Skip to main content

Kanak-kanak lelaki mengamuk




Salam

Korang ada rasa panas sangat tak sekarang ni?sebab negara kita tengah mengalami el nino yg suatu ketika dahulu pernah jadi.elnino dalam bahasa sepanyol bermaksud kanak-kanak lelaki.kalu el-nina kanak-kanak perempuan.Semalam saya tengok berita, jabatan metereologi bg laporan yang kawasan paling panas setakat ni dekat daerah Cuping di Perlis sehingga mencapai suhu 36 darjah.Dekat KL pulak dekat PJ dengan suhu tertinggi 34 darjah.Kebanyakan daerah di Utara Semenanjung yang mengalami suhu yang tinggi.Camno nk g langkawi ni..panehh

Saya masa balik kampung hrtu kipas kiri kanan..huhu..tataula panas sangat sbb banyak dosa ke apa..tp mmg paneh..huhu.Kat Neraka lg panas kot..nauzubillah..mintak dijauhkan..

Copy dari http://www.kjc.gov.my/malay/pendidikan/cuaca/elnino.html

Apakah El Nino ?

Setiap tiga ke tujuh tahun, suatu arus laut yang panas menggantikan suatu arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai Peru, Amerika Selatan. Fenomena lautan yang diperhatikan ini dipanggil El Nino. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan keadaan kejadian luar biasa cuaca yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara, Indonesia dan Australia, keadaan-keadaan lebih kering dari normal berlaku sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya lembap dialami.

Secara lazimnya, El Nino berlaku untuk tempoh 9 ke 18 bulan. Biasanya ia mula terbentuk pada awal tahun, berada dikemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah pada awal tahun yang berikutnya. El Nino yang mempunyai keamatan yang sama tidak semestinya menghasilkan corak iklim yang sama.

Bagaimana El Nino dikaitkan dengan keadaan-keadaan atmosfera?

Semasa El Nino, perairan yang lebih panas di Pasifik tengah dan timur membekalkan haba dan lembapan tambahan kepada atmosfera yang berada di atasnya. Ini mendorong pergerakan menaik yang kuat dan dengan demikian merendahkan tekanan permukaan di dalam kawasan pergerakan menaik itu. Udara lembap yang naik itu terpeluwap lalu membentuk kawasan ribut petir yang luas dan hujan lebat di kawasan berkenaan. Di bahagian barat Pasifik termasuk Malaysia, tekanan atmosfera meningkat, menyebabkan cuaca menjadi lebih kering.

Semasa ketiadaan El Nino, tekanan permukaan di Pasifik barat biasanya rendah manakala di tengah dan timur Pasifik adalah tinggi. Di bawah keadaan ini, pada amnya Pasifik barat adalah lembap sementara Pasifik tengah dan timur adalah kering.

Corak tekanan permukaan yang berselang-seli di kawasan tropika Lautan Pasifik, yang mana keadaan lautan bertukar dari El Nino ke normal dipanggil Ayunan Selatan (SO). Hubungan di antara atmosfera dan lautan semasa kejadian El-Nino ini dikenali sebagai El Nino-Ayunan Selatan (El-Nino Southern Oscillation, ENSO).

Adakah fasa yang berlawanan dengan fasa El Nino (La Nina) ?

Pada masa-masa tertentu, walaupun tidak selalu, suhu permukaan laut di Pasifik tengah dan timur menjadi lebih rendah dari biasa. Fenomena ini di panggil La Nina - keadaan bertentangan dengan El Nino. Dalam keadaan ini, tekanan atmosfera permukaan di kawasan khatulistiwa Pasifik barat menurun, menyebabkan pembentukkan awan yang lebih dan hujan lebat.

Kekerapan berlakunya El Nino/La Nina

Sejak 50 tahun kebelakangan ini, El Nino telah berlaku sebanyak 12 kali. Dua kejadian El Nino yang terkuat pada abad yang lalu berlaku pada 1982-83 dan 1997-98. Jadual berikut menyenaraikan tahun-tahun di mana El Nino berlaku.

1951-1952

1953-1954

1957-1958

1965-1966

1969-1970

1972-1973

1977-1978

1982-1983

1986-1987

1991-1992

1994-1995

1997-1998

Kekerapan berlakunya La Nina adalah kurang jika dibandingkan dengan El Nino. Tahun-tahun di mana La Nina berlaku adalah disenaraikan di bawah:

1950-1951

1955-1956

1970-1971

1973-1974

1975-1976

1988-1989

1998-2000



Apakah impak yang tipikal di Malaysia.?

