1st child-Airis fatiha

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

2nd child - Irdhina Sofia

Lilypie Second Birthday tickers

Monday, November 8, 2010

Kisah Pencarian Ikan buntal


Salam semua..

Tatkala jam menunjukkan 8.51am pada hari isnin.Ingin ku curi sedikit masa yang ada untuk mencoretkan kejadian yang terjadi dalam hidup ini.Dah nak dekat 2minggu takde posting apa2 dalam blog kesayangan ini.Cerita mmg ada banyak.Tapi memandangkan keadaan yang tidak menyempatkan dek kerana ke'bz'an sedikit.Ok...apa cerita?

aktiviti dalam beberapa minggu ni mmg terisi dan pack jugakla.

1st yang terpenting adalah misi pencarian ikan buntal di Kuala Terengganu.Perjalanan kami bermula pada hari Ahad,31hb oktober. So pada hari tersebut hujan, memang mengambil masa sepanjang hari. Risau jugak bila tengok jalan yang licin dan hujan yang lebat.Lepas tu takutla pulak banjir pasal dah ada air naik kat tepi2 jalan.hehe...

So, ini tempat penginapan kami pada haritu.Felda residence hotel.Kiranya syok jugakla sebab dekat tepi sungai. Angin sepoi2 bahasa je..syiokk...sebelah hotel tu pejabat kastam .Sebelah kastam tu hotel seri malaysia,tempat penginapan yang saya pernah diami 2,3 tahun lepas.



Ini masjid kristal yang ada dekat Taman Tamadun Islam. Tempat ni wajib dikunjungi la sbb mmg mercu tanda /landmarks kat sana.Tengok awan tu?gelap jugak kan?yela nasib baikla haritu tak hujan..Kalau tak.mmg xde peluang la.Ini pulak gambar dekat muzium terengganu.Memang cantik tempat dia.Ciri bangunan ni lebih kepada istana zaman silam.Tiang muzium ni didirikan tinggi dan di bawahnya ada kolam tp persis sungai yang mengalir la. Dalam kolam tu ada ikan besar2 juga.So, pastikan jangan terjatuh dalam kolam ikan ni ye.hehe

Haaa...bila dah sampai ke Terengganu, ada dua benda yang sinomin..1st kopok lekor/losong, 2nd kain sutera..Cantik kan kain sutera ni?harganya pun cantik la...Paling kurang seratus lebih,tapi kalau nak yg cantik rege dalam rm200-500 memang marvelous la..hehe. Tapi, sepasang pun saya tak rembat.hehehe..

Kepok lekor /losong/kering?itu adalah satu kemestian.Lupa pulak nak snap..hehe.nanti terliur plak org lain tengok.

So,,berbalik kepada ikan buntal tadi, mmg kami dapatla sekor je pun.alhamdulillah drpd xdapat langsung. Jadi, bersempenan itu, bg sesiapa yg berminat nak tgok pameran haiwan berbisa, silakan ke muzium terengganu sampai musim cuti sekolah ni ye..

Wassalam...