Skip to main content

Ketaku Pecah Kat TESCO EXTRA SG DUA,,





salam siaran semua ...

Sebenarnya tanak update lagi sbb nak cerita pasal kelas cupcakes yg saya pi tp..xkira...nak jugak..
BARAAAAAAAAAAA TERUIHH..

Kali ni kes kereta saya kena hempuk dengan melaun menatang haram mana tah *&^%$#@!***hehe...semoga hidup org tu diberkati tuhan dan tuhan membalas balik perbuatan orang yang terkutuk tak sedar diri duk kat bumi tuhan yang maha suci ni..hehehe

Tak sangka pulak saya kena kes macam ni..Dugaan...rentetan peristiwa bab melibatkan kereta ni rasanya banyak dah saya kena.Mungkin semua ni dugaan dan dugaan itu merupakan ujian yang menjadikan diriku semakin matang hendaknya.amin

Alkisah petang semalam, saya dengan yani balik dari senaman qi gong.Lepas tu perg tesco kejap untuk membeli barang2 keperluan untuk hari jumaat ni.Dalam pukul 6.30 petang macam tu kami sampai TESCO EXTRA di Sg Dua.Lepas membeli dengan bersukaria, keluar2 dari tesco extra..Tengok2 apesal pulak macam ada corak kat tingkap kereta.Terasa semacam dah..cek2 tgok..aduyai..kena sebijik..pecah berderai.Pukul 650 masatu siang lagi.Cerah terang benderang.sah2 melaun tu desperate sesangat..*&&^%%$$#@

Lepas tu, beg yani yg mcm beg laptop itu hilang.Dalam beg tu ada baju dia, hanset ssebijik,kunci motor dan rumah..rupanya itu yg menyebabkan si melaun tu tertarik menarik.LDia ingat ada laptop kot..Lepas itu pergilah merepot ke balai polis.Masa on the way ke balai polis, keretaku menjadi tumpuan di jalanan.huhu..Masa bawak pun risau jugak kalau2 terjatuh kaca tu di jalanan.Kena kat orang kalu,kes lain pulak jadi.

Sekarang PJG 1927 ada di kedai merepair kereta.Makanya saya menganmbil keputusan berjalan kaki pada hari ini.the end..Petang ni siap kot.Melayanglah RM200 rasanya.Macam tau2 je nak dapat gaji jumaat ni.

RENTETAN PERISTIWA KERETA:
1)Kena calar dekat prangin mall( kelisa)
2)Kena buang angin dekat hamna(kelisa)
3)Eksiden( kelisa..jadi besi buruk dah)
4)Pecah tingkap(saga)


lepas ni??????dugaan& cubaan..


MORAL::BERHATI2 DI TESCO EXTRA..susulan surat aduan akan menyusul sama macam kes PLUS hrtu..


Comments

  1. 1) takziah di atas kejadian kereta anda itu.. banyakkan bersabar..

    2) beg macam beg laptop mmg ler jangan buh kat dlm kete.. sedangkan bebetul beg laptop yg letak dalam bonet pun kene pecah.. inikan plak yg leh nampak dari luar tingkap..

    3) gaji jumaat ni? bukan isnin depan ke?

    ReplyDelete
  2. sebenarnya salah sendiri juga
    jangan marah ek?
    sbb, dari segi psikologinya, klu ada beg dalam kete je, mmg jenis2 orang yang tak brape waras akan tertarik
    so, the precaution need to take; jangan biarkan beg, or something suspicious yang boleh membuatkan orang lain tertarik untuk pecah kete

    pape pun, semua ni dugaan

    ReplyDelete
  3. sabar2.....ehmmmm....dugaan sungguh...

    beg2 mmg xleh nak display pun...lagi2 beg mcm beg laptop...

    ReplyDelete
  4. bahaya juga ea..
    aiii nasib baik takde laptop kan..
    lepas ni hati-hati k.. park kete depan-depan tau..
    hee~

    ReplyDelete
  5. sabar la juli
    menda dh nk jadi...
    aku pon kena hati2 skang...
    bahaya nie kat tesco aje menda mcm nie leh jadi

    ReplyDelete
  6. alaa sian nya awak. takpe, dugaan dan pengajaran tu. Skrg mmg macam2 kes boleh jd tanpa kita duga kan..

