Skip to main content

Kereta VS Rumah?

Salam semua..
Pada malam tatkala mataku mengantuk membaca segala dokumen ISO.Inginku coretkan..hehe
Ini adalah akibat rentetan peristiwa belanjawan baru-baru ini. Apa pendapat kamu-kamu?
Saya memang fokus pada topik2 yang ada kaitan dengan hidup saya jela..
1) Pinjaman perumahan 100% pada yang berpendapatan 3000 ke bwh( ulang maksud, isi rumah ye...kalau suami kerja, isteri kerja makanya tambah dua2)..dan juga harga rumah di bawah 220k..harap dimaklumkan
2) Bantuan 500 pada hujung tahun ini- alhamdulillah walau xbanyak masih boleh membantu..
3) Tol tidak akan dinaikkan selama 5tahun..alhamdulillah bg saya dan hubby yang mengambil masa perjalanan 7 jam merentasi 3 lebuhraya termasuklah PLUS, KARAK dan LPT.Legalah sikit.(Harap-harap minyak taklah naik ye...hehe)
Bercakap pasal perkara di atas.Mana lebih penting?rumah atau kereta? Saya kira kalau sapa2 yang baru bekerja mestilah fikir kereta ye x?Tapi bagi yang baru-baru bekerja macam saya dulu2 takkan fikir nak beli kereta yang mewah2..Apa yang ada dalam kepala? semua kereta yang mampu milik macam viva ker, kelisa ( masa dulu), kancil ( ms dulu), myvi ( oh sedikit mahal rasanya..hehe) dan saga ( sekarang)...
RUMAH
huh masa mula-mula kerja ayah saya pernah tanya.
" Apa kata beli saja rumah kat bertam tu.Boleh sewakan pada orang"
"Er...tanaklah beli lagi rumah, awal je rasanya"
Betapa pendeknya fikiran waktu muda2 dulu. Biasalah orang muda tak fikir panjang, apa yang dia tahu mudah+ cepat. Inilah akibatnya. Kalaulah masa boleh diputar kembali.Tapi tak mungkin melainkan wujud mesin memutarkan masa.hehe
Sekarang? Bila dah ada keluarga sendiri .Anak je tak ada. Barulah terbuka minda mata seluas2nya pasal rumahtangga yang nak didiami.Itu normallahkan? Proses pembelian rumah ni memang rumit kalau dengan pinjaman kerajaan sebab ada lebih daripada 20 dokumen yang perlu dikepilkan bersama. Kalau ada kurang salah satu habisla.Jangkamasa? memanga lama. Dalam 6 bulan.TETAPI....harus diingat disini, bayarannya tetap dan 100% juga.Cuma perlu disediakan 10% pada awalnya.Kemudian barulah dibayar semula pada kita.JANGAN!!! beli daripada orang perantaraan. Itulah masalah kami sekarang ni.Orang perantaraan yang duk sibuk.sabar jela...huhuhu..Doakan semoga semuanya berjalan lancar ye..
Kenapa rumah ni?
1) kawasan best
2) dah kenal ramai jiran
3) dekat dengan tempat kerja dan tempat2 lain..
Walaupun terdapat beberapa komen yang dilontarkan seperti ruang tamu sempit, takde kolam, tinggi banyak habuk, ruang tamu susah nak kemas dan bersegi.helo...sempit ke?850 sqft, 3 bilik, 2 bilik air. Yang komen banyak tu ada rumah ke?hehehe..opss..Mana nak cari rumah murah sekarang?lagi tunggu lagi mahal.Bukanlah kami main pilih sahaja. Tapi berdasarkan beberapa faktor.Buat masa sekarang, inilah yang terbaik mengikut kemampuan.
KERETA?
Er.susut nilai.Ulang siaran susut nilai.Ulang siaran susut nilai.Biarlah orang kata engineer dengan pegawai pun pakai kete saga. Saya pernah dengar ayat ni:
30 ribu? nak beli saga pun xboleh.Helo....kereta saga ni teruk sangat ke?Ramai je orang pakai pun.Yela diakui kereta saga jeeee..tak apa. Apalah sangat jika nak dibandingkan dengan kereta jenama B,M, H , T dan yang seangakatan.
Apa yang ada dengan kereta?Nak menunjuk?Oh nooo..Tidak.Bergantung pada orang lah jugak.Kalau dilihat2 di sekitar Penang ni, wah kereta dia cantiknya. Rumah?hehe..rumah f**t je.Yang bilik dua tu.Yang tandas satu tu. Bila nak bayar roadtax, alamak..Tak cukup duitla.Sanggup bertahan sana sini tak menikmati hidup keranamu kereta idamanku.huhu.Mereka berkata alah...sibuklah biarlah mereka.Ye saya biar je.hehe
Just nak share, akibat kemalangan saya tempoh hari,kereta kesayanganku walaupun kelisa kecik tu habis total lost.Habislah pelaburan selama 4tahun yang disangkakan berpanjangan.Lagi kena tambah duit nak tampung kos tutup akaun adala. ha...melainkan kereta tu akan selamat kalau diinsuranskan untuk semua , means satu body kereta.Biasa kalau insured semua ni untuk kereta2 mahal macam jenama M,T, B,H dan seangkatan.
Jadi kawan2...tepuk bank, tanya duit..kereta atau rumah?
wassalam n gudnite

Comments

  1. Mesti ler rumah... Tambah2 rumah kat Penang nih.. Kalau flat pun jadik harga pas 2-3 tahun.. Sbb tu keje2 jer dulu terus survey rumah.. Alhamdulillah dah nak masuk 4 tahun rumah tu.. Harga pun dah naik dalam 40k lebih dalam masa 4 tahun saja.. So kalau nak jual pun boleh, nak sewakan pun bleh..

