Skip to main content

Kereta vs Motor

Assalamualaikum semua..

Dugaan kami pada bulan ini adalah ketiadaan lagi satu kenderaan..Oh motor suamiku dicuri..Hilang lagi satu kenderaan kami.Kesian saya, suami dan baby.huhu.Motor kena curi di rumah kami sendiri.Kejadian adalah pada hari Jumaat sebelum cuti hari buruh yang lepas.Berkemungkinan terjadi diwaktu malam.Report polis sudah, management dan off course, tanya pak guard.Ternyata mereka seperti tidak tahu menahu atau buat tak tahu? wallahualam..InsyaALLAH insurans boleh claim.

Bila disurvey2, rupanya motor jenis ni memang diminati mat rempit rupanya.Ada yang cakap diorang curi.Lepas tu nak beli spare part xmampu maka dicuri motor lain dan buka habis motor tu dipasangnya dekat motor mereka.wallahualam saya tak tahu cerita ini benar atau tidak.Apapun malam itu, bersedihan jugalah saya mengenangkan nasib.Husband saya rileks dan xmampu nak sedih dah sebab ni dah kali ke-3.Dah lali..

foto taken from this website http://duniamoto.com/permotoran/kawasaki-ninja-krr-zx150/

Kisah motor ni, bila diberitahu pada rakan sekerja pasal motor ni tak de niat pun nak beli sebab menunjuk ke apa.Cuba teka harga motor ni bagi yang tak tahu..puluh ribu?? ternyata anda silap.RM9K yer..Motor LC kapcai  tu pun RM7-8K.Tujuan beli motor ni sebab husband saya kerja selalu outstation jauh2 makanya lebih selesa kalau naik motor yang berkuasa tinggi sedikit.Nak beli yang power giler cc 250 puluh ribu la kena ada kan?Kalau beli motor yang paling power pun takdelah harga beratus ribu macam kereta tu.Kira kalau motor kurang sikitlah harga nak banding kereta yang teramat power( Maaf xpandai komen banyak pasal motor, betulkan jika tersilap.)

Lagi satu masalah parking di rumah.Setiap resident hanya berkelayakan satu parking saja.Kalau parking dua kereta siaplah kena tampal.hehe.Lagi? keje tempat lain2 dan waktu bekerja berlainan .Husband masuk pukul 9-6.Saya normal la 8-5.Tempat kerja jauh.Maka adalah perlunya satu kenderaan setiap sorang..:)

 Rumahku Syurgaku.. Baiti Jannati..macam2lah halnya yer.Adakah itu petanda kami kena cari rumah lain? akan difikirkan.Kepingin jugak nak rumah atas tanah, ada laman, ada garage..Mampu ke?mampu?Dekat Pulau Pinang ni rumah atas tanah tiada yang semurah -murahnya dah.Semuanya kalau cantik2 tu half million kena ada yer.Kesian kami..

Mampu duduk di seberang pulau yang saya tengok boleh kata hari2 kawan saya duduk di sebelah sana mengeluh jem tanpa roti selalu.Katanya lah...Mampu ke kalau duduk atas tanah tahan dan bersedia dengan serangan haiwan perosak? seperti tikus? nyamuk? lalat? ( kalau jaga kebersihan insyaALLAH xde..)..Rumah yang sekarang ni orang kata punyalah dekat, kentut pun boleh dengar.

Dugaan...sekarang terpaksa datang kerja macam biasa,balik kerja paling lambat? Ko mampu ?hehe oh saya memang tak mampu.Dengan keadaan saya sekarang yang macamni.Surrender sudah...Biasa dulu kalau ada kereta, tengahari sure akan bersiar2 makan di luar bersama teman2.Sekarang mengharapkan rakan sekerja yang ada jela..hehe..Yang sorg lagi rakan sekerja pun menempuh dugaan sebab kereta beliau mengalami kemalangan.Rakan sekerja lagi sorang sudah berpindah ke tempat lain.Tinggallah mana yang ada.:)Rakan rapat lain tiada kenderaan, biasanya dengan saya juga.Oh sunyi sepi..bermadah plak :P..Rakan lain tiada ke?oh saya seorang yang pemalu katanya.Malu ker ego? ( ego pun ada sikit...hahahaha)...

