Skip to main content

Apa dia blog?

Salam semua,

Aku 'just' nak 'share' info dan bercerita sikit pasal topik ni dengan bloggers semua dan kawan-kawan yang berjinak2 nak mem'blogging'kan diri.
Harap info ni berguna dan dapat membuka minda masing-masing. Setelah sekian lama baru aku terfikir apa dia blog ni?Lalu aku pun merajinkan diri mencari makna disebaliknya.(mcm buat research la..hehe)
Aku tak pasti samada semua tahu dan paham dengan blog. Mungkin post kali ni agak bosan untuk dibaca dan kemungkinan besar takkan dibaca oleh sesiapa. Tapi aku harap 'bebelan' ini bermanfaat untuk semua.:)..
Dah berapa hari xpost apa2 dan aku tiba2 terfikir nak post pasal topik ni.ok,mari kita mulakan..:)
.........................................................................................................................................................................
Definisi:
Blog adalah sejenis laman web yang dikendalikan sama ada individu, sekumpulan orang atau kadangkala organisasi untuk tujuan tertentu. Kebanyakannya adalah individu dan individu ini akan menulis 'post' dan sentiasa kemiskini dengan isu terkini yang berlaku disekelilingnya. Kadangkala, sesetengah 'blogger' akan memilih topik-topik yang hangat untuk menarik perhatian 'readers' untuk meningkatkan 'citations' mereka.
Siapa?
Boleh dikatakan pelbagai lapisan masyarakat yang terlibat.
Topik?
Ada yang menggunakan blog untuk tujuan:
1) peribadi
2) jualan barangan
3) mengutuk org lain
4) politik
5) berdakwah
6) pembelajaran
7) berkongsi tips dalam sesuatu bidang
8) resepi dan selok belok rumah tangga
9) peraduan
dan lain2 xpasti...
jenis?
1) blogger (akaun blog dari google)
jenis blog yg dipilih bergantung kepada keselesaan masing-masing, tapi kebanyakan kawan-kawan di member list tu guna bloggers..:)
apa yang kebiasaannya ada pada sesebuah blog?
1) mesti ada 'posting' - ini wajib sebagai nadi sebuah blog
2) latar belakang 'blogger' -kebiasaannya pengenalan diri dan kadangkala akan ada gambar diletakkan bersama
3) blog list- senarai posting yg telah di'post' oleh blogger
4)header- nama blog dan huraian apa yg berkaitan dengan blog( biasa kat atas sekali)
Tambahan...?
Biasanya, untuk tambahan ni, blogger akan ambil dan letakkan macam2 gadget pada template/layout masing-masing untuk jadi lg menarik. Bagi bloggers yang teringin nak ikut blog orang lain yang bubuh mcm2 gadget, biasanya dia akan berusaha dan kadangkala dekat blog org lain tu dah ada website atau link pada gadget tersebut. Caranya senang je, try klik pada gadget org tu.sure akan link pada website nya.
1) citation/ jumlah pengunjung- yang ni xsemua blog ada tp bagi yang suka tengok berapa pengunjung dtg, siapa yg datang, datang dari negara mana?( kadangkala apabila blogger itu sendiri yang masuk berapa juta kali pun dikira, bukan dikira dari segi unique atau pun tak..hehe)
contoh : feedjit
2) waktu/kalendar- apa yang aku buat biasanya aku taip je clocks gadget for website dan boleh pilih mana-mana yang bersesuaian dengan jiwa anda..hehe:)
contoh: jam
3) chatbox- yang ni bagi yang nak sng ber'chatting' dengan kawan-kawan atau nak bagi senang tinggalkan mesej.
4) lagu- bagi sesiapa yg nak share lagu yang disukai atau nak bg blog ceria sikit biasanya akan guna gadget ni.
cth: 4shared
5) pengikut?followers?- yang ni kalau dekat blogger memang dah ada aplikasi ni. Tujuan aplikasi ni untuk bg kita sentiasa update dengan post terbaru daripada blog yang kita ikut.i will follow you.
dan...banyak lagi bergantung kepada 'blogger' itu sendiri nak letakkan apa.:)
Biasanya siapa yang tertarik nak baca?
1) kawan-kawan
2) org lain- ( yang ni kalau terjumpa blog kita sbb dia search sesuatu topik atau ternampak blog kita dkt blog kawan dia..)
Apa yang mengmbirakan seorang blogger?
1) Postingnya dibaca dan dikomen
2) Dapat ramai kawan
3) Dapat berkongsi cerita, maklumat dan berita bersama orang lain
( ini pendapatku,jika lain sila komen)
AWAS!!!
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Walaupun blogger bebas menuliskan pandangn masing-masing tetapi Malaysia dah ada akta untuk melindungi atau mengambil tindakan undang-undang kepada blogger. Ada sesiapa pernah kena ke? xperlu disebutkan untuk mengelakkan kontroversi.:)
.............................................................................................................................................................................
Sekian, selama blogging ni aku xpernah mengalami peristiwa pelik-pelik. Cuma aku ada sedikit hairan dengan satu blog ni punyalah ramai followers. Memang ada info berguna jugak dkt blog dia tu. TAPI KADANG TGOK CAM MERAPU LEBIH..HEHE!!Tapi aku tengok apesal semua org follow dia. Ada jugak member blog list aku follow. Kenai kot..ntah.. Aku ada cakap kat sorg lg member blog aku, dia habaq apa? seksi kot...hehe..wallahualam..(jeles?erk..nope..curiousity not kill the cat..but feed the cat).
..........................................................................................................................................................................




