Skip to main content

Berapa ramai lagi mau terkena dik non?ttpm part 2

Alhamdulillah..

Lepas menang kes, saya pergi hantar surat award yang dikeluarkan ttpm kepada pihak penentang serta merta ke pasaraya Giant Bayan Baru itu.

Masa tu jam menunjukkan pukul 12 tengahari, yang ada dekat tempat tu hanyalah dua orang staf penipu itu. Keduanya perempuan. Yang sorang tu nampak tua sikit tengah duk belek katalalog dan kira stok.Yang sorang lagi umur belasan tahun tengah duk blur blur dekat situ.Me n hubby pergi ke sana dan inilah perbualan kami:

Hubby: You kerja sini ke?
Girl 1: Ye saya kerja sini.

Hubby: You?
Pompuan tua sikit: Tak saya tak kerja sini.( muka tipu)

Hubby: Shazali ada?
kedua2 perempuan: Dia takdak, xmai lagi.

Hubby n me: Kami dapat award daripada tuntutan pengguna, so ini ada surat ,you tolong tandatangan bagi pihak shazali mengatakan surat ini sudah sampai pada syarikat you.
girl 1: saya xmau tulis, saya staf aja..( dengan nada gelabah)
pompuan tua sikit: saya tatau apa2, ini bukan saya buat ( takut jugak).

Hubby: takpala, kalau you xmau, suruh shazali mai sekarang tandatangan la.
girl 1: ok saya telefon
pompaun tua sikit: ah dei, bla bla dan bercakap dalam dialek hokkien yang saya pun xpaham ( dari firasat, macam tengah kol tokey kompeni je, sambil2 tu duk usha flyers banyak2 dia pegang, bukan menda ni je dia jual, macam2 lagi rupanya)

hubby: alamak ada kol.
girl 1: hello shazali, saya tatau ada orang mari cari you, macam bukan org sini..
saya:( dalam hati kata, memang la aku bukan org sini..:P) ok, bagi saya cakap dengan dia.
hello, assalamualaikum, saya ada bawa surat ttpm untuk syarikat awak sebab gagal datang ke ttpm untuk bicara.
shazali: ok, saya tak ingat yang mana satu, nanti saya cek dulu, puan bagi nama dan barang puan beli dengan jumlah yang pihak kami kena bayar.
saya: boleh datang sekarang x, sebab nakminta awak tandatangan surat kata kami sudah hantar surat awrd ttpm.

shazali: tak boleh..saya tengah repair barang kastemer.
saya:( kelentong), ok xpa awak ambik nombor ni nanti tolong telefon saya semula.terima kasih.

girl 1: ( cakap dgn shazali).ok saya tandatangan surat ni ye.
hubby: tunjukkan ic , saya nak tengok btul x nama dan nombor ic awak.

girl 1:ok

saya dan hubby: terima kasih.nanti minta shazali hubungi kami.

2,3 hari lepas tu dapat kol semuladan follow up beberapa hari.pada 29hb disember, alhamdulillah saya dapat cek duit saya tu dan dah dibank inkan. Semua barang dikembalikan kecuali mug itu je yang terlupa nak pulangkan.

Cuma tinggal satu kes je lagi iaitu duit dengan kawan saya tu berjumlah rm1***.**. Tak tahulah bila dia nak settle.Harap settle secepat mungkinlah sebab dia dah janji nak bayar kan? try to put your shoes in my shoes..bila kita tahu macamana perasaannya..



p/s: seelok2nya bayarlah hutang2 dgn manusia ni.kalau dengan ALLAH dia YANG MAHA MENGETAHUI.hutang dengan DIA, hanyalah janji kita KEPADANYA..dengan orang? kalau org tu tak redha.mmg susahlah kita nanti.

Comments

  1. salam.. baru jer kena semlam.. m.o nye same je macam ume yg dah kena tipu.. buat2 terkejut dpt voucher rm1000, then call mnger.. naseb baik byr dep rm50 jer.. tp promoter tu nmpk mcm ahli gangster,, siap bertatu.. tulisan tngan kt resit pon cakar ayam.. budak tadika lg cantik kot.. hmm =(

    ReplyDelete

Post a Comment

Comment

Popular posts from this blog

Tahun 2021 pun dah hampir habis.

 Assalamualaikum. Rasanya lama dah tak menulis dalam blog ni.hampir 4 tahun. Blog ni memang temanya campur2 lebih kepada penulisan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Kebelakangan agak jarang jari ni menulis. aku bukanlah blogger yang menulis untuk dapatkan pendapatan semata. tujuan aku menulis dulu banyak mengenai luahan hati aku sendiri. Aku kadang rasa blog ni macam diari aku kot. sebab banyak juga luahan hati dan perasaan dituliskan di dalam blog ini. blog ni usia dia dah lebih 10 tahun pun. dan aku pun jarang menulis. rasa takda siapa yang masih baca pun.  dan hari ini tergerak rasa nak menulis . ok nanti sambung...saja nak start engine.Sebab dah mula bosan dengan social media yang ada sekarang ni. aku rasa nak beralih semula kepada blog. sekian.

Apa dia blog?

Salam semua, Aku 'just' nak 'share' info dan bercerita sikit pasal topik ni dengan bloggers semua dan kawan-kawan yang berjinak2 nak mem'blogging'kan diri. Harap info ni berguna dan dapat membuka minda masing-masing. Setelah sekian lama baru aku terfikir apa dia blog ni?Lalu aku pun merajinkan diri mencari makna disebaliknya.(mcm buat research la..hehe) Aku tak pasti samada semua tahu dan paham dengan blog. Mungkin post kali ni agak bosan untuk dibaca dan kemungkinan besar takkan dibaca oleh sesiapa. Tapi aku harap 'bebelan' ini bermanfaat untuk semua.:).. Dah berapa hari xpost apa2 dan aku tiba2 terfikir nak post pasal topik ni.ok,mari kita mulakan..:) ......................................................................................................................................................................... Definisi : Blog adalah sejenis laman web yang dikendalikan sama ada individu, sekumpulan orang atau kadangkala organisasi untuk tujuan...

Check list keperluan ibu dan baby( newborns)

picture taken from here http://babyproductreviewszone.com/tag/free-baby-stuff/  Assalamualaikum semua... I ni semua checklist yang saya cedok daripada beberapa blog untuk ingatan dan tatapan diri sendiri.Juga boleh jadi reference untuk orang lain :) Senarai yang perlu dibawa oleh bapa / suami (PENTING) 1. GL @ surat jaminan majikan@ kad insurans* 2. Kad merah ibu mengandung* 3. Kad pengenalan ibu dan bapa* 4. Duit* 5. Rekod kesihatan* Keperluan bayi di hospital(PENTING) 1. Selimut dan tuala untuk bayi* 2. Beberapa helai kain lampin dan sapu tangan* 3. Beberapa helai pampers* 4. 3 - 4 helai pakaian baby* 5. Beberapa pasang sarung tangan dan kaki/mitten and booties* 6. topi baby / cover kepala baby* 7. Bedung/barut baby* 8. Alatan mandian baby* 9. Wet tissue- untuk lap baby* 10.Minyak telon* 11.Baby dipers * *Keperluan ibu/mama di hospital ( PENTING) 1. Tuala 2. Barang mandian ( berus gigi ,ubat gigi, pencuci muka, beda...