Friday, February 18, 2011

Ada hang kesah?ada aku kesah?aku tau hang xpenah kesah pun..as the result no kesah2..alkisah je.

Assalamualaikum dan selamat malam di harini..

Tajuk berkenaan sebenarnya pasal hal lain. Tapi sebab tak de masa nak update blog saya tiruuu idea mamaeesya...Cop aku curi sat..ini adalah status di fb.Saya seorang yang sangar tegar fb.Tapi tak la macam ada orang lain yang update nak mandi, tido, berak xde plak.tah2 ada apa.hehehe.tp ada diorg kesah?tak diorg tak kesah sbb fb diorg..tula aku xkesah, hang xkesah , mereka pun xkesah..hahaha..tp tula kita hidup berukun tetangga mesti nak kesah2.Ni ala2 macam deejavu mengenakan diri sendiri ibarat kata pepatah melayu ibarat meluruskan benang yang basah. Kan dah kena pada diri sendiri.Ibarat kata ketam mengajar anaknya berjalan, kan dah xreti ajar nak nasihat pulak orang lain.haishh..

update harini
Norjuliana Binti Mohd Nooralhamd.5ncr.2observation.puff..sigh

marilah kita menghadapi audit hrni dgn tenang Art Darwisy,Zainudin Rashid,pakcik faiz, bid dan naim dan kak nin...terketaq2 aku..adeiii

semalam
Norjuliana Binti Mohd Nooresok audit........pengsannn
Padam Kiriman
Norjuliana Binti Mohd Noorgelang hilang..sedih..

Padam Kiriman
Norjuliana Binti Mohd Nooralhamdulillah ada rezeki..

esk kerja,encik hubby pulang malam ni.huhu.sadisnya..next,10hr lg.adeiii

Tula kita punya dunia sekarang sangat tanpa sempadan kan? Semua benda nak cerita, semua benda nak update. Apa2pun kita kena limitkan diri kita sebenarnya.Ni kira nak nasihat diri sendiri la ni dengan menggunakan volume blog ni. Ada kawan kata, isk semua benda ko nak cite ke? ??Saya setuju.Ada benarnya kata2mu itu..Depends pada orang juga sebenarnya. As for me, I am just to technomaniac..
Saya mahu membuat confession sekali lagi khas kepada kawan saya iaitu JULAIDAH MASTOR , walau dah minta maaf secara face to face by phone.Kerana keterlanjuran kata saya di FB. Bukanlah niat di hati nak gado2..kalau ko bg aku makan gado2 best juge kan?aku tau ko xbaca blog aku. hahaha..Harap ko xputuskan persahabatan kita ni.
And one more things, saya happy untuk kamu ATIQAH RIZAN iaitu rumetku di matrikulasi, Anda akan memberi saya makan nasi minyak. I am sooo happy for u tiq.glad to here all this good news from friends..Alhamd..And for those yang keep2 secret2 tu I consider as deejavu.Dulu teringat masa bertunang disorokkan berita itu dari housemate.hahaha..kejam kan?
tata,,

Tuesday, February 1, 2011

standing in between...








Salam siaran semua...


Kelabu je blog saya ni.sekelabu tuannya. akibat kekelabuan itu, maka saya coretkan.Tah ada sapa baca ke tak ni?hehehe.blog ni dah macam jadi blog emo..Sekejap tenggelam, sekejap timbul.Bila timbul je jadi tempat luahan perasaan je.Macam tuan punya ni takde keje lain?hehehe..Tapi tuan punya pun xpasti ada pembaca ke tidak? Sure dah lari...Itu xpenting, yang penting dapat memberi iktibar pada tuan punya sementelah membacanya di kemudian hari.hehehe

Pernah tak korang duduk di tengah2?duduk di tengah2 untuk membuat keputusan?Sangat susah ok.Apabila kedua2 perkara itu adalah penting dalam kehidupan.Kadang2 otak xdapat nak memproses apabila memikirkan kedua2 perkara. Kenapalah saya selalu kena macam ni?takdir.Apabila keputusan dibuat ada pulak rasa was-was..eeee..sangat tak elok ok?


