Thursday, February 25, 2010

Contest


Ha...ni saya masuk contest ni..
Jalan2 jumpa tetiba nak masuk.
Manalah tahu kalau2 boleh dapat hadiah daripada blog ni..
tgok kat blog dia lawa juga beg2 tu..
so silalah jenguk2 ke web de'alya collections ini..hehe


Monday, February 22, 2010

Blueberry cheese tart


Comotnya..


Sedang dibakar..



Mejaku yang semak..sinilah tempat aku membuat kerja...hehe..



Tart itu sebelum masuk semula ke oven..



Salam semua..


Kenapa rajin sangat online malam-malam ni?Sebab esok nak kena masuk lab wat keroje sikit.huhu.Biasanya bukan masuk sangat lab.Bukan taknak.Tapi dah bos xsuruh.Nak wat camano. huhu..alasan..Buat kerja ofis jela.Nak wat camana.Mungkin saya takde skills kot.Cemerkap bak kata orang utara.Jarang saya buat entry pasal masak-masak ni.Sebab malu...huhu

Jadi inilah dia tart cheese blueberry.Kepada mizwa, koi rasa koi tak otai lagi macam aok bab memasok jadinya koi taknak lawan tokey..ekeke.Sebenarnya tak terer, ni pun saja try test resepi daripada majalah NUR dengan resepi daripada laman web myresepi.com.'So this is my first try'.Harap semoga cubaan kedua lebih baik.

Cuma bahan-bahan ada yang sengaja tukar sebab memang dah kalut sangat nak membuatnya iaitu Philadelphia Cream Cheese ditukar dengan Tatura Cream Cheese, lemon takde tukar dengan perahan limau mandarin..hahah.adei..janji suamiku kata sedap( yeke?).

Hurm..ngantuk.jam menunjukkan jarumnya ke angka 12.00am..sudah mahu tidur..lagi 3 hari nak bekerja..hehe..kerja lalala..

wassalam..

p/s:try la resepi ni, sng dan best...

Friday, February 19, 2010

Pak Arab -Akhirnya......

Salam semua..

Dalam diam tak diam saya update lagi ye..haha..semuanya pun berkongsi dan copy & paste sahaja..hehe

::Sepandai Tupai Melompat, Akhirnya Jatuh Ke Tanah::maksudnya::Walau selicik atau sehebat manapun orang tu, tetap tersungkur kerana kelicikannya, biasanya menjurus kepada perbuatan jahat la..

Masalah pasal perangai warga Arab di USM bukan perkara baru.Sampai diperkatakan dalam Buletin lagi.Tapi itulah..akibat Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga.Kadang-kadang saya sendiri pun mengalami masalah yang serupa dengan pak arab ni. Diorang kadang-kadang bawak kereta sesuka hati, tak bagi signal, berhenti tepi jalan tiba-tiba dan bermacam-macam lagila..Memang la tak elok kita melihat keburukan saja.Tapi itulah yang sehari-hari diperkatakan oleh warga USM..wuhuhu..

Macam tadi masa nak masuk USM, saya pun bara teruih dengan satu kereta ni.Sure pak arab..nah..memang benar pun pak arab.Bila kes kematian macam ni dah berlaku?So siapa yang perlu dipersalahkan?Rasanya diorg semua kena pergi kelas memandu ala Malaysia, supaya tahu adab orang sini kan??tataula nak kata apa doh..

Ihsan dr:UTUSAN ONLINE

Penuntut warga Iraq didakwa memandu secara berbahaya

19/02/2010 2:50pm

NIBONG TEBAL 19 Feb. – Seorang penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) warga Iraq didakwa di Mahkamah Majistret Nibong Tebal di sini atas tuduhan memandu kenderaan secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian penuntut universiti sama, Fadilah Abdul Halim, 27, Khamis lepas.

Menurut kertas pertuduhan, Hamood Sheehab Hamid, 45, didakwa melakukan kesalahan itu berhampiran lampu isyarat pintu masuk utama USM, Jalan Transkrian pada kira-kira pukul 9.45 pagi.

Hamood yang sedang mengikuti kursus Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Kejuruteraan Elektronik itu didakwa memandu secara melulu dan berbahaya tanpa mengendahkan keadaan dan kesibukan jalan ketika itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana tertuduh tidak faham bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Majistret Mohd Izham Ali mengarahkan pasport tertuduh ditahan dan menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan dua penjamin, masing-masing warga tempatan dan warga asing.

