Friday, April 29, 2011

akhirnya

pengumuman...


saya xdapat pergi usa dan umrah tahun ini..hehehe..habis cite.lalalaa.kecewa tp jiwa kena tegar dan happy..:P

Monday, April 25, 2011

i wanna vacayyyyyyyyyy

salam hari isnin bersiaran di opis..

Jam menunjukkan pukul 5.02pm..letihnya lagi, i wanna vacayyyyyyyyy..vacay...nak g langkawi..plzz plzz encik hubby?

Friday, April 22, 2011

4 bulan tanpa hasil

Assalam..

Ya Allah.letihnya,penatnya tak terhingga ok bulan 4 ni.Sengal otot satu badan.Bukan nak mengeluh sebab ramai lagi letih dari aku kot.Suka hatila nak tulis , kat blog aku kan.Ha dah mula aku2 dah.hehe.

4... bulan ni memang menguji mental fizikal,minda, badan, perasaan...Ada perkara yang gembira dan yang memenatkan, mengjengkelkan,phd-kan.Asam garam kehidupan..Just nak list down keje terbengkalai selama 4 bulan ni disebabkan terlalu fokus dekat satu kerja tu..Ingat senang ke buat eksperimen pastu dapat keputusan?Cubalah sendiri.Letih tau tak, daripada preparation standard,preparing sample, preparing everything sampailah ke analisa data.Very the penat to the max.Pastu nak melayan student arab tu lagi guna alat, penat ok,penat....Cuma satu je aku tak buat, membasuh..HELOOO...keje aku ke kena basuh membasuh, Takde dalam senarai kerja aku.Banyak lagi benda kena buat ( kata2 dr seseorang)

Apa2pun tanggungjawab kita ke tidak ke,ikhlas ke terpaksa ke, semua tu hanya ALLAH saja yang membalasnya.Even kita kena buat kerja orang lain, walau kata hati tidak meredhai, maka redhailah ia.Sebab pahala bukan orang yang bagi.Hidup selepas ni, sapa yang tentukan?ALLAH...maka kembalilah pada ajaran ISLAM..:)


Kerja terbengkalai saya;

1) ARTIKEL NK HANTAR KE DEWAN KOSMIK ( ADA ORANG NAK TLG BUAT?)-5X NI, SATU XBUAT LG

2) GERAN JANGKA PENDEK ( DAH JANJI FROM BULAN JANUARI UNTIL NOW, BOS PUN DAH TAK BERMINAT)

3) USA FUNDING ( KONON NAK G USA, SATU SURAT KAT BENDAHARI AKU TAK HANTO2,NNT ORG KATA BUDAK NI MCM XMINAT J
E.)

dan hari ni, sangat frustrated bila call bahagian pinjaman perbendaharaan kata, maaf borang anda belum dapat diproses ada 3 items xlengkap.

Sangat frustrated dengan diri sendiri n surroundings. Biarlah orang nak kata aku kuat mengeluh sebab aku dah tak tahan penat ni.Penat otak, penat badan..huhu..pastu mesti orang kata, alah xde anak lagi dah penat.yela tuuu aku pedulik apa..


Sangat letih ok..huhu

Tuesday, April 19, 2011

NYAHAKTIF FB BUAT SEKETIKA

rasanya itu yang terbaik buat masa sekarang...malas kot.bukan sebab my hubby dah balik.I just want to stop from fbing for a while.Needs more time to do something else.Focusing on my nearly sinking career...( for not getting apc again this year, made my heart a little bit crush..huhu)..I need to change and isolate myself for a while from fbing.Maybe this is for the best. Tapi YM dan blogging still on.hehe..zass


p/s; mak, jgn komen bahasa inggeris lagi ye.sebab mak komen, rasa terus malas tulis bi, bahasa melayu kenapa mak taknak komen, sedangkan byk je salah tatabahasa n lain2..zasss

Saturday, April 9, 2011

Specialty..

copied from http://www.999reasonstolaugh.com/2011/04/673-infertiles-got-talent/
Sharing2..our great specialty.hahaha


Here are some of our special talents:


Only an infertile could have timed intercourse and then do a full gymnastic headstand for 30 minutes.


