1st child-Airis fatiha

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

2nd child - Irdhina Sofia

Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, August 30, 2012

KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN

 Perkongsian daripadaku..:)

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”
Sabda baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.”
Seorang lelaki berkata, “atau untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah SAW menjawab, “Juga untuk seorang.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud, “Takutlah kamu kepada Allah SWT dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.” Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan dan isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah SWT.

Pernahkah anda mendengar, kata orang tua, ?menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga anak perempuan seorang?? Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.
Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.

Nah! Masih tidak berbangga memiliki anak-anak perempuan?
Renung-renungkan!


COPY FROM  http://gotabligh.com/ilmu-zikir/kelebihan-memiliki-anak-perempuan.html

Thursday, August 16, 2012

Raya ke-4 bersama suami dan baby (dalam perut)


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,

Dikesempatan ini, saya nak mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri bersama yang tersayang.Maaf zahir dan batin juga diucapkan. Bagi yang jauh perjalanan untuk ke kampung halaman..Macam saya lah tu..hehe.semoga selamat pergi dan pulang.Berhati-hati di jalanraya.

Puasa?
Alhamdulillah hopefully xnak ada lubang lah kan sebab dah diberi peluang boleh bagi habiskan..hihi.

Baju raya?
Tahun ni xde mood sangat nak berbaju raya.Sebab kan perut membesar.Ada sehelai tu jela yang dah 2 bulan hantar dekat tailor dekat kampung.Memang daripada kecik sampai besar hantar dekat dia.Memang puas hati pakai baju yang dibuat.Alhamdulillah  baju kurung raya saya yang sepasang ibesar sedikit jadi taklah sendat di perut.:) Husband pulak xnak beli baju raya.Tah merajuk ke apa tah.heheeh takpa kita paksa jugak esok masa balik kampung :P.

Kuih Raya?
Persiapan tahun ni nak kata sederhana pun tak, membazir pun tak ( yeke?), dan buat sejenis je kuih raya itu pun on request iaitu choc chip.Tapi biskut tu memang akan duk kat rumah jela sebab buat satu round je Lagipun baru test resepi.hehe..tak berapa nak comei..
Lagipun diriku memang jual choc chip dengan cokelat tiap tahun.Alhamdulillah sambutan memberangsangkan walau untung takat 20%.Itulah rezeki yang dah tertulis.Terima kasih pada yang beli :).
Cuma yang nak bawak balik kampung jela berkodi2 kerepek terutama yang dibelah rumah mertua . Sampai melimpah ruah beg besar tu.Saya bawak balik ke kampung saya sikit je sebab famili raya kampung tok kedah harini..waaaa xaci..

Kasut raya? 
pakai kasut yg dibeli pada 2bulan lepas je..Lepas tu ada beli 2 jubah di saat2 akhir.gedebehlah pulak .Lepas raya kena alter untuk dijadikan pakaian kerja.huhu( kebanyakan baju dah sendat lorr)...


                                                        Zoe orange inspired maria elena..orenggg

                                                         beg fossil...oh cantiknya (^.^)
Beg raya?(perlu ke?) 
oh yess beli beg zoe orange dekat sometimes inspired by maria elena kaler yang sedondon dengan baju raya I.hehe.ehehem sebenar nak beli beg fossil yang imported tu tapi harganya agak mahal la.Takpala yang hampir serupa pun boleh ..Sebenarnya bukan beg raya sangat tapi dah kebetulan raya kan?hahaha

Duit raya?
Tukar duit raya baru 2minggu sebelum raya adalah disarankan.Lagi awal lagi bagus.Kalau seminggu sebelum raya habislah nak tukar pun tak cukup. Sarung angpau pun boleh habis..hehehe..

Kad raya?
 dapat 3 keping je daripada prudential, wah chan dengan perkin elmer.Daripada orang perseorangan takdak..:( sebab saya pun tak bagi dah nak tunggu orang bagi?xmalu..


Tudung raya? 
takde tudung raya tapi kebetulan beli masa raya.lagi? Beli dekat sini shawlbyvsnow.

Raya mana?
syhhh patutnya raya belah rumah saya, dah mak n abah nak raya kedah pulak..Sejak kahwin ni , kalau campur yang ni dah 3kali raya rumah mertua dulu .huhu ( macam jauh jee)..Mak n abah balik raya kedua.Harap sangat dapat makan kuah kacang mak yang sedap tu.Tahun lepas tak dapat makan  sepuasnya.Tahun ni kena kata mengidam la baru boleh dapat ( alasan..hahaha) dan kuah lontong dan rendang mak.:).Takpa lepas ni kita raya dua kali das semula..hehe lepas tu back to normal .Boleh encik husband?:P barulah adil dak gitu?heheheh..

oH rasanya masa raya nanti perutku akan menjadi tumpuan, sebolehnya nak sorok je perut dalam baju tu bg orang tak nampak.boleh gitu?:P

Oklah last but not least.SELAMAT HARI RAYA....