Skip to main content

Half way to goo ..go go mama and baby..

Assalamualaikum..

Apakejadah update dengan title macam di atas..hehe

Dah separuh jalan lagi yer..Tak lama dah tu.sekarang dah masuk 5 bulan atau 20 weeks.Alhamdulillah syukur padamu ya ALLAH..Semoga baby pun dalam keadaan sihat walafiat hendaknya dalam perut ibunya ini.

Baby dah mula gerak2.Sebenarnya masa 17weeks dah rasa dah macam angin2 dalam perut.Tapi sekarang ? pergerakan dia semakin aktif :) Seronok dan gembira tak terhingga.Terutama bila ayah dia usik dia..Macam ada chemistry pulak kan..hehe.

Paling dia suka masa ayah dia usap dan bacakan surah yang 3 tu..al-fatihah, ayat kursi dan alam nashrah..

Tapi dapat detect time dah bila dia gerak. Pukul 5 petang mesti dia akan gerak.Macam sekarang ni pukul 6.27pm dia ada gerak jugak ni.Lasak yer kamu2 sebab ibu tengah tulis pasal kamu yer?hehe

Berat dah naik 6 kilo sepanjang mengandung..Ni baru 5 bulan.lagi 4.5 bulan? haiya..Tataulah ...mesti akan mencecah angka 70-an gitu..hehehe

Jantina? saya harap baby sihat , sempurna, cerdik dan pandai di dalam perut..

p/s: saya masih degil untuk minum anmum dengan jayanya dan makan kurma..hurmm..bilalah agaknya nak rajin2 ni..

daaa... :)

Comments

  1. juli, kita pun sama asek lupa mkn kurma.. kalu mknan lain cam coklat xpernah lupa lak hihi. moga semuanya sihat & selamat.. kita jarang buka blog.. byk dah tinggal cerita. malaih bebenor skang ni hihi

    ReplyDelete
  2. punyala berjanggut aku tggu update hg pasai baby.hehe.
    -2T-

    ReplyDelete
  3. fara: saya ni xmakan langsung..hehehe
    tuti: sabo2...nnt aku rajin aku update lg.terima kasih kerana sudi baca blog saya..hahaha

    ReplyDelete
  4. tak minum susu anmum pun xpa, but drink soya.. or amik pil kalsium..kat kk mmg dia x bagi pil calcium...minum susu tu sbb xnak kita kurg calcium sbb anak dah serap zat2 kita... btw, enjoy ur pregnancy.. (haneem)

    ReplyDelete

Post a Comment

Comment

Popular posts from this blog

Tahun 2021 pun dah hampir habis.

 Assalamualaikum. Rasanya lama dah tak menulis dalam blog ni.hampir 4 tahun. Blog ni memang temanya campur2 lebih kepada penulisan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Kebelakangan agak jarang jari ni menulis. aku bukanlah blogger yang menulis untuk dapatkan pendapatan semata. tujuan aku menulis dulu banyak mengenai luahan hati aku sendiri. Aku kadang rasa blog ni macam diari aku kot. sebab banyak juga luahan hati dan perasaan dituliskan di dalam blog ini. blog ni usia dia dah lebih 10 tahun pun. dan aku pun jarang menulis. rasa takda siapa yang masih baca pun.  dan hari ini tergerak rasa nak menulis . ok nanti sambung...saja nak start engine.Sebab dah mula bosan dengan social media yang ada sekarang ni. aku rasa nak beralih semula kepada blog. sekian.

Apa dia blog?

Salam semua, Aku 'just' nak 'share' info dan bercerita sikit pasal topik ni dengan bloggers semua dan kawan-kawan yang berjinak2 nak mem'blogging'kan diri. Harap info ni berguna dan dapat membuka minda masing-masing. Setelah sekian lama baru aku terfikir apa dia blog ni?Lalu aku pun merajinkan diri mencari makna disebaliknya.(mcm buat research la..hehe) Aku tak pasti samada semua tahu dan paham dengan blog. Mungkin post kali ni agak bosan untuk dibaca dan kemungkinan besar takkan dibaca oleh sesiapa. Tapi aku harap 'bebelan' ini bermanfaat untuk semua.:).. Dah berapa hari xpost apa2 dan aku tiba2 terfikir nak post pasal topik ni.ok,mari kita mulakan..:) ......................................................................................................................................................................... Definisi : Blog adalah sejenis laman web yang dikendalikan sama ada individu, sekumpulan orang atau kadangkala organisasi untuk tujuan...

Check list keperluan ibu dan baby( newborns)

picture taken from here http://babyproductreviewszone.com/tag/free-baby-stuff/  Assalamualaikum semua... I ni semua checklist yang saya cedok daripada beberapa blog untuk ingatan dan tatapan diri sendiri.Juga boleh jadi reference untuk orang lain :) Senarai yang perlu dibawa oleh bapa / suami (PENTING) 1. GL @ surat jaminan majikan@ kad insurans* 2. Kad merah ibu mengandung* 3. Kad pengenalan ibu dan bapa* 4. Duit* 5. Rekod kesihatan* Keperluan bayi di hospital(PENTING) 1. Selimut dan tuala untuk bayi* 2. Beberapa helai kain lampin dan sapu tangan* 3. Beberapa helai pampers* 4. 3 - 4 helai pakaian baby* 5. Beberapa pasang sarung tangan dan kaki/mitten and booties* 6. topi baby / cover kepala baby* 7. Bedung/barut baby* 8. Alatan mandian baby* 9. Wet tissue- untuk lap baby* 10.Minyak telon* 11.Baby dipers * *Keperluan ibu/mama di hospital ( PENTING) 1. Tuala 2. Barang mandian ( berus gigi ,ubat gigi, pencuci muka, beda...