Skip to main content

Sabah trip version 1-kerja dalam berjalan



Salam siaran di hari ahad.

Jam menunjukkan pukul 7.20 petang tatkala azan berkumandang di luar.Mari kita mengupdate tatkala diri saya sedang melayan diri keseorangan semasa suamiku berjuang di medan pekerjaan.hehe..nanti kita cerita yang tu.Kali ni kita update mengenai keberangkatan saya ke sabah pada akhir nov sampai ke awal disember tahun lepas 2010.Rasa macam masih berada di tahun 2010 je.Usia makin meningkat, and makin lama makin menghampiri hari kematian.huhu.muhasabah sebelum kita mula dengan entry ni.

Entry basi kali ini adalah trip/kerja saya yang haritu berlangsung dekat sabah daripada 25nov-3disember.Lama kan?memang sangat lama meninggalkan kerja di opis dan suami di rumah kesianla dekat suamiku yang selalu duk kena tinggai tu.huhuhu. akhirnya diriku yang terpaksa ditinggalkan buat sementara waktu.

Disebabkan itu , saya mengambil inspirasi sahabat saya iaitu puan tuti, puan haneem dan puan jana( tatau dia baca tak blog ni...hehe).Yang pasti setiap perjalanan hidup itu ada matlmat, sebab dan ujian masing2 xgitu puan julaidah?yang julaidah ni pun xlama lagi kena tinggai dgn hubby dia bulan 2 nanti.Ok,kita abaikan cerita lain.Mari sambung kepada peristiwa di Sabah.Sangat bangga dan tak riak( yeke?hehe) nak mengisytiharkan saya telah selamat keliling dan jejak ke seluruh pelosok Malaysia.alhamd.Proud to be Malaysian.Nasiblah ada kerja di Sabah, terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana memberi saya peluang ini.:)

Rentetan...1(23 nov 2010)
Daripada penang ke sabah mengambil masa 3 jam.Macam haritu saya naik flight airasia, disebabkan lambat booking maka total perbelanjaan flight adalah rm1000++.Kalau booking awal bolehla dapat around rm700 atau kurang. Bergantunglah kepada masa dan situasi masing2 ye.Kalau booking MAS pun beza xbanyak pun, lebih kurang rm100 .Tapi semua ni bergantunglah kepada perkara2 yang disebut tadi. Kalau airasia, flight direct penang-kk adalah pada jam 7.30 petang.Tapi pada hari tersebut delay sejam tu.So boleh bayangkan tak, saya sampai sana jam 11.30++.Dalam hati berfikir sejenak, macamana nak ke hotel?dahla sorang2 pulak tu.perempuan pulak tu..ngee.hahaha.Bila sampai sana saya gamble aje, ambik teksi dekat airport hambik ko caj rm70!!! pada pukul 12malam.Kalau siang cajnya rm50 ye.Tanya drebar tu berapa lama ambik masa nak ke 1BORNEO?dia kata setengah jam dik.hahaha.ok bereh.
Dalam perjalanan ke hotel, kami melalui kawasan tepi laut.Almaklum Sabah memang di kelilingi lautan ye. Dan KK berada di hujung peta dekat tepi laut.Sila rujuk peta di atas.Memang cantik walau gelap gelita tak nampak.Kemudian saya melalui UMS( Universiti Malaysia Sarawak). Memang seperti yang diwar-warkan oleh ibunda tercintala, memang UMS ni macam USM jugak lebih kurang.Universiti atas bukit di tepi laut.Cantik..Sampai di hotel, lena sat.n of that day punya story.


Rentetan 2.Bengkel Biotoksin..(24 nov 2010-2 disember 2010)

Oh saya jetlag..Bangun pagi, masyaALLAH pukul 5 dah subuh dek non.Tatkala bulan november tu masuk waktu sembahyang awal. Sampai kk lagi awal. Bayangkan bangun punyalah awal juga.hehe.Breakfast pun awal juga.So selama 3 hari ni saya pergi ke Pusat Penyelidikan Perikanan Likas untuk training Bioktoksin marin sepertimana yang saya attend tahun lepas di Penang.So, bengkel yang ini adalah yang kali ke 3 dan julung2 kali diadakan sebenarnya. Hasil bantuan dan kerjasama antara Universiti Jenna di Jerman dan Jabatan Perikanan Malaysia. Dan pada tahun ini adalah tahun terakhir bentuk kerjasama ini diadakan.Maka dapat disimpulkan perkara ini adalah serius sebab bertujuan untuk melengkapkan setiap peserta yang terdiri daripada staf daripada USM, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertanian.


