1st time dapat berjalan dengan bebasnya tanpa rasa ragu2 lepas dah kahwin.Harap dapatlah menang contest ni.end
...............@@@..................

web page contest:

Friday, July 24, 2009

Hari ini

Harini keja half day..awatnya?

1) Nak setel claim insurans kete, nk kena perg public bank jalan keramat, perg uniasia jalan sultan ahmad syah( tulun.....xtau jalan la..tgok google earth pun boleh la paham sikit2 kot)
2) Nak pi mintak sign pesuruhjaya sumpah kat gelugor
3) Nak pi beli tiket( yuhu.....minggu depan cuti isnin n selasa)

lagi????
4) Kalau sempat nk pi tabung haji...menabung sebelum hari tue...huhu



...................sambung keje deh...........

Thursday, July 23, 2009

Sapa tengok UGLY BETTY?






Salam, akhirnya dapat jugak menulis post dengan jayanya..Tak mcm hari semalam dan sebelum2nya..penat2...meting2..isk.

Sapa tengok ugly betty angkat tangan?haha.Sekarang dah season 3 yang diatayangkan di 8tv hari selasa pukul 9.30, siaran ulangan hari sabtu pukul 11.30 (lupa). Ini ajalah cerita yang aku follow dekat TV.Lain2 aku tak tengok.hehe.yela dah xde astro.Layanz.Season 4 tahun depan rasanya..

Kalau sapa pernah tgok YO SOY BETTY LA FEA dulu masa zaman2 2002-2003 (kalau xsilap) mesti igt sama je cerita dia. Lain2...Betty yang ni versi Amerika, even pelakon dia pun nama America.hehe..semuanya kebetulan sahaja.Produser dia adalah Salma Hayek ( pernah berlakon dalam season 2).

Cerita Betty yang ni Betty dia takkan bertukar cantik kot.Ntahlah.wait n see.Tapi Betty ni mmg seseorg yang workaholic, sangat sayangkan keluarga dan penuh dengan sikap tanggungjawab(positif)..Negatifnya dia ni terlalu memetingkan bos dia..

Oklah, watak2 utama season 3
Betty Suarez, Matt Hartley( pakwe kaya dia), Marc( kawan sepejabat yg lembut), ayah, kakak, anak kakak dia, Wilhemina ( jahat), Daniel Meade ( Bos kesayangan)..dll

Dalam season 3 ni mmg sangat2 best sebab Betty dapat pakwe kaya, Daniel kawin dgn Molly yang sakit, kawan baik Betty si Christina dah berhenti kerja, Wilhemina konon2 dapat anak dengan bapak Daniel..

Yang latest episod baru2 ni pulak, Betty dapat jadi editor, Molly mati, Matt ganti ayah dia jadi penaung syarikat MODE...Daniel dapat anugerah MAMA..Malangnya ku tertidor...arghh..15minit lg..tensen..

So, aku tau cerita ni lagha, tp everything we do, just take the positive side, not the negative..adios..

enjoice...
( setiap kali nak tgok, sure berdebar2..hehe)

Wednesday, July 22, 2009

TAG dr eimma

mai2..tgok...hehe

1. when do you get your driving license?
masa cuti 2nd year..masa tu umur dalam 21tahun

2. your first car is ..
kelisaku silver

3. what type is your car now
kaki..haha..xde kereta lg lepas eksiden

4. do you choose you plate number or was it given?
yg kelisa tu dia bg la

5. what is the colour of your car?
silver..kete lama la

6. reveal 3 most important things in your car?
sticker usm,sticker rumah sewa dgn touch n go

7. have you ever got yourself into accident?
2 kali and the 2nd one is the worst one

8. when is the due for your insurance & roadtax?
haha..lepas eksiden

9. lets make your friend do this too. who would you choose?
sapa ye?
puan nurul
rozlina
mash
kak muhaini
kak aimi
put
karet
lagi?

