Skip to main content

Kisah penanaman beramai2 pada hari raya?

Salam semua...


Salam siaran...salam raya..raya lagi kan?walaupun harini dah raya ke -8.Kita kan beraya selama sebulan.Macam puasa la jugak.Ada tak kawan2 yang rindu nak baca rintihin, leteran dan bebelan saya?


Kepada TUTI...amboi aku tau hang seronot sebab hubby n baby iman ke france.Wah seronok mereka beraya di europe gitu...Tapi aku dengaq menara eiffel kena tutup kenapa tah.Aku pun lupa pasai aku xberapa nak baca paper tu sampei habih..hehehe..

Kepada Kelly dan Mizwa yang mengajakku beraya di rumah n kampung masing2 di Pahang.Terimas kerana mengajak tetapi macam biasalah dah nama raya..Duk kampung jela.hehe..


Kepada kawan2 blogger yang lain...Beraya lagi ke?hehe
Berbalik kepada tajuk di atas...apesal pulak penanaman beramai2?Ini tiada kaitan dengan kes pembunuhan Datok S dan rakan2 ye..hehe..jangan salah sangka.Saja nak mensensasikan tajuk.Nanti takde orang nak baca pulak.

Semua kejadian ini berlaku di rumah ibu mentuaku..Kita lari sikit daripada tajuk raya, lemang, ketupat , rendang...bla2....sebab yang ni dah biasa.Walaupun cerita di ini takla best sangat nak dibandingkan movies kat panggung.Tapi macam biasala blog kan tempat cerita ceritu pemiliknya..enjoice...

Kes 1...pada raya ke-2 kot.....

Kematian tikus 2 ekor di rumah ibu mertuaku.Saya tak pergi tengok pun.Biasalah tikus terkepit dengan perangkap tikus..My hubby tanam pagi2 tu..gambar takdok..

Kes 2...pada malam raya ke-2

Malam tu , saya dan kak iparku tengah bersiap2 nak hidang pada tetamu. iaitu sedara mara yang datang.Jam dah menunjukkan 11.30malam( lebih kurangla).Masa tu dah mengantuk dan rasa nak tidur..Sekali kena serbu..Penuh satu rumah.kejutan budaya la kejap saya..hehe.ayam duk berketok2 kat reban..Kak iparku duk suluh2 macam ada benda dalam reban.Tapi malas layan sebab nak layan tetamu.Pagi esoknya dalam pukul 8 pagi, mak mentuaku ketuk pintu tatkala saya masih mengeliat di atas katil ( hehe..xmalu)...Rupanya sang ular dah kenyang makan ayam togel takde bulu yang mak mentuaku idam2kan nak sembelih masa raya haji..huhu..setelah bergelut dengan ular itu, makanya di bawah inilah hasilaya..Dia telah menelan 1 ekor ayam..selamat......Sekor lagi mati xsempat makan..

Ular ini kemudiannya juga ditanam....satu kubur lagi..

Kes 3

Rentetan pembunuhan kejam oleh ular sawo itu, sekor ker 2 ekor ek? ayam yang mati..maka ditanam juga..

Kes 4

Kucing..
Dekat rumah mak mentuaku ada 4 ekor kucing dibela dirumah...Kucing yang dibawah ni anaknya si mati.Yang mati itu ibu kucing.Kesian ibu kucing tu.Sebelum hari kejadian, ibu kucing tu berak atas katil adik iparku..pastu lepas berak , esoknya beliau kencing atas lantai..Pastu xlarat je.Suara pun dah xdok..huhu..Hubbyku pergilah ambik kotak buh dalam tu..Sekali petang tu tengok mati keluar dari kotak.Mengeras sakan dia..Tanamlah lagi sekor binatang,..

Maka penanaman ke-4,4 jenis haiwan/bintang itu telah meletihkan hubbyku di hari raya..xapala..beramal...

