Skip to main content

1st appointment kkia

Assalamualaikum semua...

Saja nak share lagi harini..:)

Selesai Appointment KKIA Sg dua yang ambik masa 3 jam lebih harini legaa akhirnya dah register..Haha normallah tu kan 1st time datang buka buku baru.Sepatutnya aku bawak buku lama tu tapi tah kemana ku campakkan buku lama tu.Jadi kenalah ambik darah dan interview alamat dan maklumat peribadi sekali lagi..

Bagi yang belum pernah buka buku merah tu, actually nak buat buku merah ibu ni kena tengok alamat la.Bila kita pergi ke KKIA soalan pertama dia akan tanya, alamat? So sebelum pandai2 pergi tu lebih baiklah bertanya pada yang pakar i.e. ibu2 yang dah pernah mengandung .Lepas tu call jela KKIA yang terdekat dengan rumah ( make sure yang betul). Nanti kalau tak 'confirm'kan KKIA yang sepatutnya karang payah plak dan make sure jugak hari dan masa yang sesuai.

Kalau dekat KKIA SG dua tu hari isnin dan rabu la..Lepas ni taknak datang pagi dah..hehe buat penat je.So mengikut kata puan ita, digalakkan datang petang la.Sebelum dia beranak ni ada kemungkinan jumpa kot nooo?kihkih..

So berikut adalah flow bagi yang baru buka buku(KKIA sg dua jela..yang lain saya tatau tapi maybe hampir samalah kan)

1st : Pergi KKIA tu dulu ambik borang ujian UPT (urine) dan ambik nombor giliran.
2nd: Siap ujian ( mesti positif la,kalau negatif tatau la kena proceed ke x) bagi pada kaunter KKIA semula dan serahkan nombor giliran sekali. tunggu 30minit sebelum nama dipanggil.
3rd: Temuramah maklumat peribadi /kesihatan/ untuk buku baru.(15-30minit)
4th: Ambik darah untuk ujian hb/hiv/blood group(15minit)
5th:Timbang berat,tekanan darah dan tinggi.(10minit)
6th:Bawak darah untuk test (15minit)
7th: Check badan ( penyusuan,kaki, dan bg ubat)(30minit)
8th: Buat next appointment

siappp...

Kalau ikutkan next week ada appointment dekat PEARL MATERNITY sebab haritu ada scan dekat sana.Hurm..tapi xmampu la setiap kali kena bayo banyak sgt..Itu bagi saya la.Kalau yang mampu nak pergi private selalu silakanlah..huhuh saya xmampu.maybe next masa nak buat 3D/4D scan kita pergi yer ?

Sekarang dah 7w..harap baik2 saja..nak tunggu lagi 5 minggu...insyaALLAH..semoga dipermudahkan segalanya AMIN.

Sekian..

Comments

  1. Best best.. Nanti update lagi ek... =)

    ReplyDelete
  2. tahniah kak juli! insyaAllah sebaya lah baby kita nanti. jaga diri baik2 ye kak. put 13 w...

    ReplyDelete
  3. tula pasal sebayalah nampak gayanya insyaAllah..oh akak igtkan put dah 4 bulan.lebih kuranglah tu kan.hehe..so put bersalin lepas raya ek?

    ReplyDelete

Post a Comment

Comment

Popular posts from this blog

Tahun 2021 pun dah hampir habis.

 Assalamualaikum. Rasanya lama dah tak menulis dalam blog ni.hampir 4 tahun. Blog ni memang temanya campur2 lebih kepada penulisan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Kebelakangan agak jarang jari ni menulis. aku bukanlah blogger yang menulis untuk dapatkan pendapatan semata. tujuan aku menulis dulu banyak mengenai luahan hati aku sendiri. Aku kadang rasa blog ni macam diari aku kot. sebab banyak juga luahan hati dan perasaan dituliskan di dalam blog ini. blog ni usia dia dah lebih 10 tahun pun. dan aku pun jarang menulis. rasa takda siapa yang masih baca pun.  dan hari ini tergerak rasa nak menulis . ok nanti sambung...saja nak start engine.Sebab dah mula bosan dengan social media yang ada sekarang ni. aku rasa nak beralih semula kepada blog. sekian.

Apa dia blog?

Salam semua, Aku 'just' nak 'share' info dan bercerita sikit pasal topik ni dengan bloggers semua dan kawan-kawan yang berjinak2 nak mem'blogging'kan diri. Harap info ni berguna dan dapat membuka minda masing-masing. Setelah sekian lama baru aku terfikir apa dia blog ni?Lalu aku pun merajinkan diri mencari makna disebaliknya.(mcm buat research la..hehe) Aku tak pasti samada semua tahu dan paham dengan blog. Mungkin post kali ni agak bosan untuk dibaca dan kemungkinan besar takkan dibaca oleh sesiapa. Tapi aku harap 'bebelan' ini bermanfaat untuk semua.:).. Dah berapa hari xpost apa2 dan aku tiba2 terfikir nak post pasal topik ni.ok,mari kita mulakan..:) ......................................................................................................................................................................... Definisi : Blog adalah sejenis laman web yang dikendalikan sama ada individu, sekumpulan orang atau kadangkala organisasi untuk tujuan...

Menatang ni kalau gigit bisa woo

Disuatu pagi Hubby: Aduh sakitnya belakang ni pedih2..tukar cadar jelah mungkin cadar ni dah kotor. Wifey: Aah la kenapa merah sangat tu?hama kot Esoknya Wifey; Aduh sakitnya kat belakang jugak,mcm kena hama jugak ni..( rasa mcm charlie sbb penah nampak sekor) Hubby: Buh minyak gamat jela.. Wifey: Rasa mcm charlie dah ni sbb abg punya kesan merah merebak.. Aduh sapa kenal binatang ini?aku 1st time kenal masa dekat matriks kmpp di pongsu seribu.. Charlie namanya..gelemer gituw..alkisah masa dekat matrix aku mmg xpernah kena geget..Tapi ada la kawan2 sekuliah kene benda ni..dan dia pi geget kat muka je..Dahla yg kenanya tu budak2 lawa..kesian..memilih betui binatang ni. Ada mitos mengatakan dr cakap2 member sekuliah kata yg geget tu Charlie jantan..hehe..wallahualam. Masa belajar kat usm aku pernah kena bisa binatang ni masa nak exam 1st year. Habis belakang tengkuk aku kena bisa dia dan merebak hampir keseluruhan belakang badan. Housemate kata mgkin lebah sbb malam tu aku bunuh sekor l...