Monday, July 20, 2009

HAPPY BIRTHDAY 26TH

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Happy Birthday Graphics





YEAY 21 JULAI...HAPPY BESDAY Kepada:

ENCIK MUHAMMAD HABIBUDIN BIN ABD MANAP yang ke 26Sapa pulak dia ni?
BUDIN?BIBUD?CIK B?SYABUDIN?DIN?PAK TAM?ABG DIN..haha..abg?
Semua tu gelaran buat suamiku tersayang..

Ucapan: Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur d serta sentiasa berada dibawah lindungan yang maha esa. Ini adalah 1st time sambutan besday dia buat julung kali setelah bergelar seorg suami kepada seorg isteri.Malangnya, dia tiada di sini untuk kusambut mcm tahun lepas.

TAG -puan nurul

These are my firsts. If I tag you, it means I want to know yours. Copy and paste this note into your notes, delete my answers, and fill yours in.

1. Who was your FIRST prom date?
-
2. Do you still talk to your FIRST love?
-

3. What was your FIRST alcoholic drink?
-

4. What was your FIRST job?
Jaga kedai makku..hehe

5. What was your FIRST car?
kelisaku yg eksiden itu

6. Who was the FIRST person to text you today?
habib a.k.a my hubby

7. Who is the FIRST person you thought of this morning?
myself

8. Who was your FIRST grade teacher?
xigt

9. Where did you go on your FIRST ride on an airplane?
Terengganu ker kl?lupa dah

10. Who was your FIRST best friend?
yunni yusof

11. Where was your FIRST sleep over?
ada ke?xigt

12. Who was the FIRST person you talked to today?
My housemate

13. Whose wedding were you in the FIRST time?
luper

14. What was the FIRST thing you did this morning?
Bangun sahur

15. What was the FIRST concert you ever went to?
ada ke?mcm xde mcm ada.hehe

16. FIRST tattoo?
-

17. FIRST piercing?
-

18. FIRST foreign country you've gone to?
Siam..haha.sempadan kira perg la kan?

19. FIRST movie you remember seeing?
Tak igt

20. When was your FIRST detention?
apa ni?

22. Who was your FIRST roommate?
Roomate bila ni?hehe

23. If you had one wish, what would it be?
Be a child again..haha

24. What is something you would learn if you had the chance?
erm..tak terfikir pula

25. Did you marry the FIRST person to ask for you/ you asked to marry?
Yes

26. What was the first sport you were involved in?
Lumba lari..best2

27. What were the first lessons you ever took?
Mari membaca

28. What is the first thing you do when you get home?
Rehat2 kejap, minum air ..hehe..

29. Who do you think will be the next person to post this?
Anyone at the blog list..

ISRAK & MIKRAJ





Salam semua,pagi-pagian.

InsyaALLAH post yang ni aku nak kongsi pasal peristiwa Israk dan Mikraj.Maaf kalau ada kesilapan sebab aku pun bukanlah arif dan maklum tentang hal2 agama. Tapi, mengingatkan org kan lebih baik daripada tak mengingatkan.Pada masa yg sama, mengingatkan diri sendiri.

copy from:http://www.sabah.gov.my/jheains/Peristiwa%20Isra%20Mikraj.htm

Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

(Q.S. Al-Israa’: 1).

Sementara itu, Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.”

(Q.S. An-Najm: 13-18).

Israk Mikraj dapat disimpulkan sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

Salah satu inti penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ialah perintah solat yang diterima Nabi SAW di Sidratulmuntaha. Pada mulanya Allah SWT memberi perintah supaya mengerjakan solat (sembahyang) 50 waktu sehari semalam. Tatkala bertemu dengan Nabi Musa Alaihi Salam di langit keenam, Muhammad SAW menceritakan perintah yang diterimanya daripada Allah. Lalu Nabi Musa menyarankan agar baginda kembali menghadap Allah SWT untuk memohon keringanan, dengan alasan bahawa umatnya tidak akan sanggup melaksanakan solat 50 waktu itu. Disebabkan terlalu sayangkan umatnya, Nabi SAW menerima saranan itu. Ia pun kembali menghadap untuk memohon keringanan. Permohonan itu berulang sampai 9 kali hinggalah Allah SWT mengabulkannya dengan mengurangi waktu solat menjadi hanya 5 kali sehari semalam.

