Skip to main content

Bila dah jadi mak mak-SUSU

Assalamualaikum...

Sekarang baru ku tahu jadi mak mak ni bukan mudah ( anak baru sorang kot...)

Ingat senang jadi mak2? ( maaf atas keterlanjuran kata-kataku dulu sewaktu masih belum dikurniakan rezeki, maafkan saya...)

Banyak pengorbanan mak2 ni rupanya ( baru kutahu...dulu diriku tidak tahu..sekali lagi maafkan saya..)


Bab 1) SUSU

Terlebih dahulu nak mohon  maaf sekiranya apa yang bakal  diperkatan akan mengguris hati temen-temen yang dah lama menjadi ibu...( betul statement ni).

Seawal dr lepas bersalin...nak bg susu ibu ke susu fm? ( oh dulu diriku xambik tahu..yg ku tahu beli pam aja.orang beli pam aku pun beli..orang beli bf storage bottle aku pun beli tanpa study dulu..perlu ke?perlu ke?bila tak study betul2 itulah jadinya...)

Ingat susu senang keluar ?( igtkan senang..igtkan boleh pam sesuka hati macam susu lembu?hahahaha)
susu ibu atau susu fm ni banyak sangat perdebatan dan pandangan hebat...ada org ni susu banyak..org ni susu sikit..aku xde susu?

malu nak bg susu depan orang ? malas buka baju sua cik b? ...sebenarnya pilihan tu di tangan anda.takde betul atau salah.itu adalah subjektif point.apa2pun kita sendiri yang tahu dan menentukan apa yang terbaik untuk anak-anak kita..kalau nak kita usaha, tanak atau nak adalah pilihan kita.Takde sesiapa nak paksa atau bantah..anda buat anda dapat, xbuat xdapatlah.hehehe
Saya bukanlah orang yg dikurnikan susu melimpah ruah bagai di pam pam pam macam susu lembu tapi apa2pun saya akan cuba sebaik mungkin untuk anakanda tercinta....( cuba....)

Masa dalam pantang pun ada je macam2 kata2 yg boleh dropkan semangat ibu-ibu menyusu badan ni...tapi jiwa kena kental dan tegar.Kalau pada orang2 tua better senyum aja, sebab mereka lebih makan garam..tapi, sebenarnya kita sendiri yang kena decide untuk anak kita.Cuba kentalkan hati tapi jangan melawan ...
( cubaaaaa....).Ini ayat yang biasa saya dengar masa saya dalam pantang:

1) pam buat apa?melimpah ke? basah lencun ke baju? ( tak perlu melimpah sampai berkesan dekat baju pun nak kata susu banyak..xsemestinya begitu)
2) xbanyak pun susu tu..xmcm dot dot dot..( inilah benda yang paling ku xsuka bila dibanding2kan)
3) anak tu nangis xpuas susu tu...( baby dalam rahim 9bulan, bila dekat luar dia tak selesa..dalam rahim lebih selesa..menangis banyak sebab dan bukan hanya sebab susu sahaja..saya pun kurang paham haritu.bila dah buat study baru paham)
4) bagi air masak pada baby yer..( say no to air masak sebelum umur 1tahun.nanti saya letak article berkaitan untuk rujukan kalau rajin)
5) bagi jelah makan pada baby, xpuas susu tu ( 4bulan ke atas dah boleh dah tapi better 6 bulan.bergantung kepada bayi itu sendiri...nanti saya letak article kalau rajin.haha)

Walau apa2pun , apa yang terbaik untuk anak kita adalah pilihan kita, tiada salah dan betul.Bukan nak kata ibu yang bg fm tu buat teruk bak kata orang utara.Mungkin mereka ada sebab tersendiri.Itu adalah pilihan mereka dan pandangan mereka.Tiada salah tiada betul..Saya pun pernah kecundang bg fm masa pantang sbb baby kuning.Jadi saya bukanlah exclusive bfmom.Tapi selepas itu baru saya sedar..Apa2pun statement ini adalah selamanya betul:

moms milk is the best milk for our children.fullstop.:)

Saya sangat hormat pada ibu-ibu yang berjaya menyusukan anaknya dgn susunya sendiri sampai 2tahun ..Saya? baru 5 bulan.masih jauh perjalanan.stok pun ada la sikit je dalam peti tu.Doakan semoga saya berjaya yer.tq :) nanti sambung topik lain. Ni update sebab dah lama xupdate hehehe...