Mahkamah menetapkan 23 Mac ini untuk sebutan semula kes. – Bernama

p/s: Diriku ngeri lagi dengan eksiden2..pantang nampak benda bergolek atas jalan..eksiden ke apa ke..yg penting kenangan eksiden di km192.7 still dalam ingatan..huhu..wallahualam..

Thursday, February 18, 2010

Kanak-kanak lelaki mengamuk




Salam

Korang ada rasa panas sangat tak sekarang ni?sebab negara kita tengah mengalami el nino yg suatu ketika dahulu pernah jadi.elnino dalam bahasa sepanyol bermaksud kanak-kanak lelaki.kalu el-nina kanak-kanak perempuan.Semalam saya tengok berita, jabatan metereologi bg laporan yang kawasan paling panas setakat ni dekat daerah Cuping di Perlis sehingga mencapai suhu 36 darjah.Dekat KL pulak dekat PJ dengan suhu tertinggi 34 darjah.Kebanyakan daerah di Utara Semenanjung yang mengalami suhu yang tinggi.Camno nk g langkawi ni..panehh

Saya masa balik kampung hrtu kipas kiri kanan..huhu..tataula panas sangat sbb banyak dosa ke apa..tp mmg paneh..huhu.Kat Neraka lg panas kot..nauzubillah..mintak dijauhkan..

Copy dari http://www.kjc.gov.my/malay/pendidikan/cuaca/elnino.html

Apakah El Nino ?

Setiap tiga ke tujuh tahun, suatu arus laut yang panas menggantikan suatu arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai Peru, Amerika Selatan. Fenomena lautan yang diperhatikan ini dipanggil El Nino. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan keadaan kejadian luar biasa cuaca yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara, Indonesia dan Australia, keadaan-keadaan lebih kering dari normal berlaku sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya lembap dialami.

Secara lazimnya, El Nino berlaku untuk tempoh 9 ke 18 bulan. Biasanya ia mula terbentuk pada awal tahun, berada dikemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah pada awal tahun yang berikutnya. El Nino yang mempunyai keamatan yang sama tidak semestinya menghasilkan corak iklim yang sama.

Bagaimana El Nino dikaitkan dengan keadaan-keadaan atmosfera?

Semasa El Nino, perairan yang lebih panas di Pasifik tengah dan timur membekalkan haba dan lembapan tambahan kepada atmosfera yang berada di atasnya. Ini mendorong pergerakan menaik yang kuat dan dengan demikian merendahkan tekanan permukaan di dalam kawasan pergerakan menaik itu. Udara lembap yang naik itu terpeluwap lalu membentuk kawasan ribut petir yang luas dan hujan lebat di kawasan berkenaan. Di bahagian barat Pasifik termasuk Malaysia, tekanan atmosfera meningkat, menyebabkan cuaca menjadi lebih kering.

Semasa ketiadaan El Nino, tekanan permukaan di Pasifik barat biasanya rendah manakala di tengah dan timur Pasifik adalah tinggi. Di bawah keadaan ini, pada amnya Pasifik barat adalah lembap sementara Pasifik tengah dan timur adalah kering.

Corak tekanan permukaan yang berselang-seli di kawasan tropika Lautan Pasifik, yang mana keadaan lautan bertukar dari El Nino ke normal dipanggil Ayunan Selatan (SO). Hubungan di antara atmosfera dan lautan semasa kejadian El-Nino ini dikenali sebagai El Nino-Ayunan Selatan (El-Nino Southern Oscillation, ENSO).

Adakah fasa yang berlawanan dengan fasa El Nino (La Nina) ?

Pada masa-masa tertentu, walaupun tidak selalu, suhu permukaan laut di Pasifik tengah dan timur menjadi lebih rendah dari biasa. Fenomena ini di panggil La Nina - keadaan bertentangan dengan El Nino. Dalam keadaan ini, tekanan atmosfera permukaan di kawasan khatulistiwa Pasifik barat menurun, menyebabkan pembentukkan awan yang lebih dan hujan lebat.

Kekerapan berlakunya El Nino/La Nina

Sejak 50 tahun kebelakangan ini, El Nino telah berlaku sebanyak 12 kali. Dua kejadian El Nino yang terkuat pada abad yang lalu berlaku pada 1982-83 dan 1997-98. Jadual berikut menyenaraikan tahun-tahun di mana El Nino berlaku.