Ingat tu, jangan lupa tinggalkan solat. Kesian pada NABI SAW pergi berualang alik nak mintak supaya dikurangkan waktu bersolat.Aku pun mengingatkan diri sendiri jugak supaya jangan lalai dan doakan yg lain2 pun sama.AMIN..

Sekian, kalau ada apa2 kesalahan pada artikel ini sila betulkan pasal aku pun paste aja.wallahualam.

Sunday, July 19, 2009

Ice age 3 vs Harry Potter

Salam,


Lama dah tak post rupanya, 4hari?rekod2..haha.Ok,entry kali ni aku nak komen pasal 2 movies yang aku perg tgok baru2 ni.hehe..

BEST?

Ice age 3: The Dawn of the Dinosaur







Ice age 3 sangat best!!! 4thumbs up atau 4 bintang.Ulasan? perlu ke? dah banyak org bagi ulasan seperti puan nurul .Baiklah, Ige age 3 ni memanglah cerita kartun tp bukan karton yang biasa2. Dalam cerita ni ada watak seperi manny,elli, sid, diego dan 2 ekor tikus( lupa nama). Kalau sesiapa yang pernah tgok versi 1 dan 2 pun mesti teringat tentang tupai yang mengejar makannya tu. hehe..Banyak nilai2 kekeluargaan, kasih sayang, semangat setiakawan dan yang apa yang penting? KERJASAMA..hehe..Yang penting aku tak larat nak gelak tergolek2 dengan habib dekat dalam wayang tu..huihihi..sangat merelakskan otak yang tensen.

Manny& Elli: Dua ekor pasangan mammoth yg sdg menunggu kelahiran bayi sulong diorg..bestnya!! Tapi Manny ada konflik dengan diego dan sid.

Diego: Singa zaman batu yang rasa sepi sebab Manny dah beralih perhatian pada keluarga.

Sid: Sloth lembik kaler hijo..hehe..Dia pun rasa sunyi jugak sampai perg mencuri sesuatu.apakah?tontonlah sendiri.hehe..

Tapi, diorg tetap bersatu akhirnya..the end

Harry Potter & Half Blood Prince




Ha, ni siri ke-6 Budak si Kacamata..aku punya expectation agak tinggi pada cerita ni.Tapi malangnya aku boleh bagi 3 bintang sahaja.

Kenapa?

1) Aku duduk seat number 3 dr depan
2) Aku penat sangat kot,sampai tertido 3 kali,,haha
3) Housemate aku pun semua kata tak best!!!
4) Cerita dia tak banyak adventure,dan banyak menceritakan kebangkitan,kemusnahan dan keretakan hubungan sesama geng 3 org geng (Ron , Hermoine dan Harry )serta kematian Dumbledore cikgu kesayangan Harry.
5) Kuasa jahat makin menguasai dan Serverus pun bersekongkol dgn geng2 jahat..
6) Pening2...jalan cerita yang memberatkan otak yang nak rileks..huhu

Jadi, aku rasa ada lagi 2 episod Harry Potter ni kot. Pasal dia kata ada 2 tahun lg dia nk kena study kat sana. So, tontonlah bg yang fanatik dgn Potter. Bagi aku, 3 bintang aja boleh bg..

enjoice ye kawan2..

Tuesday, July 14, 2009

ESQ

Salam semua, saja je gimik konon nak mendiamkan diri. Tapi tetiba jadik sehari je nampaknya.Memang bz sgt minggu ni tp buat2 tak bz.:).Takde motivasi pasal rindu kat suami la.huhu..sedih kan?bila org jumpa semua tanya ..huhu..nak cerita jadi malas pasal tak larat nak cerita.hehe..

