1st child-Airis fatiha

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

2nd child - Irdhina Sofia

Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, July 25, 2012

PUASA...AHLAN WA SAHLAN..YA RAMADHAN.


Banyak orang mengucapkan salam Ramadhan, tapi diriku yang sedikit lambat .Harini dah hari ke 5.Syukur sebab ada peluang lagi merasai nikmat berpuasa pada tahun ini.Tapi tahun ni lain sikit lah dengan berbadan dua nya.Hopefully dapat meneruskan puasa sampai habis..Amin..:) Harap sangat tak tinggal puasa. Kalau ikut dah lama tak pernah puasa penuh ( xbesa penuh pun.hehehe).

Saya saja nak cerita sikit pengalaman masa saya mula-mula berpuasa dulu masa kecik-keciklah kan.Tataulah pengalaman orang lain sama atau tak dengan saya.

Pengalaman berpuasa pertama: 
Saya mula puasa kalau diingatkan kembali masa tadika kot.Tapi puasa sekerat hari je.Lepas tu tak puasa dah.Lepas tu masa darjah satu dapat dalam sehari penuh je.Lain yang yang yok bak kata orang tue.Biasalah budak kecik.Puasa betul-betul senonoh sikit masa darjah 3 dapatlah dalam 20 hari lebih.Paling tak boleh lupa masatu, saya suka sangat berbuka dengan murtabak dan susu dan juga kuih 'lompat tikam'.Pergh ini memang menu terbaik yang kena ada waktu berbuka.( budak kecik yang demand ngada2).

Baru2 ni tengok banyak rancangan dalam tv dan pandangan beberapa orang tokoh tentang budak kecik yang berpuasa. Ada segelintir tokoh ni kata yang sepatutnya ajar anak sembahyang dulu barulah diajar berpuasa.Bila fikir balik betul jugak.Sembahyang tiang agama dan perkara yang selalu dilakukakan dalam rutin seharian.Kalau Puasa pulak, sekali setahun.Wallahualam.Apa-apapun pendidikan agama itu penting sedari daripada dalam rahim lagi.InsyaALLAH .:)

Menu berbuka?
Oh saya belum pergi bazaar Ramadhan lagi setakat dalam 5 hari ni.Setakat ni masih ada kerajinan lah untuk memasak :). Cuma husband jela ada pergi 2,3 kali dalam misi mencari murtabak sedap dan menetapi citarasa kami.Setakat ni murtabak duk ada belum lagi menepati.Rindu murtabak pakcik yang jual kat bazaar ramdhan di kampungku.Apa-apa pun, puasa belum separuh jalan, masih ada masa.hehe.Ker ada sapa nak bg suggestion murtabak terbaekk ( yg area penang sahaja laa.)akpe, misi belum habis lg.Lain2 , ada la beli air soya kat Gelugor (maneh yang amat!!!) dan ke restoran kapitan mencari nasi briyani( mengidam..huhu).alhamdulillah sedang meningkatkan usaha untuk mengurangkan pembaziran yang acap kali berlaku pada tahun-tahun sebelumnya..

Lain2
Lega sangat kalau nak pi tarawih  pergi surau dekat rumah je.Tak payah susah2 nak kalut cari parking dan tergesa-gesa lepas berbuka.Masih ada masa untuk berehat di sofa sebentar selepas berbuka lepas tu boleh turun je lah ke bawah..Kalau jalan kaki pun boleh tapi turun ikut tangga daripada tingkat 15.Mampu? saya xmampu.Bukan sebab perut yang boyot sahaja ditambah pula dengan perut yang penuh.hehe

Wassalam..
selamat berpuasa, beribadat, memperbaiki diri, dan jangan lupa berdoa pada waktu waktu afdal iaitu pada waktu berbuka dan bersahur .( kalau ada lg waktu lain sila bgtau saya,saya pun jahil ).Pesanan ni buat diri sendiri juga sebab saya pun manusia ,manusia kan asal daripada perkataan lupa.

Akhir sekali, jgn ponteng puasa ye semua :)


P/S:
Buat TUTI. aku sangat kesian kat hang kena posa 18 jam sehari...huhu kalau aku sure terbongkang dah.Sangat salute dengan ketabahan hang yang duk merantau jauh demi meneruskan cita-citamu ituerr..Wei lain kali mai Penang ka USM jangan sat-sat sangat tak pernah dan nak pi lunch sekali langsung..hush..