1951-1952

1953-1954

1957-1958

1965-1966

1969-1970

1972-1973

1977-1978

1982-1983

1986-1987

1991-1992

1994-1995

1997-1998

Kekerapan berlakunya La Nina adalah kurang jika dibandingkan dengan El Nino. Tahun-tahun di mana La Nina berlaku adalah disenaraikan di bawah:

1950-1951

1955-1956

1970-1971

1973-1974

1975-1976

1988-1989

1998-2000



Apakah impak yang tipikal di Malaysia.?

Dengan kehadiran El Nino yang sederhana/kuat, taburan hujan di Sabah dan Sarawak akan berada jauh dibawah paras purata semasa monsun barat daya (Jun-Ogos) dan monsun timur laut (November-Februari), sebaliknya di Semenanjung Malaysia taburan hujan adalah dibawah paras purata hanya semasa monsun barat daya (Jun-Ogos).

Keadaan El Nino yang lemah dikenalpasti memberi impak yang minimum kepada taburan hujan di Malaysia. Tambahan pula, taburan hujan di bawah dan atas paras purata boleh juga berlaku dalam tahun-tahun yang bukan El Nino/La Nina.


So dalam cuaca yang panas ni jgn hot hot ye...minum air banyak2 bg cool.tp air suam jela..hehe

Daaa

Malas nak update

Salam semua..

rasanya harini genap 10 hari tak update langsung blog kesayangan ni.

Kenapala tak update?

1st Balik kampung..hohohoh balik kampung..
2nd Sebab tak sempat nak update la apa lagi...
3rd Xde sebab

pending story?kisah fogging memongging di rumahku..lain?
hurm..sabtu ni nak pergi skpd-seminar kenali potensi diri..cewah..hehe..dkt bukit mertajam
lagi lagi?minggu lagi satu nak perg langkawi kot..last sekali pergi masa matrix..8 tahun lepas.hahahha..sabo jela kan kan?
Oklah..nak memerah otak menyiapkan abstract untuk dihantar ke NASCON bulan 4 ni..otak beku je rasa.Cuti lama sangat itulah pasal.hehe

daaa

Monday, February 8, 2010

Denggi...

Risiko tinggi kanak-kanak berumur 0-13tahun...!!!


Jenis Demam Denggi

TERDAPAT empat bentuk demam denggi dan bukan semuanya membahayakan dan akan membunuh.

(1) Denggi dengan demam biasa

Demam denggi jenis ini merupakan yang paling kerap berlaku dengan simptom demam seakan-akan selesema dan bertahan selama satu hingga dua hari sahaja. Pesakit juga tidak mengalami tanda-tanda lain demam denggi klasik dan kebiasaannya pesakit sendiri tidak mengetahui dirinya dijangkiti virus denggi.

(2) Demam denggi klasik

Pesakit yang menghidap bentuk demam denggi ini akan mengalami demam yang tinggi secara tiba-tiba, dengan suhu badan boleh mencecah 40°C. Pesakit juga akan berasa sakit serta sengal pada sendi di seluruh badan di samping sakit kepala dan sakit di dalam bebola mata. Rasa mual, muntah- muntah, pedih ulu hati dan senak perut, hilang selera makan dan cirit birit pula adalah antara simptom denggi yang sering diabaikan pesakit dan dianggap sebagai masalah kesihatan biasa. Pesakit juga akan mengalami ruam kemerahan dan gatal-gatal yang mula timbul pada hari ketiga atau keempat selepas mula demam.

(3) Demam denggi berdarah (DDB)

Demam denggi jenis ini menjadi antara penyakit paling digeruni tetapi ia sebenarnya jarang berlaku dan hanya lima peratus daripada pesakit DDB yang meninggal dunia. Malangnya, ia juga lebih kerap berlaku di kalangan kanak-kanak dan golongan muda akibat jangkitan berulang virus denggi dari jenis yang berbeza. Pesakit biasa mendapat DDB antara hari ketiga hingga ketujuh demam, bermula dengan tanda pendarahan pada gusi, hidung, mata, kencing berdarah, najis berdarah (hitam seperti tar jalan), muntah atau batuk berdarah dan pendarahan pada kulit (bintik hitam atau lebam).

Pesakit juga mungkin mengalami pendarahan dalaman dengan tanda takungan darah dalam abdomen atau lapisan pleura paru-paru. Ini berlaku akibat saluran darah yang lusuh (darah keluar ke tisu, pleura dan abdomen), menyebabkan kepekatan darah meningkat. Selain itu, saluran darah kecil yang pecah dan kandungan platelet menurun juga boleh menyebabkan perdarahan, sama ada yang ringan atau berat.