Ce cite ce cite?

Kisah A- Dulu2 punya kisah, minta maaf ye suamiku buka cerita lama..hehe..

- Alkisah dahulu kala, saya kawan dgn a punyalah lama ,kemudian a buat hal, kawan dengan b, last xdapat buat keputusan antara a n b, last2 kawin dgn encik suami saya. Sebab apa ? yang di depan mata xnampak. Yang jauh2an itu ternampakkan.Anyway, doakan semoga perkahwinan ini diberkati oleh -NYA ke akhir hayat.

Yang lain2 lupey..tp memang ada banyak.

Dan recently sebab cerita ni la saya bukak entry ni ok?, my mam ajak g umrah sekali tapi sadly, clash pula dgn tarikh pergi conference ke USA yang macam haritu saya pergi.Tapi macam masa pergi USA haritu saya memang xfokus langsung.Main je banyak sebab xberapa nak ambik berat rasanya.Pergi dan melihat tapi biasalah kali pertama minda kita ni agak blur sikit.Jadi dah ada peluang kali kedua ni, macam nak grab opportunity ni untuk betul2 fokus dengan kerjaya. Sebab? xlama lagi bos akan pencen.Kemungkinan besar kena handle projek tahun depan. Jadi memang kena betul2 struggle in this 5 years ahead..otak plak makin beku.

Harap mam saya faham ye mam?. Tapi rasa agak terkilan jugak sebenarnya tak dapat pergi umrah..why?

1) as you can see i have a dream...a dream yang semua orang kawin dream la.perlu ke cerita lagi?karang bosan plak..SAYA NAK BABY JUGAKK...haha poyo sangat..( suara desperate kedengaran)..itulah status yang nak letak dekat FB tapi segan.Blog xpa, xramai orang baca pun.hehe..

2) Nak berdoa + beribadat dekat denganNYA..yela bila2 masa boleh dipanggil kepangkuan-NYA.dosa bertimbun2..orang dah bagi peluang ko taknak.mati katak sok baru tau..

3) USA dah pergi daa..dahla duk dalam fligth lama satu hari..nak pergi lagi?hehehe..dey bukan pergi berjalan ye.pergi bekerja.Takla best sangat pun.

At the end, keputusan mesti satu. Tiada dua, tiada 3,hanyalah kamu. Saya memberatkan keputusan ke USA.Mesti ada orang kata saya buat keputusan tak patut..tak patut. Tapi itulah dah tak ada rezeki.. Terimalah seadanya..

Ni info pasal membuat keputusan:

( http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/MEMBUATKEPUTUSAN.php )

lagi..sila baca untuk info kawan2..wallahualam

Apa itu membuat keputusan?


-Membuat keputusan adalah membuat satu pilihan untuk mencapai satu matlamat
-Membuat pilihan yang baik secara konsisten adalah kunci kejayaan dalam kehidupan
-Kadangkala membuat keputusan adalah sesuatu yang sukar, oleh itu elakkan dari mengambil keputusan secara terburu-buru
-Membuat keputusan adalah satu cara untuk mengubah kehidupan anda
-Tiada sesiapa yang boleh membuat keputusan yang tepat pada setiap masa, tetapi dengan membentuk kemahiran membuat keputusan di dalam diri, kejayaan anda dapat dipertingkatkan
-Apakah yang mempengaruhi anda membuat keputusan?Pemikiran dan emosi individu

Keputusan anda banyak dipengaruhi oleh emosi semasa anda membuat keputusan. Emosi anda mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku anda. Bila anda mengalami emosi positif, anda akan tercenderung untuk memandang rendah emosi negatif akibat dari tindakan anda itu. Apabila anda mengalami emosi negatif, anda akan lebih cenderung untuk fokus kepada masa yang terdekat dan hilang gambaran keseluruhannya.Setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk membuat keputusan.