Dengan kehadiran El Nino yang sederhana/kuat, taburan hujan di Sabah dan Sarawak akan berada jauh dibawah paras purata semasa monsun barat daya (Jun-Ogos) dan monsun timur laut (November-Februari), sebaliknya di Semenanjung Malaysia taburan hujan adalah dibawah paras purata hanya semasa monsun barat daya (Jun-Ogos).

Keadaan El Nino yang lemah dikenalpasti memberi impak yang minimum kepada taburan hujan di Malaysia. Tambahan pula, taburan hujan di bawah dan atas paras purata boleh juga berlaku dalam tahun-tahun yang bukan El Nino/La Nina.


So dalam cuaca yang panas ni jgn hot hot ye...minum air banyak2 bg cool.tp air suam jela..hehe

Daaa

Comments

  1. ohhh sebab tu rupanya cuaca skang ni panas sangat!

    btw, come join our giveaway for a chance to win our delectable diaper cakes! ;-)

    http://twinkywinkystars.blogspot.com/2010/02/join-our-diaper-cupcakes-giveaway_12.html

    ReplyDelete
  2. Nice Info...

    Tapi rasanyer sekarang dah ok sket ...sebab kat Selangor ni petang dah hujan...

    Alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. kanak kanak lelaki mengamok - comel betol tajuk..mari bersyukur sebab sekarang dah start hujan kan? yey!

    ReplyDelete

Post a Comment

Comment

Popular posts from this blog

Tahun 2021 pun dah hampir habis.

 Assalamualaikum. Rasanya lama dah tak menulis dalam blog ni.hampir 4 tahun. Blog ni memang temanya campur2 lebih kepada penulisan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Kebelakangan agak jarang jari ni menulis. aku bukanlah blogger yang menulis untuk dapatkan pendapatan semata. tujuan aku menulis dulu banyak mengenai luahan hati aku sendiri. Aku kadang rasa blog ni macam diari aku kot. sebab banyak juga luahan hati dan perasaan dituliskan di dalam blog ini. blog ni usia dia dah lebih 10 tahun pun. dan aku pun jarang menulis. rasa takda siapa yang masih baca pun.  dan hari ini tergerak rasa nak menulis . ok nanti sambung...saja nak start engine.Sebab dah mula bosan dengan social media yang ada sekarang ni. aku rasa nak beralih semula kepada blog. sekian.

Apa dia blog?

Salam semua, Aku 'just' nak 'share' info dan bercerita sikit pasal topik ni dengan bloggers semua dan kawan-kawan yang berjinak2 nak mem'blogging'kan diri. Harap info ni berguna dan dapat membuka minda masing-masing. Setelah sekian lama baru aku terfikir apa dia blog ni?Lalu aku pun merajinkan diri mencari makna disebaliknya.(mcm buat research la..hehe) Aku tak pasti samada semua tahu dan paham dengan blog. Mungkin post kali ni agak bosan untuk dibaca dan kemungkinan besar takkan dibaca oleh sesiapa. Tapi aku harap 'bebelan' ini bermanfaat untuk semua.:).. Dah berapa hari xpost apa2 dan aku tiba2 terfikir nak post pasal topik ni.ok,mari kita mulakan..:) ......................................................................................................................................................................... Definisi : Blog adalah sejenis laman web yang dikendalikan sama ada individu, sekumpulan orang atau kadangkala organisasi untuk tujuan...

Check list keperluan ibu dan baby( newborns)

picture taken from here http://babyproductreviewszone.com/tag/free-baby-stuff/  Assalamualaikum semua... I ni semua checklist yang saya cedok daripada beberapa blog untuk ingatan dan tatapan diri sendiri.Juga boleh jadi reference untuk orang lain :) Senarai yang perlu dibawa oleh bapa / suami (PENTING) 1. GL @ surat jaminan majikan@ kad insurans* 2. Kad merah ibu mengandung* 3. Kad pengenalan ibu dan bapa* 4. Duit* 5. Rekod kesihatan* Keperluan bayi di hospital(PENTING) 1. Selimut dan tuala untuk bayi* 2. Beberapa helai kain lampin dan sapu tangan* 3. Beberapa helai pampers* 4. 3 - 4 helai pakaian baby* 5. Beberapa pasang sarung tangan dan kaki/mitten and booties* 6. topi baby / cover kepala baby* 7. Bedung/barut baby* 8. Alatan mandian baby* 9. Wet tissue- untuk lap baby* 10.Minyak telon* 11.Baby dipers * *Keperluan ibu/mama di hospital ( PENTING) 1. Tuala 2. Barang mandian ( berus gigi ,ubat gigi, pencuci muka, beda...