Only an infertile could hold in their pee after drinking a liter of water for an embryo transfer.


Only an infertile could wake up at 6am, have a transvaginal ultrasound and blood work at 7am and still make it to her morning meeting by 9.


Only an infertile could take Clomid, have side effects and still ace her client presentation.


Only an infertile could hold up a pregnancy test to the light in a dimly lit bathroom, trying to find the second line.


Only an infertile could fake an award-winning smile after hearing a pregnancy announcement.


Only an infertile could buy cough syrup because she heard it helps increase ovulation fluid.


Only an infertile knows exactly what cervical mucus looks and feels like.


Only an infertile could pre-fail a cycle before it even happened yet.


Only an infertile could do an opera-like sob after getting her period in a public bathroom.


Only an infertile could be such a strong person who refuses to give up because she knows one day, it WILL happen.


Semanis Kurma Rajuk Hati Menunggu Zuriat. Credit to Sharifah Shahora dan -ve to tetamu jemputan tu.hahaha..tah apa2 macam nak marah2 plak orang macamtu xleh macamni,macamtu macamni.Hang tau apa?bluekk..Ustazah jugak yang aku suka,rileks ,cool aja.:) Dekat fb pun ada sekotr tu sama jugak. bluekk kat hang.hehehe.Hang tatau hang diam. Sapa hang tu?not my family la.:P

(rasa nak buka blog asing pasal TTC bila dah baca kisah golongan senasib,kalau post kat fb atau blog ni payoh skek.asik kena kata emo dan bla2..perlu kot?).

Thursday, April 7, 2011

Vietnam & anniversary vacay part 2

salam.


Harini dah jumaat.Dah masuk 2minggu rupanya selepas vacation dekat vietnam.Mari sambung post yang sebelum ni.Rasanya nak combine je semua tempat yang dipergi dalam satu cerita sebab nanti boring plak cerita ikut hari.hehe..



Pasar Malam Ho Chi Minh City



Pasar malam ni memang buka setiap malam.Terletak bersebelahan aja dekat Benh Tan Market.Pasar ni panjang lebih kurang 200 meter kot.Jadi sepanjang pasar malam ni ada gerai-gerai makan, gerai pakaian,barang hiasan dan bermacam lagilah.Seumpamanya dekat pasar malam kita dekat Malaysia juga. Yang syoknya, makanan eksotik diorang.Menarik sangat ok,ada katak goreng bertepung perah lemon. Ada katak tu diorang rebus macam ayam pun ada. Situasi ni tak boleh salahkan diorang,mungkin masa zaman penjajahan dulu kan susah.Jadi, makan je apa yang ada.hehe.Lagi satu TIPS...diorang ni jenis pasar malam dekat Petaling Street juga.Kalau dah tanya tu, sebolehnya pastikan and memang nak beli.Kalau tak, habis kena pujuk rayu macam2.hehe.Lagi satu , diorang ni kalau dah masuk kedai diorang jangan nak memandai2 pergi duk masuk sikit dekat kedai orang lain,kalau tak sure kena marah. Saya beli apa?masa dekat pasar malam ni encik habib beli kemeja 2helai rm60.(tak berbaloi).Dan lagi satu, masa dekat pasar malam tu, mak saya beli buah mangga, masa duk rasa tu maneh.Sekali beli, pahit.Tertipu tertipah.hehe..