Aku terpanggil pasal topik ni pasal staf satu office bgtau betapa konsep ni diguna pakai sangat masa sekarang.Aku yang buta2 tak tahu ni terbeliak bijik mata dengar cerita dia.


Apa benda ESQ?


ESQ 165 balances the spiritual, emotional, and intellectual aptitude and attitude in me. It fits nicely in the total training philosophy of interfacing work, life, and learning.. I am truly impressed despite my 28 years experiencing in human capital development. Its' a mind opener.
Roslan Razak, Vice President 1 , Sime Darby Business School

Before I join the ESQ Training I did not realized I did awful things in my life especially to my families, friends and staff. I was egoist, naive and lot more of bad attitudes. ESQ shaked me and made me aware who am I, where am I coming from and where am I heading to. I feel remorse. ESQ had been the eye opener of my heart and will lead me to a better life on the way back to the Almighty.
William de Weerd, Risk Manager, Rodamco Europe, Holland

cited from http://esq.com.my/v1/

Daripada cerita2 orang tu , dapatla dikonklusikan betapa ESQ ni mmg memberi kesan pada diorg.

Kat bawah ni video Khalid Yassin

Khalid Yasin (also known as 'Abu Muhammad' [1], 'Abu Muhammad Khalid Yasin' [2]) and 'Abu Muhammad, Khalid Yasin' [3], born in the 1950s [4] in Harlem, New York, raised in Brooklyn, is a teacher and lecturer of Islam.

Kalau taip ESQ 165 dekat youtube sure keluar video dia.So, dengar2kan.:)

Monday, July 13, 2009

Will Be Off

Salam.Just nak bgtau yang aku ;

nak berehat jap dr dunia blogging. Kenapa? saja. Tengoklah dalam berapa lama dan hari kot.

signing off

juli
lots of love

Sunday, July 12, 2009

Gaming time

Salam semua, hujung minggu ni tak terisi dengan jayanya sbb aku tinggal sorang. Disebabkan ada internet, aku buat macam-macam lah.So post kali ni nak share tentang laman web games yang aku suka download sejak dulu lagi.Aku ni memang agak kuat main games orangnya. Rasanya dulu dah ada aku letak post pasal games. Tp yang tu berkenaan console games.Baiklah..meh nak cerita.







1) Website yang pertama ni rasanya macam ramai dah tahu.Browse dekat yahoo. Kemudian klik pada games dan pilih download. Biasanya games dekat yahoo ni trial jela dalam sejam. Tp, kdg2 bila kita bukak balik masih boleh main dalam 5 minit.Lepas tu, dia padam sendiri. Kalau nak yang full kena beli atau yang rajin-rajin tu boleh cari kod untuk godam. Atau perg beli cd je yang kadang-kadang dah sediakan kod dia.Tapi tak digalakkan menggodam.;).Games terbaru yang aku download dr yahoo macam Westward 111 gold rush , Diner town tycoon dan ada lagi beberapa. Tapi yang aku dah habis main dan trial time pun habis games Wandering willos ni. Games ni termasuk dalam kumpulan adventure dan arcade. Boleh bagi 4 bintang la.:)





2) Website yang kedua big fish. Yang ni pulak games dia memang lagi best daripada yahoo games. Tapi nak mendownload games dia agak cerewet la berbanding yahoo. Dia kena dua kali download, lepas dah download ke komputer kita kena download lagi sekali daripada installer big fish pulak. Yang dekat sini pulak aku download games Wedding Dash:Ready, Aim,Love. Kalau sesiapa yg suka main game Diner Dash dan yang seangkatan boleh main la.hehe..


Sebenarnya banyak lagi website yang pernah aku pergi. Tapi dah tak ingat la. Ni yang aku update ni pasal aku dah start main games balik sejak aku tinggal sorg ni. Kegiatan yang tak berfaedah lgsung.haha..