    Bab kereta, pandangan aku.. mmg nilai akan susut.. Tapi kalau kereta tu buatan Msia, lagi cepat giler susut nilainya.. Macam kete Wira aku dulu.. Mmg nak kena top up balik kalau nak tutup akaun.. Last2 baik bagi kat ahli keluarga jer pakai.. Lagi bagus..

    ReplyDelete
  2. salam juli...
    macam ne ntah dapat jumpa blog juli...
    actually ana pilih rumah....biar mahal ke murah..tapi aset rumah menguntungkan...klu kereta nak berlagak keta besar2 tak berbaloi...lain la klu memang mampu...

    hope boleh jadi kawan blog.
    singgahlah blog ana (takder yg menarik..just cerita diri sendiri je)

    Roziana-PPSKHayat

    ReplyDelete
  3. mash:tula...aku rugi btullah xbeli rumah kat sana dulu..ada lecturer offer kat aku..hehe..tula ..kereta2..mcm yg aku kata.depends pada orgla..mcm hang xpala mampu.mcm org lain yg xberapa nak mampu tu..hehe

    anna; insyaALLAH

    ReplyDelete
  4. amboi pakat dok citer bab2 reta bnda ni.kekeke..bg aku la kn umh lg pnting dr kete..kalo duit lbih ko beli la tnh kbun getah ke sawah padi ke klapa sawit ke.hehe..sumer pakat dok beli umah aku ada bilik sewa je..kete xdak dok naik traim dok naik bus.byknyer jln kaki le.sah kata nk beli umh nk dok tang mana pn xtau lg.feninnn..

    2T

    ReplyDelete
  5. 2t:miawww...xpa tuti hang esok ada masa bila dah berjaya.duit lebih.rezeki lebih.adalah tu.bibud mmg teringin nk ada tanah..cita2 dia sebenaqnya nak jadi petani..aku duk gelak ja kat dia..hehehe..kejam dak?

    ReplyDelete
  6. weh cita22 bibud tu baguihh..hehhehe.aku mennyokong 200%..aku pun kalo leh nk jd cmtu gak..petani moden bela lembu byk22 kat kg ayah aku hehehe

    -WAHID-

    ReplyDelete

Post a Comment

Comment

Popular posts from this blog

Tahun 2021 pun dah hampir habis.

 Assalamualaikum. Rasanya lama dah tak menulis dalam blog ni.hampir 4 tahun. Blog ni memang temanya campur2 lebih kepada penulisan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Kebelakangan agak jarang jari ni menulis. aku bukanlah blogger yang menulis untuk dapatkan pendapatan semata. tujuan aku menulis dulu banyak mengenai luahan hati aku sendiri. Aku kadang rasa blog ni macam diari aku kot. sebab banyak juga luahan hati dan perasaan dituliskan di dalam blog ini. blog ni usia dia dah lebih 10 tahun pun. dan aku pun jarang menulis. rasa takda siapa yang masih baca pun.  dan hari ini tergerak rasa nak menulis . ok nanti sambung...saja nak start engine.Sebab dah mula bosan dengan social media yang ada sekarang ni. aku rasa nak beralih semula kepada blog. sekian.

Apa dia blog?

Salam semua, Aku 'just' nak 'share' info dan bercerita sikit pasal topik ni dengan bloggers semua dan kawan-kawan yang berjinak2 nak mem'blogging'kan diri. Harap info ni berguna dan dapat membuka minda masing-masing. Setelah sekian lama baru aku terfikir apa dia blog ni?Lalu aku pun merajinkan diri mencari makna disebaliknya.(mcm buat research la..hehe) Aku tak pasti samada semua tahu dan paham dengan blog. Mungkin post kali ni agak bosan untuk dibaca dan kemungkinan besar takkan dibaca oleh sesiapa. Tapi aku harap 'bebelan' ini bermanfaat untuk semua.:).. Dah berapa hari xpost apa2 dan aku tiba2 terfikir nak post pasal topik ni.ok,mari kita mulakan..:) ......................................................................................................................................................................... Definisi : Blog adalah sejenis laman web yang dikendalikan sama ada individu, sekumpulan orang atau kadangkala organisasi untuk tujuan...

Check list keperluan ibu dan baby( newborns)

picture taken from here http://babyproductreviewszone.com/tag/free-baby-stuff/  Assalamualaikum semua... I ni semua checklist yang saya cedok daripada beberapa blog untuk ingatan dan tatapan diri sendiri.Juga boleh jadi reference untuk orang lain :) Senarai yang perlu dibawa oleh bapa / suami (PENTING) 1. GL @ surat jaminan majikan@ kad insurans* 2. Kad merah ibu mengandung* 3. Kad pengenalan ibu dan bapa* 4. Duit* 5. Rekod kesihatan* Keperluan bayi di hospital(PENTING) 1. Selimut dan tuala untuk bayi* 2. Beberapa helai kain lampin dan sapu tangan* 3. Beberapa helai pampers* 4. 3 - 4 helai pakaian baby* 5. Beberapa pasang sarung tangan dan kaki/mitten and booties* 6. topi baby / cover kepala baby* 7. Bedung/barut baby* 8. Alatan mandian baby* 9. Wet tissue- untuk lap baby* 10.Minyak telon* 11.Baby dipers * *Keperluan ibu/mama di hospital ( PENTING) 1. Tuala 2. Barang mandian ( berus gigi ,ubat gigi, pencuci muka, beda...