DDB bukan sahaja boleh menyebabkan maut akibat pendarahan luaran malahan boleh membunuh akibat renjatan hasil pendarahan dalaman yang sukar dikesan. Semua pesakit denggi berpotensi membentuk DDB walaupun jika dijaga dengan rapi berikutan tindakbalas antibodi badan. DDB juga boleh dipecahkan lagi kepada empat gred mengikut simptom jangkitan seperti:

  • Gred 1: Demam dan simptom lain yang tidak khusus dan ujian tourniquet yang positif (menunjukkan pendarahan berlaku)
  • Gred 2: Tanda-tanda Gred 1 bersama pendarahan secara rawak (tiba-tiba)
  • Gred 3: Tanda kegagalan aliran darah (denyutan nadi laju/lemah, tekanan darah rendah, kulit lembap/sejuk)
  • Gred 4: Kesan renjatan yang jelas sehinggakan nadi dan tekanan darah tidak dapat dibaca.

(4) Sindrom Kerenjatan Denggi (DSS)

DSS juga sama dengan gred 4 DDB. Bentuk demam denggi ini sebenarnya yang paling bahaya dengan kadar kematian yang amat tinggi akibat renjatan (shock) hasil kehilangan cecair darah (pendarahan) ke dalam organ seperti paru-paru, perut dan kulit. Badan pesakit dengan DSS biasanya kelihatan seperti mengembang, dengan tanda-tanda DDB yang disertai tekanan darah yang jatuh mendadak.

Semua simptom DSS boleh muncul selepas tiga hingga enam hari demam bermula. Suhu badan pesakit akan berubah dengan tiba-tiba, dari amat panas kepada suhu bawah normal, bacaan platelet jatuh mendadak dan paling penting, tekanan darah amat rendah sehinggakan gagal mendapatkan bacaan. Sakit tulang atau tulang belakang yang dirasakan seperti hendak meletup juga merupakan simptom biasa bagi semua peringkat demam denggi kecuali denggi dengan demam biasa. Antara petanda awal DDB mungkin berkembang kepada DSS adalah:

  • Sakit perut (abdomen) yang teramat sangat dan berpanjangan, muntah berterusan.
  • Perubahan suhu badan secara tiba-tiba dari demam kepada hipotermia, disertai peluh dan kelesuan, rasa gelisah dan cemas.
  • Jangkitan pada otak dan saraf pula boleh menyebabkan gangguan tahap kesedaran, sawan, lumpuh dan kekejangan leher.
  • Jangkitan hati pula akan menyebabkan rasa sakit pada bahagian kanan perut (bengkak hati) dan mata kuning. Jantung dan paru-paru juga boleh dijangkiti.
ihsan....http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/template.jsp?showMe=32&storyid=1213076092921

Friday, February 5, 2010

saya tidak tahu nak update apa..

Salam..

Saya tidak tahu nak update apa sebab xde cerita..cuma maybe rite now tengah gila nak buat kad handmade plak.Lepas satu dan satu.ekeke..dah beli dah perkakas la konon.ratusan jugak. harganyasampai terbeliak my hubby punya mata..adei..dia kata:

'Takpe, bagus tapi kena buatla..jgn tak habis buat mcm crossstich tusudah...'

aah sangat btul..projek silah pangkah tu pun tak siap2 lagi..sabo jela.angat2 tahi kucing( bukan mencarut ye..)..haha

Rasa macam nak buat macam-macam, nak belajar macam-macam..yela tumpang xde sapa lagi tambahan orang dalam hidup ini.Ingat nak belajar semua benda dalam dunia ni.Terutamanya ilmu-ilmu kraftangan, masak-masakan dan apa-apa sajalah yang berfaedah. Tapi semua itu memerlukan ongkosnya( bak kata orang indon).huhu..

Listed class yang nak sangat pergi
1) Fancy cookies
2) Kek lagi
3) Menjahit( kena beli mesin jahit la pula..huhu)
4) Kelas graphic

Semua tu xde kaitan langsung dengan kerja hakiki..heheheehhehe..kena cari kelainan la..takkan asik nak buat benda sama je dalam hidup ni betul tak?Tapi kalau tak focus macamana nak excell..betul x?huhu

sekarang dalam kepala hotakku ada ISO ISO dan ISO..huhu

daa...wassalam

Happy New Year

Assalamualaikum semua.. Selamat tahun baru buat semua..