Pasar Benh Tanh

Pasar ni kami hari2 pergi..hehehe..sebab terletak di tengah pusat bandar HCMC.hihi...Dekat pasar ni la saya borong kain cotton, kain sutera vietnam, baju tshirt..AWAS.Ni nak bagi TIPS kalau beli tshirt jangan beli dekat kedai yang tak de tulis harga tetap.Yang tak tulis harga tetap tu memang mahal.Saya bagitau sebab saya dah terkena. Pasar ni persis pasar siti khadijah dekat kelantan.Keluasan dia rasanya lebih kurangla.Cuma bezanya ground floor je. Selain daripada kain dan baju, dekat pasar ni ada barang mentah untuk masak, barang2 makanan tradisional ,cernderahati, beg2 sulam yang comei2, kasut sulam cina ala2 aladdin, baju smocking, tshirt jersi, table runners..boleh kata rambang mata je kalau tengok..Mak saya kata boleh jadi mabuk kain. Selain tu, saya beli keychain, kerepek nangka ..nanti upload gambo dalam hasil tangkapan ye.:) Tempat ni memang tempat wajib bagi pelancong. MESTI & WAJIB PERGI!!


Keistimewaan lain


Syurga kraftangan


Vietnam ni memang syurga barangan kraftangan. Kalau pergi Batu Feringghi mesti kita akan jumpa benda2 yang sama dijumpai di sana. Malah harga jauh berbeza.Harusla beli satu kan.Contoh macam replika kapal ni, macam2 jenis kapal ada dik non.Selain daripada kapal, street artist sepanjang jalan, daripada lukisan eksotik sampailah kepada lukisan alam.ehehe..eksotik sangat ok..Kemudian bagi penganut agama buddha memang banyakla ukiran patung yang berasakan agam diorang, juga ada ukiran batu yang ada pengaruh daripada Perancis.Memang cantik tapi hehe..tak elokkan untuk orang Islam macam kita.


Cuba tengok beg tu, memang cantikkan?Haruslah beli satu kan?Harga sekitar rm20-30.Kalau dekat Malaysia mahal lagi tu.



Ni gambar topi diperbuat daripada tin minuman, kreatif kan?


Makan


Gulai kambing dan roti Perancis + teh hijau Vietnam.



Popia bungkus sendiri ,makan dengan ulaman (ala2 kambing gitu) dan ikan ruan..wekk xlalu juga memula.Tapi satu pengalaman yang lain daripada lain. Hidangan sehat. hehe


Selain daripada itu, dekat Parkson di HCMC ada satu kedai org Malaysia yang diberi nama Anjung Kafe. So, kalau was2 kedai lain, ulanglah makan disitu sampai pengsan.hehehe


Kedai mamak memang ada,tp xdibawa pula makan disitu oleh kakak saya.hehe.Lain2 waktu masak sendiri la.:)



Tuesday, April 5, 2011

Vietnam vacay & anniversary part 2


Assalamualaikum dan selamat malam...




Sebenarnya xberapa nak ada mood nak menulis untuk post ni.Tapi takpa sebab ada permintaan daripada puan ita, saya tulislah ye.Tak berapa nak ingat turutan peristiwa dan hari, tapi mari cuba ku ceritakan.




Sabtu,26/3/11 Pho boo, banh mi, kopi ada umph lazat berkrim disukai ramai..hihi




Pada hari ni, kami pergi breakfast dekat pekan hcmc.Kami makan phoo boo dan banh mi.Phoo boo ni ada dekat secret recipe.Rasanya dekat sr depa panggei viatnamese noodles.Banh mi ni adalah sejenis hidangan roti ala perancis dan dalamnya ada daging dan sayuran.Cara makan pho boo memang best,makan bersama ulam-ulaman.Phoo boo ni persis macam kuetiaw sup la kalau dekat malaysia dan kalau ada sesapa suka tengok rancangan junior masterchef aussie, mmg perasan ada diorg ajar buat hidangan ni. Cuma bezanya, hidangan ni dimakan dengan macam jenis ulaman.Pergh terangkat macam kambing dan sehat walafiatla kalau makan.hihih.Banh mi,nyum2 sedap sebab terasa kemanisan daging dalam roti tu.HALAL ok..inshaALLAH..takkanlah kakak saya nak tipu kot.haha.dan air kopi dia sedapnya, terasa kelembutan dan kesedapan kopi dia. Persis white coffee versi Malaysia tapi lagi sedap dik non..:)


