Skip to main content

Lupakan Sabah buat seketika..2011 here I come

Salam semua..
Dengan motto pada tahun ini Veni, Vidi, Vessi.Saya lihat, saya pandang dan saya menakluki.o yeahhh..takluklah sangat kan?Walaupun hari ini sudah masuk hari ke-3, saya pun nak tulis jugak apa saya nak buat dengan berhenti sejenak post sambungan ke Sabah ( macam glamour la sangat nak bagitau orang lain.hehe) Namun kita hanyalah hambanya yang mampu merancang, Dia maha mengetahui. Motivasi untuk diri sendiri juga.
Bila dipandang pada tahun lepas, ada banyak peristiwa pro dan kontra dalam kehidupan yang memang tak dapat dilupakan.Hanya empunya diri lebih mengetahui selain tuhan yang maha esa yang senantiasa mendengar doa hambanya yang lemah ini.
Tatkala jari jemari menulis rentetan peristiwa , jam menunjukkan angka 8.35pm dengan azan isya' berkumandang di luar jendela rumahku.Sedang nak mengingat kembali apa yang terjadi pada tahun lepas.Tahun lepas bermula dengan saya yang outstation ke merata tempat , semuanya atas tuntutan kerja.Ke Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan. Bukit Merah, Sabah dan paling terutama ke Oversea iaitu USA.Sangat seronok ke negera orang,Merentasi 3 buah negara.Walau sangat jakun dan penat tapi berbaloi dengan pengalaman yang dapat ditimba.
Pada tahun 2010 yang lepas,saya telah mengambil keputusan untuk pergi membuat rawatan di klinik swasta , yang ni sebab masalah yang banyak kali dah post kot.hehe...takut bosan je bila nak cerita semula. Tapi takde kesan, ada rawatan susulan for my hubby.Tapi dah dia pindah kerja pula ke kl, terbantut seketika.Nak tau kesan ubat tu?badan saya naik 5kg dalam jangkamasa 3 bulan pengambilan. Hambik ko, itulah punca kegemukan yang terjadi. Dah dinasihatkan kawan-kawan kalau ambik memang subur ler sangat. Badan pun naik subur macam kena pam dengan angin puk puk..dush..kebabo.hahahaha..Jadinya sekarang punyalah susah nak turun.huhuhu..maintain berat lebih 60kilo. Sila rujuk gambar dibawah ye.hehe..

Kita tutup buku 2010, kita buka cerita dan azam 2011..apakah?

Self enhancement

- Nak fokus apa yang dah dibuat sekarang.Tak kesahla apa pun

- Nak menjadi seorang yang positif dan lebih matang dalam membuat keputusan.

-Nak buang sikap buruk diri sendiri iaitu irihati, mengumpat( ada kawan saya cakap, kalau seseorang tu umpat pasal orang lain pada dia, dia yakin seseorang tu akan mengumpat balik pasal dia kat kawan lain,dan saya sokong kenyataan ni pasal adalah sorang tu kuat sangat ngumpat ..hehe terngumpat plak..end of story), benci membenci, meluat, selalu kena buli dan ada orang kata mulut saya tak best bila bercakap.biasalah orang.macam2 nak komen.diri sendiri cam bagusss( hahaha. cari gaduh)

- Nak rapatkan silaturrahim sesama insan di dunia, yang dekat dirapatkan, yang jauh diserasi2kan( betul ke motto aziz desa ni?)

- Nak mendekatkan diri dan memperbaiki iman, takwa kepada ilahi.

Materialistik punya visi..

- Ke vietnam insyaALLAH( bulan 3 , dah booking flight)

-Nak pergi Umrah dengan my mama ( ni tatau jadi ke x)


- Settlekan pembelian rumahku syurgaku(50%)

- Beli lappy baru( since memang xde lappy, pinjam yang adik punya je selama ni, tunggu duit kwsp la)

Peribadi & keluarga( sampai bila2 punya mision ni tak habih..hehe)

-misi yang ni tataula, mungkin berterusan..dan yang paling utama terutama menjadi isteri dan anak yang solehah.amin..ibu?( ni bukan dalam penguasaan saya untuk menjadi atau terjadi, semuanya ketentuan ALLAH SWT dengan nada sedih..)
- selalu sangat dah bermimpikan saya berbaik dengan seseorang ni, hai apakah tanda mimpi itu.pening sangat den..Tapi tak termampu untuk melakukan sendiri.


Dan untuk suamiku, berjaga2lah diri anda di kejauhan ye.daa..

Wassalam..9pm..

p/s: saya telah membuat sedikit perubahan pada blog ini iaitu.sila perhatikan..