Naiklah motor tumpang kawan yang bawak pergi kerja( tidak mendapat permisi . Maka haruslah mencari kenderaan baru.Tetapi harus bijak berbelanja dengan kehadiran orang baru ini.Alhamdulillah gaji 'gomen' naik sikit.Terima kasih kerajaan yang memerintah sekarang..( berbaur politik?)..Tak apalah kalau kerajaan baru lepas ni kasik up sikit lah dah komen banyak sangat prok prek prok prek kata yang sekarang mengampu lebih.hehe..Semoga encik suami naik pangkat jadi assistant manager tahun depan.InsyaALLAH rezeki baby .:)

Ini adalah list kereta yang sedang disurvey :)

KIA FORTE..RM70-90K
.
TOYOTA VIOS RM60-80K 
foto taken from http://www.toyota.com.my/vios/

Maaf saya tak tahu nak komen yang mana satu nak beli sebab saya bukan pakar permotoran atau kereta.hehe.Ini hanyalah impian sahaja.Kemampuan itu masih diletak di tangga teratas. Kalau tak mampu toksah nak berangan lebih, tapi tak salah rasanya berangan.Maybe model yang di atas tu diletakkan keutamaan yang pertama. :)InsyaALLAH kalau ada rezeki..

Untuk menutup kekurangan yang ada sekarang adalah berkemungkinan besar akan beli motor kapcai jela dulu...sekian..

'Bersusah susah dahulu, bersenang2 kemudian'akan pegang ayat di buat masa sekarang :)

p/s: masa eksiden dulu pun jalan kaki pergi kerja. Tapi sekarang tak tergamak sebab nak jaga keselamatan baby .

Sekian, wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Tahun 2021 pun dah hampir habis.

 Assalamualaikum. Rasanya lama dah tak menulis dalam blog ni.hampir 4 tahun. Blog ni memang temanya campur2 lebih kepada penulisan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Kebelakangan agak jarang jari ni menulis. aku bukanlah blogger yang menulis untuk dapatkan pendapatan semata. tujuan aku menulis dulu banyak mengenai luahan hati aku sendiri. Aku kadang rasa blog ni macam diari aku kot. sebab banyak juga luahan hati dan perasaan dituliskan di dalam blog ini. blog ni usia dia dah lebih 10 tahun pun. dan aku pun jarang menulis. rasa takda siapa yang masih baca pun.  dan hari ini tergerak rasa nak menulis . ok nanti sambung...saja nak start engine.Sebab dah mula bosan dengan social media yang ada sekarang ni. aku rasa nak beralih semula kepada blog. sekian.

Apa dia blog?

Salam semua, Aku 'just' nak 'share' info dan bercerita sikit pasal topik ni dengan bloggers semua dan kawan-kawan yang berjinak2 nak mem'blogging'kan diri. Harap info ni berguna dan dapat membuka minda masing-masing. Setelah sekian lama baru aku terfikir apa dia blog ni?Lalu aku pun merajinkan diri mencari makna disebaliknya.(mcm buat research la..hehe) Aku tak pasti samada semua tahu dan paham dengan blog. Mungkin post kali ni agak bosan untuk dibaca dan kemungkinan besar takkan dibaca oleh sesiapa. Tapi aku harap 'bebelan' ini bermanfaat untuk semua.:).. Dah berapa hari xpost apa2 dan aku tiba2 terfikir nak post pasal topik ni.ok,mari kita mulakan..:) ......................................................................................................................................................................... Definisi : Blog adalah sejenis laman web yang dikendalikan sama ada individu, sekumpulan orang atau kadangkala organisasi untuk tujuan...

Check list keperluan ibu dan baby( newborns)

picture taken from here http://babyproductreviewszone.com/tag/free-baby-stuff/  Assalamualaikum semua... I ni semua checklist yang saya cedok daripada beberapa blog untuk ingatan dan tatapan diri sendiri.Juga boleh jadi reference untuk orang lain :) Senarai yang perlu dibawa oleh bapa / suami (PENTING) 1. GL @ surat jaminan majikan@ kad insurans* 2. Kad merah ibu mengandung* 3. Kad pengenalan ibu dan bapa* 4. Duit* 5. Rekod kesihatan* Keperluan bayi di hospital(PENTING) 1. Selimut dan tuala untuk bayi* 2. Beberapa helai kain lampin dan sapu tangan* 3. Beberapa helai pampers* 4. 3 - 4 helai pakaian baby* 5. Beberapa pasang sarung tangan dan kaki/mitten and booties* 6. topi baby / cover kepala baby* 7. Bedung/barut baby* 8. Alatan mandian baby* 9. Wet tissue- untuk lap baby* 10.Minyak telon* 11.Baby dipers * *Keperluan ibu/mama di hospital ( PENTING) 1. Tuala 2. Barang mandian ( berus gigi ,ubat gigi, pencuci muka, beda...