Chu Chi Tunnels, Chu Chi



Jam 9, berangkat ke Chi chi tunnels. Ambil masa 2 jam juga.Sebab?kereta xboleh bawak laju.hehe..60km/j.Lepas tu, benda unik yang xsempat tangkap gambar adalah R N R diorang. Nak tau apa?depa pasang hamock.Memang istirehat sungguh.hehehe..Ok berbalik pada chu chi tunnels.apakah chu chi tunnels?Ni yang mula nak cerita bab perang Vietkong vs USA ni.hihi.Chu Chi tunnels, sila search sendiri kalau cerita sehari tak habis.Ringkasannya, pada zaman peperangan yg berlangsung selama lebih kurang 11 tahun tu, orang vietnam di bahagian selatan yang digelarkan Vietkong telah membuat lorong/terowong dalam tanah untuk melindungi diri dari musuh/sbg tempat persembunyian.


Maka , tunnels ini dikatakan sangat unik sbb? ada macam2 bilik dalam tunnels ini termasuklah tempat masak, tidur ,makan,simpan senjata.Punyalah kecik terowong tu macam lubang tikus pada zaman tu, hebatnya boleh survive ok.Tula orang kata, nak seribu daya, tak hendak berdalih2.Memang hebat.cuma satu je den terpikior,depa ni uuk kat mana?hehehe..sensored.Di tempat ni, pengunjung akan dibawa 'tour' ke tempat terowong ni dan boleh berpeluang masuk dalam terowong.

Pasti saya masuk.hehe.cuma terowong yang sampai layer ke -2 tu malas dah nak masuk. Pengalaman masuk? xbest masuk terowong yang pertama sebab ada encik kelawar berkeliaran atas kepala. Takut kena gigit ala2 cerita dongeng drakula tu la.Tapi memang bagus dapat masuk sebab serba sedikit dapat merasai kesusahan dan keperitan tatkala zaman peperangan dulu. Ditempatkan juga tugu peringatan dan temple agung peringatan mangsa2 Vietkong.Pertanyaan ? masuk berapa kena bayo? saya lupa berapa ribu, tp leih kurang rm10 la.Tapi kalau nak masuk tugu tu, bayo lain pula.Gitu?rasanya tak best kot kalau nak pergi

tengok patung2 diorang tu.hehe


Ahad, 27/3/11 Muzium perang



Sebenarnya dekat HCMC tu ada banyak muzium sejarah yang menceritakan kisah-kisah peperangan yang berlaku di sana.Kalau kita buka sejarah vietnam ni memang panjang dan ramai betul nak jajah dan takluk.Bermula daripada Perancis, Jepun lepas tu Amerika.Berbalik kepada lawatan ke muzium ni.Bila kita menjejakkan kaki masuk ke pintu muzium dah nampak kereta kebal dan jet2 pejuang sebagai penyambut ketibaan kita.Muzium ni ada 4 tingkat. Tingkat bawah sekali kita akan dihadiahkan dengan bermacam2 gambar dan rentetan peristiwa daripada seluruh dunia mengenai Vietnam War yang berlangsung daripada 1960an-1970an.Memang rasa nak baca je bila dah masuk muzium ni.Menarik dan mengayat hati.Tingkat berapa tak ingat menunjukkan gambar2 peristiwa peperangan yang terjadi.Gambar mangsa, kekejaman tentera penakluk ...Huish memang gerun ok, takut.Kita akan berhenti sejenak memikirkan dan perasaan ingin tahu membuak2.


Yang paling xboleh lupa, gambar kanak2/bayi yang dilahirkan cacat akibat penggunaan Agent Orange masa perang tu.Kesan dia kecacatan pada bayi.ha ita, apa dia agent orange?hehe.Dioxin..ini adalah pembunuh senyap yang sebenarnya membunuh mangsa peperangan itu .post war effect ..Dekat Doping ada benda alah ni.huhuh.dikatakan chemical weapon ni pada kadar 85mg boleh membunuh /memusnahkan semua yg berada dalam satu bandar.Pokok mati, orang mati dan kecacatan genetik.(kimia sudah masuk dalam blog.hahaha..saintis bosan..hihi).Kesan ni bukan saja terkena pada orang tempatan, tapi pada tentera penakluk skali yang effect.Ada juga tentera penakluk yang telah mewariskan kecacatan pada anak diorang sekembali dari peperangan.ha itulah balasannya.Usop dah kata, kita bakor je.hehe


