Skip to main content

Vietnam vacay & anniversary part 2


Assalamualaikum dan selamat malam...




Sebenarnya xberapa nak ada mood nak menulis untuk post ni.Tapi takpa sebab ada permintaan daripada puan ita, saya tulislah ye.Tak berapa nak ingat turutan peristiwa dan hari, tapi mari cuba ku ceritakan.




Sabtu,26/3/11 Pho boo, banh mi, kopi ada umph lazat berkrim disukai ramai..hihi




Pada hari ni, kami pergi breakfast dekat pekan hcmc.Kami makan phoo boo dan banh mi.Phoo boo ni ada dekat secret recipe.Rasanya dekat sr depa panggei viatnamese noodles.Banh mi ni adalah sejenis hidangan roti ala perancis dan dalamnya ada daging dan sayuran.Cara makan pho boo memang best,makan bersama ulam-ulaman.Phoo boo ni persis macam kuetiaw sup la kalau dekat malaysia dan kalau ada sesapa suka tengok rancangan junior masterchef aussie, mmg perasan ada diorg ajar buat hidangan ni. Cuma bezanya, hidangan ni dimakan dengan macam jenis ulaman.Pergh terangkat macam kambing dan sehat walafiatla kalau makan.hihih.Banh mi,nyum2 sedap sebab terasa kemanisan daging dalam roti tu.HALAL ok..inshaALLAH..takkanlah kakak saya nak tipu kot.haha.dan air kopi dia sedapnya, terasa kelembutan dan kesedapan kopi dia. Persis white coffee versi Malaysia tapi lagi sedap dik non..:)


Chu Chi Tunnels, Chu Chi



Jam 9, berangkat ke Chi chi tunnels. Ambil masa 2 jam juga.Sebab?kereta xboleh bawak laju.hehe..60km/j.Lepas tu, benda unik yang xsempat tangkap gambar adalah R N R diorang. Nak tau apa?depa pasang hamock.Memang istirehat sungguh.hehehe..Ok berbalik pada chu chi tunnels.apakah chu chi tunnels?Ni yang mula nak cerita bab perang Vietkong vs USA ni.hihi.Chu Chi tunnels, sila search sendiri kalau cerita sehari tak habis.Ringkasannya, pada zaman peperangan yg berlangsung selama lebih kurang 11 tahun tu, orang vietnam di bahagian selatan yang digelarkan Vietkong telah membuat lorong/terowong dalam tanah untuk melindungi diri dari musuh/sbg tempat persembunyian.


Maka , tunnels ini dikatakan sangat unik sbb? ada macam2 bilik dalam tunnels ini termasuklah tempat masak, tidur ,makan,simpan senjata.Punyalah kecik terowong tu macam lubang tikus pada zaman tu, hebatnya boleh survive ok.Tula orang kata, nak seribu daya, tak hendak berdalih2.Memang hebat.cuma satu je den terpikior,depa ni uuk kat mana?hehehe..sensored.Di tempat ni, pengunjung akan dibawa 'tour' ke tempat terowong ni dan boleh berpeluang masuk dalam terowong.

Pasti saya masuk.hehe.cuma terowong yang sampai layer ke -2 tu malas dah nak masuk. Pengalaman masuk? xbest masuk terowong yang pertama sebab ada encik kelawar berkeliaran atas kepala. Takut kena gigit ala2 cerita dongeng drakula tu la.Tapi memang bagus dapat masuk sebab serba sedikit dapat merasai kesusahan dan keperitan tatkala zaman peperangan dulu. Ditempatkan juga tugu peringatan dan temple agung peringatan mangsa2 Vietkong.Pertanyaan ? masuk berapa kena bayo? saya lupa berapa ribu, tp leih kurang rm10 la.Tapi kalau nak masuk tugu tu, bayo lain pula.Gitu?rasanya tak best kot kalau nak pergi

tengok patung2 diorang tu.hehe


Ahad, 27/3/11 Muzium perang



Sebenarnya dekat HCMC tu ada banyak muzium sejarah yang menceritakan kisah-kisah peperangan yang berlaku di sana.Kalau kita buka sejarah vietnam ni memang panjang dan ramai betul nak jajah dan takluk.Bermula daripada Perancis, Jepun lepas tu Amerika.Berbalik kepada lawatan ke muzium ni.Bila kita menjejakkan kaki masuk ke pintu muzium dah nampak kereta kebal dan jet2 pejuang sebagai penyambut ketibaan kita.Muzium ni ada 4 tingkat. Tingkat bawah sekali kita akan dihadiahkan dengan bermacam2 gambar dan rentetan peristiwa daripada seluruh dunia mengenai Vietnam War yang berlangsung daripada 1960an-1970an.Memang rasa nak baca je bila dah masuk muzium ni.Menarik dan mengayat hati.Tingkat berapa tak ingat menunjukkan gambar2 peristiwa peperangan yang terjadi.Gambar mangsa, kekejaman tentera penakluk ...Huish memang gerun ok, takut.Kita akan berhenti sejenak memikirkan dan perasaan ingin tahu membuak2.