Monday, July 23, 2012

Check list keperluan ibu dan baby( newborns)

picture taken from here http://babyproductreviewszone.com/tag/free-baby-stuff/


 Assalamualaikum semua...
Ini semua checklist yang saya cedok daripada beberapa blog untuk ingatan dan tatapan diri sendiri.Juga boleh jadi reference untuk orang lain :)

Senarai yang perlu dibawa oleh bapa / suami (PENTING)

1. GL @ surat jaminan majikan@ kad insurans*
2. Kad merah ibu mengandung*
3. Kad pengenalan ibu dan bapa*
4. Duit*
5. Rekod kesihatan*


Keperluan bayi di hospital(PENTING)

1. Selimut dan tuala untuk bayi*
2. Beberapa helai kain lampin dan sapu tangan*
3. Beberapa helai pampers*
4. 3 - 4 helai pakaian baby*
5. Beberapa pasang sarung tangan dan kaki/mitten and booties*
6. topi baby / cover kepala baby*
7. Bedung/barut baby*
8. Alatan mandian baby*
9. Wet tissue- untuk lap baby*
10.Minyak telon*
11.Baby dipers *

*Keperluan ibu/mama di hospital ( PENTING)

1. Tuala
2. Barang mandian ( berus gigi ,ubat gigi, pencuci muka, bedak,losyen,syampu)
3. Beberapa pasang stokin
4. Selipar
5. Tuala wanita untuk wanita baru lepas bersalin,
6. Beberapa helai pakaian ibu( pakaian yang longgar)
7. Beberapa helai kain batik
8. Pakaian dalam yang bersesuaian dengan ibu (nursing bra untuk ibu menyusu)
9. sikat, bedak, getah rambut
10. Pum susu ibu, botol susu
11. Termos air panas, cawan, sudu, mangkuk
12. Minyak angin
13.Beg plastik
14.Makanan- biskut ,air,roti, kismis, kurma
15.Kamera
16.Telefon bimbit
17.Al-quran
18.Air zam zam/air selusuh 
19.Beberapa helai tudung instant/selendang( depends pada yang nak pakai tudung atau tak masa kat hospital, saya insyaALLAH)
20.Majalah


SELEPAS KELUAR HOSPITAL

 Berpantang (Untuk Ibu)
1 Jamu/Set Lepas Bersalin
2 Stokin
3 Baju Sejuk
4 Tungku
5 Selimut
6 Selipar
7 Buku/Majalah
8 Kain Batik
9 Bengkung/Barut
10 Maternity Pad/Pad Biasa
11 Bantal Lapik Duduk (Memberi Keselesaan Akibat Jahitan Luka)
12 Kerusi Toilet (Perlu Kalau Tandas Cangkung di Rumah)
13 Minyak Angin/Urut
14 Makanan/Minuman (Air Masak, Susu, Buah-buahan Segar, Ribena, Prune, Biskut,Roti)

Baby Gear ?
1 Baju- Lengan Pendek 8
2 Baju- Lengan Panjang 6
3 Romper 2
4 Seluar- Pendek 8
5 Seluar- Panjang 6
6 Sarung Tangan 5
7 Sarung kaki 5
8 Baby Bip 2
9 Sapu Tangan 3
10 Barut 10
11 Topi
* last updated: Ogos 2008

Diapering Bilangan
1 Napkin 1 pek
2 Lampin Pakai Buang 2 pek
3 Diaper Wipes 2 pek
4 Safety Pin
5 Changing Mat
6 Nappy Liner
7 Berus Lampin
8 Baldi Untuk Napkin
9 Beg Untuk Diapers
10 Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi

Baby Care & Grooming
1 Bedak Bayi
2 Losyen Bayi
3 Minyak Bayi (Baby Oil)
4 Tisu
5 Sikat
6 Putik Kapas (Cotton Bud)
7 Pengepit Kuku (Nail Clipper)
8 Nasal Aspirator (untuk selsema)
9 Methylated Spirit – alcohol 70% - cuci pusat sebelum luruh (biasa dibekal oleh pihak hospital)
10 Gripe Water / Colic Water (untuk kembung perut bayi)
11 Termometer
12 Vicks
13 Minyak Telon
14 Syringe for Medicine
15 Cotton Balls
* last updated: Ogos 2008

Nursering
1 Selimut
2 Bedding set
3 Play Pen / Katil Bayi
4 Mainan untuk Play Pen / Katil
5 Kelambu
6 Bakul Baju Kotor
7 Bakul Baby (Simpan Baby Gear)
8 Bakul Baby (Simpan Baby Care)

Feeding
1 Botol saiz S 2
2 Puting Botol Susu 2
3 Bottle Sterilizer
4 Berus Pembersih Botol
5 Penyepit Botol
6 Sterilising Tablet
7 Nipple Cream
8 Nursing Pad Washable 2
9 Nursing Pad Disposal 1 kotak
10 Breast Pump
11 Nursing Pillow
12 Nursing Bra
13 Termos

Travelling
1 Beg Bayi
2 Baby Warmer for Bottle (Tak perlu jika BreastFeed)
3 MILK Casing tingkat2 (Tak perlu jika BreastFeed)
4 Infant Carrier