Semoga mereka ditempatkan dikalangan haiwan2 yang istimewa di sisi Allah swt..daaa...nnt kita cerita peristiwa hari raya pulak yek...babai...wassalam

Comments

  1. amboi pn juliez..sian bnatang2 tu kn.ry kali ni xsmeriah mcm ry kt msia.kitorg jln2 smpai kaki sakit.br smalam aku dpt rasa kuih ry tu pn dh hancur2 dh.sib baik adik ipar aku bwk kalau x kempunan nk mkn kuih ry

    ReplyDelete
  2. kesianlah juge..hehhee...xpala..at least merasa jugak..adik ipaq hg ikut jugak ka?

    ReplyDelete
  3. hahah hadoi laa lawak plak entry nih...Besar ekk ular sawa tu...Korang bunuh camna tu? k.shaz...wordpress tak leh buka lak sini...

    ReplyDelete

Post a Comment

Comment

Popular posts from this blog

Tahun 2021 pun dah hampir habis.

 Assalamualaikum. Rasanya lama dah tak menulis dalam blog ni.hampir 4 tahun. Blog ni memang temanya campur2 lebih kepada penulisan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Kebelakangan agak jarang jari ni menulis. aku bukanlah blogger yang menulis untuk dapatkan pendapatan semata. tujuan aku menulis dulu banyak mengenai luahan hati aku sendiri. Aku kadang rasa blog ni macam diari aku kot. sebab banyak juga luahan hati dan perasaan dituliskan di dalam blog ini. blog ni usia dia dah lebih 10 tahun pun. dan aku pun jarang menulis. rasa takda siapa yang masih baca pun.  dan hari ini tergerak rasa nak menulis . ok nanti sambung...saja nak start engine.Sebab dah mula bosan dengan social media yang ada sekarang ni. aku rasa nak beralih semula kepada blog. sekian.

Apa dia blog?

Salam semua, Aku 'just' nak 'share' info dan bercerita sikit pasal topik ni dengan bloggers semua dan kawan-kawan yang berjinak2 nak mem'blogging'kan diri. Harap info ni berguna dan dapat membuka minda masing-masing. Setelah sekian lama baru aku terfikir apa dia blog ni?Lalu aku pun merajinkan diri mencari makna disebaliknya.(mcm buat research la..hehe) Aku tak pasti samada semua tahu dan paham dengan blog. Mungkin post kali ni agak bosan untuk dibaca dan kemungkinan besar takkan dibaca oleh sesiapa. Tapi aku harap 'bebelan' ini bermanfaat untuk semua.:).. Dah berapa hari xpost apa2 dan aku tiba2 terfikir nak post pasal topik ni.ok,mari kita mulakan..:) ......................................................................................................................................................................... Definisi : Blog adalah sejenis laman web yang dikendalikan sama ada individu, sekumpulan orang atau kadangkala organisasi untuk tujuan...

Check list keperluan ibu dan baby( newborns)

picture taken from here http://babyproductreviewszone.com/tag/free-baby-stuff/  Assalamualaikum semua... I ni semua checklist yang saya cedok daripada beberapa blog untuk ingatan dan tatapan diri sendiri.Juga boleh jadi reference untuk orang lain :) Senarai yang perlu dibawa oleh bapa / suami (PENTING) 1. GL @ surat jaminan majikan@ kad insurans* 2. Kad merah ibu mengandung* 3. Kad pengenalan ibu dan bapa* 4. Duit* 5. Rekod kesihatan* Keperluan bayi di hospital(PENTING) 1. Selimut dan tuala untuk bayi* 2. Beberapa helai kain lampin dan sapu tangan* 3. Beberapa helai pampers* 4. 3 - 4 helai pakaian baby* 5. Beberapa pasang sarung tangan dan kaki/mitten and booties* 6. topi baby / cover kepala baby* 7. Bedung/barut baby* 8. Alatan mandian baby* 9. Wet tissue- untuk lap baby* 10.Minyak telon* 11.Baby dipers * *Keperluan ibu/mama di hospital ( PENTING) 1. Tuala 2. Barang mandian ( berus gigi ,ubat gigi, pencuci muka, beda...