    ReplyDelete
  7. sabar ek julie.. beg apa pun jgn bair dinampak oleh mata kasar... kalau terpaksa bawak sekali, cover with something... yg letak dlm bonet pun org dpt detect.. benda dah nak jadi.. hopefully, pasni lebih berhati-hati...

    ReplyDelete
  8. terima kasih.pengajaran.redha sajalah ye kawan2..

    ReplyDelete
  9. Alahai jue...
    sian...sabar bebyk yea...
    mmg pantang diorang nmpk beg cam laptop,
    pastu trus pecah tingkap..
    kalu ada laptop pun, depa leh detect...
    kena buang battery laptop baru hokeh..
    pastu simpan dlm bonet...
    sabar yea... (",)

    ReplyDelete
  10. Ya allah sian aok....tapi nk buat cmno benda dh jadi...next time kena lebih berhati2 taw...

    ReplyDelete

Post a Comment

Comment

Popular posts from this blog

Tahun 2021 pun dah hampir habis.

 Assalamualaikum. Rasanya lama dah tak menulis dalam blog ni.hampir 4 tahun. Blog ni memang temanya campur2 lebih kepada penulisan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Kebelakangan agak jarang jari ni menulis. aku bukanlah blogger yang menulis untuk dapatkan pendapatan semata. tujuan aku menulis dulu banyak mengenai luahan hati aku sendiri. Aku kadang rasa blog ni macam diari aku kot. sebab banyak juga luahan hati dan perasaan dituliskan di dalam blog ini. blog ni usia dia dah lebih 10 tahun pun. dan aku pun jarang menulis. rasa takda siapa yang masih baca pun.  dan hari ini tergerak rasa nak menulis . ok nanti sambung...saja nak start engine.Sebab dah mula bosan dengan social media yang ada sekarang ni. aku rasa nak beralih semula kepada blog. sekian.

Apa dia blog?

Salam semua, Aku 'just' nak 'share' info dan bercerita sikit pasal topik ni dengan bloggers semua dan kawan-kawan yang berjinak2 nak mem'blogging'kan diri. Harap info ni berguna dan dapat membuka minda masing-masing. Setelah sekian lama baru aku terfikir apa dia blog ni?Lalu aku pun merajinkan diri mencari makna disebaliknya.(mcm buat research la..hehe) Aku tak pasti samada semua tahu dan paham dengan blog. Mungkin post kali ni agak bosan untuk dibaca dan kemungkinan besar takkan dibaca oleh sesiapa. Tapi aku harap 'bebelan' ini bermanfaat untuk semua.:).. Dah berapa hari xpost apa2 dan aku tiba2 terfikir nak post pasal topik ni.ok,mari kita mulakan..:) ......................................................................................................................................................................... Definisi : Blog adalah sejenis laman web yang dikendalikan sama ada individu, sekumpulan orang atau kadangkala organisasi untuk tujuan...

Check list keperluan ibu dan baby( newborns)

picture taken from here http://babyproductreviewszone.com/tag/free-baby-stuff/  Assalamualaikum semua... I ni semua checklist yang saya cedok daripada beberapa blog untuk ingatan dan tatapan diri sendiri.Juga boleh jadi reference untuk orang lain :) Senarai yang perlu dibawa oleh bapa / suami (PENTING) 1. GL @ surat jaminan majikan@ kad insurans* 2. Kad merah ibu mengandung* 3. Kad pengenalan ibu dan bapa* 4. Duit* 5. Rekod kesihatan* Keperluan bayi di hospital(PENTING) 1. Selimut dan tuala untuk bayi* 2. Beberapa helai kain lampin dan sapu tangan* 3. Beberapa helai pampers* 4. 3 - 4 helai pakaian baby* 5. Beberapa pasang sarung tangan dan kaki/mitten and booties* 6. topi baby / cover kepala baby* 7. Bedung/barut baby* 8. Alatan mandian baby* 9. Wet tissue- untuk lap baby* 10.Minyak telon* 11.Baby dipers * *Keperluan ibu/mama di hospital ( PENTING) 1. Tuala 2. Barang mandian ( berus gigi ,ubat gigi, pencuci muka, beda...