Bathing
1 Tuala
2 Besen Mandi
3 Syampu
4 Sabun Mandi
5 Span
6 Gayung

 Extra ( Ni di luar bidang semasa di hospital, selepas dah keluar hospital gamaknya ni..hehe)
1 Penyangkut Baju Berklip
2 Permainan Bermuzik (kalau ada orang bagi hadiah best juga ni..:P)
3 Bumbo Seat
4 Baby Gym
5 Stroller / Jogger
6 Penyangkut Kecil (untuk sarungtangan + kaki)
7 Car seat
8 Album
9 Beg Bayi
10 Baby Sling
11 Nursing Cover
12 N ursing Clothes / Wear

Kalau tengok senarai tu semua memang banyakkan?pening kepala nak sediakan semua..hahaha tapi beli yg mana penting dulu lah kot.Jadi kalau ada sesiapa nak hadiahkan saya barang bayi silalah check senarai2 di atas.hahah poyos ok..:)

Yang dah dibeli adalah
1) 1 pasang romper berwarna putih
2) Mitten n booties warna kuning
3) Sepasang baju lengan pendek berwarna kuning
4) Topi
5) Baju baby girl kaler merah
6) Romper baby boy polo kaler biru



Jantina baby adalah biarlah rahsia sekian..( simpan rahsia sorang2 sampai selamat bersalin gamaknya)

Wassalam..semua ini dicedok dan dioleh daripada blog mereka...sekian terima kasih :)
http://ourdreamsoflife.blogspot.com/2010/05/senarai-keperluan-bayi-baru-lahir-dan.html
http://www.ciklaili.com/2011/08/checklist-barang-keperluan-bersalin-ibu.html
http://www.viruspadu.com/2009/04/senarai-keperluan-bayi-untuk-ibu.html


Tuesday, July 17, 2012

Desperate housewives


image taken from 
http://slouchingtowardsthatcham.com/2010/12/24/desperate-housewives-mid-season-7-review/
Assalamualaikum semua.

Kisah di atas bukan berkisar tentang hidup saya tetapi tentang drama yang saya ikuti sejak menjak beberapa tahun ni.Dah habis dah pun citer ni.Sebab tu saya nak cerita sikit.hehe..Entry blog pun dah lama tak tulis.Puan TUTI rindu nak baca.Banyak cerita nak tulis tapi tak sempat.Dengan busy kerjanya.Kadang2 balik rumah tu nak berehat je.Yela sejak pembawakan budak ni mood malas pulak nak menulis.Kalau dulu, nak je tulis selalu.

Kerja pun kadang teroverload.Ni pun ambik masa time rehat kejap buat karangan apa yang patut.Oklah cukup bebel..Jom baca pasal cerita ni.

Pada awalnya saya cukup xsuka dengan cerita ni. Nak tahu kenapa? masa awal2 keluar cerita ni my sister suka lah tengok dekat channel 8tv atau 711 starworld.Rasanya cerita bermula sekitar zaman masa saya 1st year dekat USM kot.Tahla xberapa nak ingat. Tapi saya tak suka cerita ni sebab banyak sangat scene 18sx.haha. serius betul banyak 'sangat' ok..Tapi kita boleh ambik pro dan kontra dia.

Desperate housewives ni berkisarkan kisah kejiranan dekat Wisteria Lane dekat negara Uncle Sam.Watak2 utama dalam drama ni adalah Bree Van De Kamp, Susan Mayer, Laynette Scavo dan Gabrielle Solis.Diorang ni memang kawan rapat la.Kisah masa Seasons 1 adalah selepas kematian Marie Allice. Suara background cerita ni daripada mula sampai habis memang suara Marie Allice ni la..

So, selepas kematian Marie Alice ni bermacam2 misteri lagi yang muncul dekat kawasan kejiranan diorang ni.Dengan kes skandalnya, perceraian, sabotaj la, kes bunuh dan macam2 lagi.Kalau kita tengok daripada season 1 sampai yang final ni.Macam2 perkara yang tak disangka timbul .

Walaupun banyak 'keburukan' cite ni dengan budaya barat yang peliknya , dengan kisah lesbian laa..gay la..yang itu memang xbaguihlah untuk diambil ikhtibar pun.Moral xdak.Tapi yang paling saya respect dengan cerita ni adalah semangat setia kawan..semangat kejiranan , tolong menolong yang tak pernah pudar.

Kalau kawan ni ada masalah, kawan ni akan back up dan tolong.Kalau nilai yang ni memang kita patut ambik ikhtibar daripada cerita ni.Cuma kadang kalau ada scene merapu meraban 18sx tu saya pun kadang cuba tutup mata ke, buat koje lain ke..ehhehehe..yang tu toksah ambik la..

Sekarang ni tengah duk cuba tengok balik dari season 1.Yela sebab saya tak tengok daripada mula kan? Daripada tajuk cerita ni mesti kita akan interpret, huish desperate sungguhhh..itu pandangan saya pada mulanya..oklah setakat ni lah post pada kali ni.bye bye bye..hehe

Thursday, July 12, 2012

Tuesday, July 3, 2012

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)


Semoga kita semua ,bakal2 ibubapa dan ibubapa dapat mempraktikkan info berguna ini..dan buat diri saya juga..insyaALLAH