Comments

  1. tu le... baru tau kan..

    ReplyDelete
  2. Hehe julie..aku lg best..aku bf si iman brp mggu je kot oleh sbb prob2 yg xdpt disebutkan disini+xberusaha sgt sbb tau nk tgglkan dia lps tu..hehe..kdg2 jeles tgk org dpt susukan baby smpai 2thn..tp alhamdulillah bf ke fm ke Allah tu maha pengasih maha pemurah..dulu aku isau takut camna le si iman ni membesar ngn fm.tp alhamdulillah xdela prob2 beso stakat ni.
    -tuti-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu aku kata.. xde salah dan betul..semua mak2 nak yg terbaik untuk anak2..inshaALLAH ALLAH MAHA BESAR..:)

      Delete

Post a Comment

Comment

Popular posts from this blog

Tahun 2021 pun dah hampir habis.

 Assalamualaikum. Rasanya lama dah tak menulis dalam blog ni.hampir 4 tahun. Blog ni memang temanya campur2 lebih kepada penulisan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Kebelakangan agak jarang jari ni menulis. aku bukanlah blogger yang menulis untuk dapatkan pendapatan semata. tujuan aku menulis dulu banyak mengenai luahan hati aku sendiri. Aku kadang rasa blog ni macam diari aku kot. sebab banyak juga luahan hati dan perasaan dituliskan di dalam blog ini. blog ni usia dia dah lebih 10 tahun pun. dan aku pun jarang menulis. rasa takda siapa yang masih baca pun.  dan hari ini tergerak rasa nak menulis . ok nanti sambung...saja nak start engine.Sebab dah mula bosan dengan social media yang ada sekarang ni. aku rasa nak beralih semula kepada blog. sekian.

Apa dia blog?

Salam semua, Aku 'just' nak 'share' info dan bercerita sikit pasal topik ni dengan bloggers semua dan kawan-kawan yang berjinak2 nak mem'blogging'kan diri. Harap info ni berguna dan dapat membuka minda masing-masing. Setelah sekian lama baru aku terfikir apa dia blog ni?Lalu aku pun merajinkan diri mencari makna disebaliknya.(mcm buat research la..hehe) Aku tak pasti samada semua tahu dan paham dengan blog. Mungkin post kali ni agak bosan untuk dibaca dan kemungkinan besar takkan dibaca oleh sesiapa. Tapi aku harap 'bebelan' ini bermanfaat untuk semua.:).. Dah berapa hari xpost apa2 dan aku tiba2 terfikir nak post pasal topik ni.ok,mari kita mulakan..:) ......................................................................................................................................................................... Definisi : Blog adalah sejenis laman web yang dikendalikan sama ada individu, sekumpulan orang atau kadangkala organisasi untuk tujuan...

Check list keperluan ibu dan baby( newborns)

picture taken from here http://babyproductreviewszone.com/tag/free-baby-stuff/  Assalamualaikum semua... I ni semua checklist yang saya cedok daripada beberapa blog untuk ingatan dan tatapan diri sendiri.Juga boleh jadi reference untuk orang lain :) Senarai yang perlu dibawa oleh bapa / suami (PENTING) 1. GL @ surat jaminan majikan@ kad insurans* 2. Kad merah ibu mengandung* 3. Kad pengenalan ibu dan bapa* 4. Duit* 5. Rekod kesihatan* Keperluan bayi di hospital(PENTING) 1. Selimut dan tuala untuk bayi* 2. Beberapa helai kain lampin dan sapu tangan* 3. Beberapa helai pampers* 4. 3 - 4 helai pakaian baby* 5. Beberapa pasang sarung tangan dan kaki/mitten and booties* 6. topi baby / cover kepala baby* 7. Bedung/barut baby* 8. Alatan mandian baby* 9. Wet tissue- untuk lap baby* 10.Minyak telon* 11.Baby dipers * *Keperluan ibu/mama di hospital ( PENTING) 1. Tuala 2. Barang mandian ( berus gigi ,ubat gigi, pencuci muka, beda...