Friday, July 10, 2009

Lukisan Alam

Nasyid lagi.Lama betul tak dengar lagu nasyid.huhu..

http://liriknasyid.com


Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
(Begitu aturan Tuhan)

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya

Usah mengharapkan ke segalanya
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
(Begitu ajaran Tuhan)

Hasbiallah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah

Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
(Di) dalam jiwamu itu

Thursday, July 9, 2009

Indah Hidup Bersama Ilahi

Salam semua,lagu nasyid ni saja aku paste untuk tatapan bagi yang rasa macam serabut fikiran, banyak masalah dan rasa teraniaya. Dengar-dengarkan dan cuba tengok bait2 lirik yang penuh dengan keinsafan ini. Sebabku tahu ramai kawan2 di luar sana ada masalah masing-masing.Aku pun mengingatkan diri sendiri juga, mintalah daripada Allah nescaya dia mendengar, jika meminta daripada manusia bukan tak mendengar tapi seseunguhnya ..Dia lebih maha berkuasa.

Indah Hidup Bersama Ilahi
Album : Jalan Bahagia
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Alangkah indah hidup ini
Hidup bersama Ilahi
Kehendak Allah difahami
Pandai menerima darinya

Bijak mengunakan nikmatNya
Ia dianggap ibadah
Semua diberi pahala
Tarbiah Allah berhikmah

Sabar dengan ujian
Tanpa hisab akan diganjari
Nikmat yang diberi
Memudahkan untuk berbakti
Merasai pemberianNya
Itulah tanda bersyukur
Akan ditambah lagi
Nikmat yang diberi

Tersiksa bermujahadah
Kerana ingin menempuh jalan
Untuk menuju Allah
Tarbiahnya Allah tunjukkan

C/o
Tawakal kepada Ilahi
Terutama mengenai rezeki
Tanpa ragu-ragu walaupun sedikit
Ada jaminan pembelaan dari-Nya
Bila taqwa pakaian kita
Urusan kita dimudahkan
Kerana kita sudah menjadi ahlillah
Begitu indah hidup bersama Tuhan

Korban harta kerana Allah
Agar berdaulat kalimatullah
Setiap satu kebajikan
Semuanya digandakan

Lagu & Lirik : Asri Ibrahim



Hijjaz - Indah Hidup Bersama Ilahi.mp3
Hijjaz Records Sdn.Bhd



Sumber http://www.hijjaz.com.my

Wednesday, July 8, 2009

TAG dari pn nurul a.k.a cupu a.k.a kechik

AMARAN: TAG INI PANJANG CERITANYA MACAM KARANGAN ( HANYA UNTUK YANG DAH BERKAHWIN..hehe :) )





1)Tempat pertemuan anda dan suami utk pertama kalinya

Tempat bertemu buat pertama kali?panjang ceritnya.Tak apalah kita cerita aja.Kitorg ni sama sekolah menengah. Dia kelas lain,aku pun kelas lain.Masa form 4 kelas sebelah.Tp dekat sekolah xpernah tegur sapa.Then masuk matrik kmpp sama kelas dua sem.So, dah bertegur sapa sebab aku jadi penolong kelas..:)Then universiti lain-lain.Tapi masih kontek sebagai kawan-kawan.Di uni, masing2 ada pasangan.
Kemudian bulan 9 ,2007 dia dapat keja di penang.Jadi masa tu masing2 mmg ada hubungan lain dan bermasalah.Masa tu, mmg selalu sangat jumpa. Mula2 ignore perasaan yang ada tu.Lama2 rasa serasi.Jadi keputusan telah diambil untuk melakukan sesuatu.Akhirnya, masa valentine day 2008 dia propose bg bunga & cincin. Aku masih ingat masa tu, dia pasang lagu romantik. Aku pun jadi sangat blur..hehe :)..Lepas tu kami pergi makan di kenny rogers..huahaha..Tak declare apa lagi masa tu.Then bulan 5 tunang.