Selama tiga hari ini, kami djemput daripada hotel oleh encik Saidi.Peserta yang terlibat tu kebanyakannya saya memang dah kenal sejak daripada mula program ini diperkenalkan.Tapi kali ini hanya ada 10 peserta iaitu saya, zila ,nadira , azlan, azman, azlan, weliyadi , shafie dan sorang lagi lupa nama.hehe


Sepanjang program ni, penceramah atau konduktor yang terlibat adalah Prof Luckas dan Katerin dari Jerman, Prof Kodama dan staf daripada pihak penganjur sendiri.Sebenarnya, loghat yang digunakan oleh prof daripada Jerman ni memang sukar nak difahami sedikit.Tapi bagi yang dah biasa dengar beliau bercakap, mungkin akan faham dan dapat tangkap maklumat yang ingin disampaikan tu.Alhamdulillah, Prof Kodama pun ada membekalkan ELISA KIT yang saya memang tak pandai dan tak pernah guna untuk dipraktikkan di PRN nanti.KIT ni untuk test PSP toxins yang sekarang tercemar.


Buat pengetahuan semua, sekarang ni, ikan dan sumber sumber makanan banyak yang tercemar dan pencemaran ini adalah daripada manusia sendiri dan daripada sumber yang masih tidak dapat diterangkan oleh para saintis, maka sayanngilah bumi kita...



the end.part 1, nanti sambung..

wassalam..


p/s; sambungan lepas ni , kita tunjuk tempat2 menariklah pula ye.hehe

Comments

Popular posts from this blog

Check list keperluan ibu dan baby( newborns)

picture taken from here http://babyproductreviewszone.com/tag/free-baby-stuff/  Assalamualaikum semua... I ni semua checklist yang saya cedok daripada beberapa blog untuk ingatan dan tatapan diri sendiri.Juga boleh jadi reference untuk orang lain :) Senarai yang perlu dibawa oleh bapa / suami (PENTING) 1. GL @ surat jaminan majikan@ kad insurans* 2. Kad merah ibu mengandung* 3. Kad pengenalan ibu dan bapa* 4. Duit* 5. Rekod kesihatan* Keperluan bayi di hospital(PENTING) 1. Selimut dan tuala untuk bayi* 2. Beberapa helai kain lampin dan sapu tangan* 3. Beberapa helai pampers* 4. 3 - 4 helai pakaian baby* 5. Beberapa pasang sarung tangan dan kaki/mitten and booties* 6. topi baby / cover kepala baby* 7. Bedung/barut baby* 8. Alatan mandian baby* 9. Wet tissue- untuk lap baby* 10.Minyak telon* 11.Baby dipers * *Keperluan ibu/mama di hospital ( PENTING) 1. Tuala 2. Barang mandian ( berus gigi ,ubat gigi, pencuci muka, beda...

Menatang ni kalau gigit bisa woo

Disuatu pagi Hubby: Aduh sakitnya belakang ni pedih2..tukar cadar jelah mungkin cadar ni dah kotor. Wifey: Aah la kenapa merah sangat tu?hama kot Esoknya Wifey; Aduh sakitnya kat belakang jugak,mcm kena hama jugak ni..( rasa mcm charlie sbb penah nampak sekor) Hubby: Buh minyak gamat jela.. Wifey: Rasa mcm charlie dah ni sbb abg punya kesan merah merebak.. Aduh sapa kenal binatang ini?aku 1st time kenal masa dekat matriks kmpp di pongsu seribu.. Charlie namanya..gelemer gituw..alkisah masa dekat matrix aku mmg xpernah kena geget..Tapi ada la kawan2 sekuliah kene benda ni..dan dia pi geget kat muka je..Dahla yg kenanya tu budak2 lawa..kesian..memilih betui binatang ni. Ada mitos mengatakan dr cakap2 member sekuliah kata yg geget tu Charlie jantan..hehe..wallahualam. Masa belajar kat usm aku pernah kena bisa binatang ni masa nak exam 1st year. Habis belakang tengkuk aku kena bisa dia dan merebak hampir keseluruhan belakang badan. Housemate kata mgkin lebah sbb malam tu aku bunuh sekor l...

Tutorial untuk kak fuza..1

Salam.. Kena buat tutorial untuk kak fuza.Cian dia xleh nak post comment atau balas komen..ok mcmni cara dia. 1st: kena pastikan kita dah login dalam kita punya blogger account la.Ok, lepas tu kita buka blogpage yang kita nak komen.ok mcmni: 2) Ini blog page kak fuza, saya bukak entry memergi tesco extra. 3) Lepas tu saya nak komen, saya pergi dekat icon komen yang tunjuk angka #0comments.Saya klik dekat situ. 4) Lepas saya klik dia kuar screen macamni ye, ada kotak kosong untuk kita balas komen.Pastikan kita punya blogger id yang sama masa kita login pada kotak kecik dibawah. 5) ok sekarang saya dah tuliskan komen pada kotak komen tu. 6) Kemudian saya tekan post comments, tapi blog kak zura letak setting words verifications yang perlu saya isi sebelum comments tu dipostkan. kat sini words verification dia langrab. so kena isi dekat kotak dibawah perkataan tu. 7) ok .lepas dah tulis words verification, saya post comments sekali lagi.wallah siap..mudah kan?he...