Yang paling xboleh lupa, gambar kanak2/bayi yang dilahirkan cacat akibat penggunaan Agent Orange masa perang tu.Kesan dia kecacatan pada bayi.ha ita, apa dia agent orange?hehe.Dioxin..ini adalah pembunuh senyap yang sebenarnya membunuh mangsa peperangan itu .post war effect ..Dekat Doping ada benda alah ni.huhuh.dikatakan chemical weapon ni pada kadar 85mg boleh membunuh /memusnahkan semua yg berada dalam satu bandar.Pokok mati, orang mati dan kecacatan genetik.(kimia sudah masuk dalam blog.hahaha..saintis bosan..hihi).Kesan ni bukan saja terkena pada orang tempatan, tapi pada tentera penakluk skali yang effect.Ada juga tentera penakluk yang telah mewariskan kecacatan pada anak diorang sekembali dari peperangan.ha itulah balasannya.Usop dah kata, kita bakor je.hehe


sambung nanti, nak menenangkan fikiran.hehe


p/s gambo dalam pendrive la plak.adei..tinggal kat opis, bagus..huhuu

Comments

  1. tenkiu juli...ye la nak harap aku g..biler la kan..so nak la dgr ko citer....teringt tnye ko pasal dioxin dulu....kiki

    ReplyDelete

Post a Comment

Comment

Popular posts from this blog

Check list keperluan ibu dan baby( newborns)

picture taken from here http://babyproductreviewszone.com/tag/free-baby-stuff/  Assalamualaikum semua... I ni semua checklist yang saya cedok daripada beberapa blog untuk ingatan dan tatapan diri sendiri.Juga boleh jadi reference untuk orang lain :) Senarai yang perlu dibawa oleh bapa / suami (PENTING) 1. GL @ surat jaminan majikan@ kad insurans* 2. Kad merah ibu mengandung* 3. Kad pengenalan ibu dan bapa* 4. Duit* 5. Rekod kesihatan* Keperluan bayi di hospital(PENTING) 1. Selimut dan tuala untuk bayi* 2. Beberapa helai kain lampin dan sapu tangan* 3. Beberapa helai pampers* 4. 3 - 4 helai pakaian baby* 5. Beberapa pasang sarung tangan dan kaki/mitten and booties* 6. topi baby / cover kepala baby* 7. Bedung/barut baby* 8. Alatan mandian baby* 9. Wet tissue- untuk lap baby* 10.Minyak telon* 11.Baby dipers * *Keperluan ibu/mama di hospital ( PENTING) 1. Tuala 2. Barang mandian ( berus gigi ,ubat gigi, pencuci muka, beda...

Menatang ni kalau gigit bisa woo

Disuatu pagi Hubby: Aduh sakitnya belakang ni pedih2..tukar cadar jelah mungkin cadar ni dah kotor. Wifey: Aah la kenapa merah sangat tu?hama kot Esoknya Wifey; Aduh sakitnya kat belakang jugak,mcm kena hama jugak ni..( rasa mcm charlie sbb penah nampak sekor) Hubby: Buh minyak gamat jela.. Wifey: Rasa mcm charlie dah ni sbb abg punya kesan merah merebak.. Aduh sapa kenal binatang ini?aku 1st time kenal masa dekat matriks kmpp di pongsu seribu.. Charlie namanya..gelemer gituw..alkisah masa dekat matrix aku mmg xpernah kena geget..Tapi ada la kawan2 sekuliah kene benda ni..dan dia pi geget kat muka je..Dahla yg kenanya tu budak2 lawa..kesian..memilih betui binatang ni. Ada mitos mengatakan dr cakap2 member sekuliah kata yg geget tu Charlie jantan..hehe..wallahualam. Masa belajar kat usm aku pernah kena bisa binatang ni masa nak exam 1st year. Habis belakang tengkuk aku kena bisa dia dan merebak hampir keseluruhan belakang badan. Housemate kata mgkin lebah sbb malam tu aku bunuh sekor l...

Tutorial untuk kak fuza..1

Salam.. Kena buat tutorial untuk kak fuza.Cian dia xleh nak post comment atau balas komen..ok mcmni cara dia. 1st: kena pastikan kita dah login dalam kita punya blogger account la.Ok, lepas tu kita buka blogpage yang kita nak komen.ok mcmni: 2) Ini blog page kak fuza, saya bukak entry memergi tesco extra. 3) Lepas tu saya nak komen, saya pergi dekat icon komen yang tunjuk angka #0comments.Saya klik dekat situ. 4) Lepas saya klik dia kuar screen macamni ye, ada kotak kosong untuk kita balas komen.Pastikan kita punya blogger id yang sama masa kita login pada kotak kecik dibawah. 5) ok sekarang saya dah tuliskan komen pada kotak komen tu. 6) Kemudian saya tekan post comments, tapi blog kak zura letak setting words verifications yang perlu saya isi sebelum comments tu dipostkan. kat sini words verification dia langrab. so kena isi dekat kotak dibawah perkataan tu. 7) ok .lepas dah tulis words verification, saya post comments sekali lagi.wallah siap..mudah kan?he...