sambung nanti, nak menenangkan fikiran.hehe


p/s gambo dalam pendrive la plak.adei..tinggal kat opis, bagus..huhuu

Friday, April 1, 2011

Vietnam vacay and 2nd anniversary -part 1

Salam semua... Ada orang menantikan ulasan dari vietnam tak?kalau nak ceritakan rasanya ambil masa 3 entry/post agaknya. Perasaan yang boleh digambarkan bila kita pergi ke tempat orang sebenarnya macam biasalah kan, excited+alert= the result is sukaa..hehe..


Post vietnam


Kami dah booking flight ke Vietnam tu sejak daripada bulan 11 tahun lepas lagi.Kiranya memang gamble la nak pergi jalan ke sana juga.Sebab tahun sebelumnya dah terlepas peluang sebab saya kena pergi USA. Kebetulan pulak ada promotion dan my hubby dah buat passport dan tak pernah pula naik kapal terbang.Makanya kami pun booked jela.hehe.unplanned tapi akhirnya dah diplan.hehe..maka terbanglah kami pada 25hb nov 2011.Tmbang masatu sorang rm350 pergi balik.Kiranya okla tu.Itupun dah up 20kg lebih untuk penerbangan balik.


LCCT Terminal


Kami pergi ke Vietnam daripada LCCT Terminal.Huish LCCT Terminal macam stesen bas,punyala penuh orang.Sampai-sampai LCCT parking penuh tu.Tapi nak bagi tips sikit la kalau nak parking kete untuk beberapa hari pergi park dekat TUNE Hotel.Murah sikit berbanding parking lain.Kalau diorg tulis parking free tu, nasib jela kalau kosong.Kalau tak.RM38/hari/Ambik.Macam kami, alhamdulillah nasib xda apa2,parking dekat dengan parking tune hotel yang xkena bayar.huish..lega.


Berlepas


Kami bertolak jam 6.30ptg waktu Malaysia.Sampai sana jam 7.30 ptg waktu Vietnam.Beza masa sana dengan kita sejam dan sebenarnya perjalanan cuma ambil masa 2 jam.Lebih kurang macam masa kita pergi Borneo je.Masa diorang sembahyang pun cepat sejam .Just like at Sabah la.Sebab beza pun dah 2 jam.hehe.International airport dia lupe nama apa.hehehe..pelik sikit nak menyebutnya.huhu


Ketibaan


Sampai di sana, disambut oleh kakakku,abg ipor dengan dua budak kecik yang malu2.hehe..Dekat sana tak payah risau bab pengangkutan dan penginapan la sebab kakaku ada.hehe.Sampai2 lapar nye. Yela dalam flight xmakan.Terus makan dekat satay house di HCMC.Dekat mana @ jalan mana kurang pasti.Tapi memang dekat dengan bandar HCMC .Kedai tu memang kedai orang Malaysia yang punya.So xpayah risau la halal ka xhalal ka.InsyaALLAH..Malam tu menu dia, ikan sweet sour, kangkung belacan,telur dadar dan terutama sekali haruslah satay.Walaupun menu dia takla sama sangat dengan Malaysia.Tapi perut lapar, makan jela.Cuma satu yang pelik, diorang buat air memang xletak gula.letaklah gula sendiri hehehe..Bukan teh atau kopi.Tapi air buah.Saya order lemon, huish kelat sampai menggeletar lidah.



Sambung malam ni..dah jam 7 pagi, nak bersiap g keje la pulak.hehe


p/s: ada seorang sahabat, merajuk benor sbb aku tersilap cakap ke?deejavu sungguh!






Happy New Year

Assalamualaikum semua.. Selamat tahun baru buat semua..