Ada yang gemar mengumpul maklumat sebelum membuat keputusan
Ada yang bergantung kepada rasa hati dan terus membuat keputusan
Ada juga yang sering mengubah keputusan mereka sehingga menyebabkan mereka sering kali tidak dapat membuat keputusan

Sudut pandangan islam: (Artikel asal bertajuk "Fitnah Petunjuk Istikharah" dari http://www.saifulislam.com/)

KESIMPULAN
1. Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan. Was-was adalah permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang mengundang bahaya.

2. Dalam hal-hal yang tiada keraguan dalam membuat pilihan keputusan, ia tidak berhajatkankepada Istikharah.

3. Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan diri untuk melihat buruk baiknya.

4. Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus beristikharah.

5. Pada perkara yang sukar untuk dibuat keputusan, beristikharahlah kepada Allah mengikut kaifiyat Solat Istikharah dan Doa yang Ma’thur daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

6. Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan.

7. Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh dipercayai kewibawaannya.

8. Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan. 9. Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana ia sangat terbuka kepada belitan Iblis.

10. Jauhi Bid’ah dan Syirik.

11. Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.

12. Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.

13. Istikharah terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam ruang lingkupkeharusan Syara’ dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh.

14. Rujuklah kitab-kitab Fiqh serta panduan Sunnah dalam urusan Istikharah serta ibadah-ibadah yang lain.

15. Melakukan ibadah dengan hanya berpandukan hearsay adalah pintu kebinasaan dalam beragama.

p/s: semoga dapat memberi iktibar di kemudian hari kepda diri ini dan sapa2 yang baca blog ni..semoga perjalanan umrah ziarah mam ku akan selamat dan diberkatinya ( doakan saya ye mam..)

the end.....puff..lama xupdate panjang jela.padan muka.

Sahabat, Kawan, Friends,

Sahabat Sejati
Album : See You D IPTMunsyid : Unichttp://liriknasyid.com

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan
Ilahi Ku biarkan pena menulis

Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini
Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O : Oh Tuhan Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya
Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

Saja melirikkan lagu ini tatkala merasakan diri ini macam terpinggir sedikit.Hari demi hari rasa makin jauh dengan seorang sahabat.Dan pada masa yang sama diri saya juga semakin jauh..
Bersabahat, berkawan ni pun ada timbal tolaknya kan?kalau sorang je yang bersusah payah tatkala yang sorang lagi memerlukan...Tapi bila sampai masa kita, seperti dilupakan?apakah?
Kadangkala rasa ego dalam diri dan sombong juga membuatkan diri ini lupa.Kadangkala jika terlalu mementingkan diri?Mungkin juga mereka memendam rasa yang tidak diluahkan.Atau keikhlasan itu hilang..?
Terasa seperti diri dipergunakan?mungkin?mungkin sebelah pihak je yang berlebih-lebihan.Yang satu lagi tiadak merasakan apa2Hari berganti hari, tahun berganti tahun.Semakin lama, semakin dilupakan.Hanya teman baru yang menjadi peneman..Akhirnya semuanya hanya tinggal kenangan di dalam memori..
Gong Xi Fa Choy..

open..

blog ini sudah dibuka..so peringatan!!!!! kalau anda baca anda diam2 sudah.toksah duk tanya balik di luar kawasan blog ini.kerana? saya tiada jawapan untuk anda...i have no answer for that.only if, the question korang post dekat komen post itu je..other than that, i will pretend not to hear anything outside of this blog ok..hehehe..sangat minta maaf pada kengkawan yang nak buka, tapi xdapat2.last2 boleh baca jugak.nonsense kan?
the end.. i see sunshine....
wassalam..

Happy New Year

Assalamualaikum semua.. Selamat tahun baru buat semua..