2)Pandangan peribadi anda terhadap sikap atau ciri2 pada dirinya ketika mula2 berkenalan…

Mula2 erm..mula2 tatau la macamana pasal dah 6 taun kenal.hihi..Dia ni pendiam orgnya, sangat pemalu. Tapi dia ni dgn kawan2 lelaki dia ok la. Boleh bercampur gaul dengan baik. Sangat garang..haha..takdelah.Tegas dan ada sifat2 kepimpinan. Dia ni bukan jenis ayat2 jiwang , lembut punya org.Bukan jiwa mat jiwang. But he can play guitar well. I love when he playing guitar.lagi?rajin dan pandai buat kerja kampung dan senang nk tlg org. Yela anak peneroka kan.Anak2 peneroka ni sebenarnya lagi banyak yg berjaya dr anak2 yang telah diteroka.ops..hehe.Sangat suka apabila dia sangat take care pada diriku ini.Dari dulu sampai la ni..


3)Tempat ‘dating’ di mana dia meluahkan perasaan pada anda

Dating?oo..dekat quensbay pada hari valentine tahun lepas.hehe

4)Berapa lama hubungan anda hingga ke jinjang pelamin?

erm..hubungan sebagai apa tu kawan?
kawan:2001-2008
couple:februari 08-mei 08
tunang: mei 2008 sampai kawin..hehehe 11 bulan


5)Berapa lama usia perkahwinan anda sekarang?

3 bulan ++,ada tulis kt bawah..


6)Kejutan yg pernah dia buat pada anda

Kejutan?aku pun pernah wat kejutan kat dia masa birthday dia tahun lepas..haha..tekezut dia.Ok, kalau dia?taklah terlalu banyak. Since, we are new couple.hehe.Tp yg paling best masa dia propose tu..terharu sampai jadi blur.

7)Perancangan anda dan dia dlm rumahtangga

Banyak tu..for the time being adalah nk setel down dia dapat keje kat sini. Dan juga dapat baby.haha.caiyokk gambate!!!

8) Bagaimana dia melayani karenah anak2 ?

haha..budak2 takut muka dia yang bengis itu. Sepupu aku si ayuni sampai nangis tgok muka dia.Qayyum pun sama. Tapi anak buah dia ok je dengan dia.

7)Hubungan suami anda dengan keluarga sebelah anda…

For the time being, dia boleh layan ayah aku bercerita pok pek pok pek. Dengan adik beradik aku ? malu sikit pasal diorg pompuan. Abg ipar? tak sempat la nak bermesra pasal diorg g Vietnam.Tp kan masih baru, ada jugak makcik aku sampai kata dia ni sombong. Bukan sombong, tp kan malu dan masih baru. Aiyak...sesetengah org ni tak paham. Even aku pun pernah terkena dgn dia ni masa sekolah dulu. Nak dijadikan cerita aku tegur dia pasal kes dia top student masa spm la..huahah..kantoi..last2 buat muka masam..aiyo..takut..hehe..last2 jadik laki aku..keke

TAG:
1. Eimma
2. Zura WMC
3. Cikgi Zura suka tuko nama..hehe jgn mare
4. Mash
5. G-ja
6. Syeena
7. Kak ju-dzahir
8. Cikgi Fieda
9. Syed- Reporter kosmo( kalau ko ada masa xjaga anak..hehe)
10.dan lain2 tu boleh buat gak, tp xkawin lg..haha

Mari2...kerja kosong lg...cepat2

Salam.banyaknya jawatan kosong aku nk iklankan. Tapi xmengapalah kerana aku nak menolong orang lain yang susah mendapat pekerjaan itu, maka ada iklan lagi ni.So, bukalah mata anda luas2 bagi yang rasa layak dan nak cari kerja.sila2...

Fresh Graduates ( prefer Bachelor in IT )
Lot 159,jalan industri2/2
rawang integrated industrial park
48000 rawang
tel. 03-60917202 (Mr. Henry Lai Teck Meng)

Fresh Graduates ( prefer Chemistry)
Pusat Pengajian Farmasi, USM
Gaji : RM1200
lain2: lagi bagus kalau dia ni minat untuk sambung master,phd and so on lah.

yang ni kalau nak, kontek lah aku.yg ni A.S.A.P.

