Skip to main content

Fast 5, Kongsi,Rio, Thor

Assalam semua..


Hambik ko, lama xbuat entry filem. Sekali aku buat 4 filem dan ada juga filem yang xingat ..semua ni ku tonton di panggung wayang. Masih berbaki beberapa lagi minggu ini.Iaitu nurkasih dengan pirates of carribean.

Biarpun dah ramai orang buat post/ entry tentang filem2 ni disebabkan saya bukanlah pengkritik filem Tetapi hanya orang biasa yang ingin berkongsi cerita. Minta maaf sebab lama sangat tak buat entry yang senonoh skek..hehe ok mari kita tengok apa saya komen pasal cerita ini..marii
RIO..

Bila baca ni jangan kata saya suka cite kartun ha...hehe tapi hakikat yang sebenarnya memang sangatlah menyukai cerita kartun tapi tak la semua kan..Ok cerita menceritakan tentang kisah burung macaw kaler biru yang dikatakan dah menjadi pupus sebab aktiviti penyeludupan burung dekat RIO de ja niero( betul ke ejaan ni?).Jadi watak utama cerita kartun ini adalah burung macaw kaler biru ini. Nama dia adalah Blu.Burung ni masa dalam perjalanan nak dihantar untuk dijual oleh smuggler telah terjatuh ke satu daerah di USA ( manhattan kot...) lupo dah..Dan Blu ni sangat manja dengan tuan dia yang ada kedai buku di sana. Pada suatu hari, ada seorang doktor haiwan daripada RIO telah datang untuk ajak Blu mating dengan seekor lagi burung macaw biru ni ( disebabkan katanya burung ni spesisnya dah pupus..ehehe) .Maka ikutlah pengembaraan Blu.. So far kita bagi dia 4.5 bintang..yeay..

THOR


Encik THOR? Dewa tukul besi masyarakat NORWAY yang amat degil, berlagak, bongkak adaptasi MARVEL..Biasala hero marvel.hehe..Nasiblah ngko hensem dan ada 6 pack ye encik THOR..hehehe..betul kamu mamaeesya THOR amat gagah dan ensem.Heroin dia si encik puteri AMIDALA yang glamour itu. Kisah dia tentang THOR yang kena buang ke bumi selepas dia buat hal dekat dunia dia. Tetapi ada konflik dalam dunia dia antara dia, ayahanda beliau dan adik beliau ( anak kepada penduduk bumi sejuk).. Tapi yang sedihnya dia telah terpisah dengan heroin filem ni sebab jambatan pelangi itu yang menyambungkan kepada alat untuk ke dunia lain terputus semasa berlawan dengan adik dia yang jahat itu..Sila tengok sendiri..4.5 star again.ngee


KONGSIFilem ini filem Malaysia ek..kita terus bagi 2.5 bintang jela..hehehe..Tengok dalam tv hebat benor.Saya rasa macam cite ni sama je dengan gangster kl.Depa dua pengarah ni tak habis nak bersaing noo..hehe

KOMEN: awat dia punya tengkorak macam tiru encik pirates/hairan den hehehe..


FAST 5

Oh encik Brian dan encik DON? kamu memang jadi fugitive dalam filem sekuel yang ni kan? Filem ke lima ni macam dah nak jadi action movies dah.Bab lumba melumba dah kureng. Sebenarnya xde la suka sangat cite lelumba ni.Tetapi kerana encik suami mengajak maka saya menonton..huarghh ngantuk.kita bagi 4.5 bintang sebabnya best..