Feedjit ini ditambah untuk memudahkan detect sapa yang datang menjengoi.Jadi, awas anda diperhatikan sebab ada beberapa jengukan yang agak was-was.Sebab saya tahu ada( yeke?) yang suka jadi pemerhati dan membaca je.hehe.Siapakah?anda ke?jangan risau.saja je nak tahu.hehehe


Ovulation cycle untuk memudahkan saya

Di bawah itu pita pengukur ambik daripada proram daisypath for self motivation untuk kuruslah konon.hihi.

end of post.nampaknya hari2lah posting gayanya..ngee

Comments

  1. aku la tu yg suka jenguk tu.kekeke..
    bgs ko nyer azam..aku ntahle xnah set azam.keke
    tp yg aku tau..aku nk peghabih studyku ini.huhuhu.
    yg ni mmg xleh nk berazam.kdg2 aku smgt gegila kdg2 aku asa cam nk blk jdk full time housewife ja.keke..tp bila tringat aku yg suka shopping ni alamtnya mkn pasir le.hehe

    -2T-

    ReplyDelete

Post a Comment

Comment

Popular posts from this blog

Check list keperluan ibu dan baby( newborns)

picture taken from here http://babyproductreviewszone.com/tag/free-baby-stuff/  Assalamualaikum semua... I ni semua checklist yang saya cedok daripada beberapa blog untuk ingatan dan tatapan diri sendiri.Juga boleh jadi reference untuk orang lain :) Senarai yang perlu dibawa oleh bapa / suami (PENTING) 1. GL @ surat jaminan majikan@ kad insurans* 2. Kad merah ibu mengandung* 3. Kad pengenalan ibu dan bapa* 4. Duit* 5. Rekod kesihatan* Keperluan bayi di hospital(PENTING) 1. Selimut dan tuala untuk bayi* 2. Beberapa helai kain lampin dan sapu tangan* 3. Beberapa helai pampers* 4. 3 - 4 helai pakaian baby* 5. Beberapa pasang sarung tangan dan kaki/mitten and booties* 6. topi baby / cover kepala baby* 7. Bedung/barut baby* 8. Alatan mandian baby* 9. Wet tissue- untuk lap baby* 10.Minyak telon* 11.Baby dipers * *Keperluan ibu/mama di hospital ( PENTING) 1. Tuala 2. Barang mandian ( berus gigi ,ubat gigi, pencuci muka, beda...

Menatang ni kalau gigit bisa woo

Disuatu pagi Hubby: Aduh sakitnya belakang ni pedih2..tukar cadar jelah mungkin cadar ni dah kotor. Wifey: Aah la kenapa merah sangat tu?hama kot Esoknya Wifey; Aduh sakitnya kat belakang jugak,mcm kena hama jugak ni..( rasa mcm charlie sbb penah nampak sekor) Hubby: Buh minyak gamat jela.. Wifey: Rasa mcm charlie dah ni sbb abg punya kesan merah merebak.. Aduh sapa kenal binatang ini?aku 1st time kenal masa dekat matriks kmpp di pongsu seribu.. Charlie namanya..gelemer gituw..alkisah masa dekat matrix aku mmg xpernah kena geget..Tapi ada la kawan2 sekuliah kene benda ni..dan dia pi geget kat muka je..Dahla yg kenanya tu budak2 lawa..kesian..memilih betui binatang ni. Ada mitos mengatakan dr cakap2 member sekuliah kata yg geget tu Charlie jantan..hehe..wallahualam. Masa belajar kat usm aku pernah kena bisa binatang ni masa nak exam 1st year. Habis belakang tengkuk aku kena bisa dia dan merebak hampir keseluruhan belakang badan. Housemate kata mgkin lebah sbb malam tu aku bunuh sekor l...

Tutorial untuk kak fuza..1

Salam.. Kena buat tutorial untuk kak fuza.Cian dia xleh nak post comment atau balas komen..ok mcmni cara dia. 1st: kena pastikan kita dah login dalam kita punya blogger account la.Ok, lepas tu kita buka blogpage yang kita nak komen.ok mcmni: 2) Ini blog page kak fuza, saya bukak entry memergi tesco extra. 3) Lepas tu saya nak komen, saya pergi dekat icon komen yang tunjuk angka #0comments.Saya klik dekat situ. 4) Lepas saya klik dia kuar screen macamni ye, ada kotak kosong untuk kita balas komen.Pastikan kita punya blogger id yang sama masa kita login pada kotak kecik dibawah. 5) ok sekarang saya dah tuliskan komen pada kotak komen tu. 6) Kemudian saya tekan post comments, tapi blog kak zura letak setting words verifications yang perlu saya isi sebelum comments tu dipostkan. kat sini words verification dia langrab. so kena isi dekat kotak dibawah perkataan tu. 7) ok .lepas dah tulis words verification, saya post comments sekali lagi.wallah siap..mudah kan?he...