signing off~byk lagi boleh dikupas..kalau ada feedback aku cerita yang lain :)

Comments

  1. Salam.
    Kalau zaman dulu ISA hanya utk menangkap baki komunis di kampung dan bandar. Zaman sekarang ni bloggers pun boleh kena ISA...dasar firaun betul!

    ReplyDelete
  2. huhu...nampaknya encik zaidi je yg berminat nak membaca topik ni..terasa malas pula nk ber'blog' bila post tak dibaca ..

    ReplyDelete
  3. saya tahu blog sape yg glemer tu..ima pon xkenan ngan blog tu..ntah ape2

    ReplyDelete

Post a Comment

Comment

Popular posts from this blog

Tahun 2021 pun dah hampir habis.

 Assalamualaikum. Rasanya lama dah tak menulis dalam blog ni.hampir 4 tahun. Blog ni memang temanya campur2 lebih kepada penulisan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Kebelakangan agak jarang jari ni menulis. aku bukanlah blogger yang menulis untuk dapatkan pendapatan semata. tujuan aku menulis dulu banyak mengenai luahan hati aku sendiri. Aku kadang rasa blog ni macam diari aku kot. sebab banyak juga luahan hati dan perasaan dituliskan di dalam blog ini. blog ni usia dia dah lebih 10 tahun pun. dan aku pun jarang menulis. rasa takda siapa yang masih baca pun.  dan hari ini tergerak rasa nak menulis . ok nanti sambung...saja nak start engine.Sebab dah mula bosan dengan social media yang ada sekarang ni. aku rasa nak beralih semula kepada blog. sekian.

GA 1st Year Blog Anniversary | aryshafayyadh.blogspot.com

Syarat2 Penyertaan : 1.  . Follow Page FB BloggerUtara ( WAJIB ) : BloggerUtara 2. Follow BLOG semua PENAJA ( WAJIB ) : aryshafayyadh  |  Kasihku Amani  |  Mrs Secretary  |  Dunia Zumal  |  Murni Alysa  |  Husna Zahidi  |  Cerita Orang Bujang  |  Fatimah Nabila  |  gnisnuy  |  Permata Biru  |  Arzmoha  |  Tasha Qisha  |  Hikayat Budak Pening  |  Yan Ty  |  Zai Zamree  |  Kira Sakura  |  Arwendanish  |  Siti Nurzafirah  |  Siti Sharini  |  Mia Zain  |  Cik Ash 3. Follow IG semua PENAJA (bagi yang ada) : @arysha_fayyadh  |  @zumal84  |  @murni.alysa  |  @dearhusnaaa  |  @cikpinz  |  @timmmbill  |  @gnisnuy  | @arzmoha  |  @tashaqishaofficial  |  @yantlee  |  @zai_zamree  |  @syakirayaakub |  @el_darwena  |  @zafirahkama  |  @mia_mzain  |  @sha_shikin 4. Follow Page FB  (bagi yang ada)   :  Mrs.Secretary Blog | Hikayat Budak Pening | SitiPrudentialWealthPlanner 5. Buat ENTRY bertajuk : GA 1st Year Blog Anniversary | aryshafayyadh.blogspot.com

Check list keperluan ibu dan baby( newborns)

picture taken from here http://babyproductreviewszone.com/tag/free-baby-stuff/  Assalamualaikum semua... I ni semua checklist yang saya cedok daripada beberapa blog untuk ingatan dan tatapan diri sendiri.Juga boleh jadi reference untuk orang lain :) Senarai yang perlu dibawa oleh bapa / suami (PENTING) 1. GL @ surat jaminan majikan@ kad insurans* 2. Kad merah ibu mengandung* 3. Kad pengenalan ibu dan bapa* 4. Duit* 5. Rekod kesihatan* Keperluan bayi di hospital(PENTING) 1. Selimut dan tuala untuk bayi* 2. Beberapa helai kain lampin dan sapu tangan* 3. Beberapa helai pampers* 4. 3 - 4 helai pakaian baby* 5. Beberapa pasang sarung tangan dan kaki/mitten and booties* 6. topi baby / cover kepala baby* 7. Bedung/barut baby* 8. Alatan mandian baby* 9. Wet tissue- untuk lap baby* 10.Minyak telon* 11.Baby dipers * *Keperluan ibu/mama di hospital ( PENTING) 1. Tuala 2. Barang mandian ( berus gigi ,ubat gigi, pencuci muka, bedak,lo