Kesimpulan, bukan nak kasi down filem melayu. But then, need to strive lagi kot. Tapi cite merong mahawangsa memang best walau banyak sangat komen daripada pensejarah Malaysia...Bagilah peluang pada bakat besar.. MERONG 4 star..:)

Comments

  1. wes.dh lama aku xtgk wayang.hehe.kt cni abis sumer cter dialihbahasakan ke french..xde subtitle ok..hampehh..
    2T

    ReplyDelete
  2. wahh tuti msg kat blog pn juli...hye tuti

    ReplyDelete
  3. 2t:hehehe...sabo jela ni aku buat review ni silalah tgok..wei laki hang dah mai sana?
    puan ita: lama dah tuti komen cuma dia buh anonymous je selalu tp aku tau la itu dia.hihi

    ReplyDelete
  4. mamadidil:dh lama aku dok mngomen kt blog pn juliez ni cuma ko xprasan kot..keke.tp empunya blog mmg cam.hehe.
    pn juliez:laki aku blom mai lg.12/7 ni br smpai.dok counting days ni..kakaka.kali ni xbwk cik iman..so..apalagi..honeymoon la..hahaha..sorry ya iman!
    2T

    ReplyDelete

Post a Comment

Comment

Popular posts from this blog

Tahun 2021 pun dah hampir habis.

 Assalamualaikum. Rasanya lama dah tak menulis dalam blog ni.hampir 4 tahun. Blog ni memang temanya campur2 lebih kepada penulisan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Kebelakangan agak jarang jari ni menulis. aku bukanlah blogger yang menulis untuk dapatkan pendapatan semata. tujuan aku menulis dulu banyak mengenai luahan hati aku sendiri. Aku kadang rasa blog ni macam diari aku kot. sebab banyak juga luahan hati dan perasaan dituliskan di dalam blog ini. blog ni usia dia dah lebih 10 tahun pun. dan aku pun jarang menulis. rasa takda siapa yang masih baca pun.  dan hari ini tergerak rasa nak menulis . ok nanti sambung...saja nak start engine.Sebab dah mula bosan dengan social media yang ada sekarang ni. aku rasa nak beralih semula kepada blog. sekian.

Apa dia blog?

Salam semua, Aku 'just' nak 'share' info dan bercerita sikit pasal topik ni dengan bloggers semua dan kawan-kawan yang berjinak2 nak mem'blogging'kan diri. Harap info ni berguna dan dapat membuka minda masing-masing. Setelah sekian lama baru aku terfikir apa dia blog ni?Lalu aku pun merajinkan diri mencari makna disebaliknya.(mcm buat research la..hehe) Aku tak pasti samada semua tahu dan paham dengan blog. Mungkin post kali ni agak bosan untuk dibaca dan kemungkinan besar takkan dibaca oleh sesiapa. Tapi aku harap 'bebelan' ini bermanfaat untuk semua.:).. Dah berapa hari xpost apa2 dan aku tiba2 terfikir nak post pasal topik ni.ok,mari kita mulakan..:) ......................................................................................................................................................................... Definisi : Blog adalah sejenis laman web yang dikendalikan sama ada individu, sekumpulan orang atau kadangkala organisasi untuk tujuan...

Check list keperluan ibu dan baby( newborns)

picture taken from here http://babyproductreviewszone.com/tag/free-baby-stuff/  Assalamualaikum semua... I ni semua checklist yang saya cedok daripada beberapa blog untuk ingatan dan tatapan diri sendiri.Juga boleh jadi reference untuk orang lain :) Senarai yang perlu dibawa oleh bapa / suami (PENTING) 1. GL @ surat jaminan majikan@ kad insurans* 2. Kad merah ibu mengandung* 3. Kad pengenalan ibu dan bapa* 4. Duit* 5. Rekod kesihatan* Keperluan bayi di hospital(PENTING) 1. Selimut dan tuala untuk bayi* 2. Beberapa helai kain lampin dan sapu tangan* 3. Beberapa helai pampers* 4. 3 - 4 helai pakaian baby* 5. Beberapa pasang sarung tangan dan kaki/mitten and booties* 6. topi baby / cover kepala baby* 7. Bedung/barut baby* 8. Alatan mandian baby* 9. Wet tissue- untuk lap baby* 10.Minyak telon* 11.Baby dipers * *Keperluan ibu/mama di hospital ( PENTING) 1. Tuala 2. Barang mandian ( berus gigi ,ubat gigi, pencuci muka, beda...