Tuesday, July 7, 2009

JAWATAN KOSONG DI USM

Saja nak menghebah-hebahkan kepada kawan2 yg berminat untuk menjadi warga staf USM.Bagi yang rasa berkelayakan dan berminat sila layari link di bawah.


http://www.usm.my/my/main.asp?tag=erecruit

Sagu Gula Melaka


(gambar ni gambar cilok aja..tp rupanya mmg mcm ni la)


Resepi kali ini..Tahla haritu balik kg aku teringin sangat makan benda alah ni. So, aku pun masak la.huhihih..lagipun sng gila.Budak2 pun boleh buat..



Bahan-bahan

Sagu halus kaler putih (ikut suka byk mana mau makan)
Susu cair( aku guna susu ideal)
Gula melaka(aku guna gula kerek)

Cara membuatnya

Sagu

1) Rebus sagu, pastikan yg keras2 kaler putih tu bertukar menjadi lembut.Agak2 dalam 2kali ganda lebih air dr ketinggian sagu.

2) Rebus dalam setengah jam atau sampai betul2 masak.

3) Biarkan sagu.Kita beralih pada kuahnya pula.ceceh

Kuah

1) Masak 2 biji gula melaka tu sampai masak (kalau nk lebih manis, banyak2 pun xmengapa )sampai mendidih.

Cara Makan

Letakkan sagu tadi, kemudian masukkan kuah2nya sesedap rasa la.Nak letak ceri atau ais sedap gak ni..Wallah lemak berkrim disukai ramei.hehe..aku jela yg suka.Kalau bulan puasa korg teringin nk makan makanan manis2 tp nk cepat dan ringkas, bolehla cuba resepi ni.

Nilai kalori??!!
Tahla..xkira..bergantung kepada cara pemakanan anda dan anda :)

Nasihat
Jangan makan byk2 ngat..nnt dapat kencing manis.hehe..sikit sikit, kadang kadang (bak kata dialog p ramlee..hehe).


Selamat mencuba.cewahhh..

Friday, July 3, 2009

10 PM

I am going back home this night to my hometown. The cat fish town(IKAN PATIN)

With? A bus . Its has been so long time that I didnt go back home by bus.

wHY? I have a car and a driver.So why bother to take a bus. That is old story.

Now? Both are not here with me ..Well i am going to miss my 1st car.PGV 9408.Thats the plate number..huhu..sad

Sad? Huh..sure sad. I buy the car with my own money pocket,with my own salary.

Work? Today my load work is not 100% full.haahha..i have another task that have been pending for 1 month because of the exi.but today i am lazy..

English? haha..because i have to write the article in english..but I feels like I am losing the art of the language somehow.

Because? I am lazy to read, to hear, to watch.hehe..because i have my own translater which will tell me everything I dont understand.

Who?Of course my hubby..

Then? Finish at 11.04

Continue? to work

Thursday, July 2, 2009

Aku xlarat dah..

Dalam 2,3 hari ni aku gila mengedit..tahla bosan la..Kesian rosli pasal bertungkus lumus wat header haritu..Ni la kejenya kalau suami xdak.Intenet ja ada..adeh..ngantok..Sekarang jam 11.59 PM.aKU XLARAT DAH..HAHA




Wednesday, July 1, 2009

KERETA?

Sapa ingat poll kereta hari tu?angkat tangan..sapa boleh teka kereta apa yg aku pilih?haha...xde dalam pilihan poll itu.Maaf kepada sesiapa yang menvote, sesungguhnya aku hanya mampu memiliki kereta dot dot dot sahaja...

Klu?

buatan malaysia
kaler hitam
1.3 cc

Bila dapat?

maybe dalam 2,3 minggu kot..

Kenapa pilih kete ni?

Pasal in budget..
a car now a days is not a luxury, its a necessity..right?

So, my question?

Sapa leh jawab sila jawab..haha..mcm la ada org yg interested nak jawabnya..


Lots of luv

Julie