Skip to main content

SARAWAK continued...MAKAN2 TIME

Salam semua..

Bersiaran kembali setelah sekian lama menyepikan diri ini.First sekali nak cerita pasal makan.So, di Sarawak apa yang best untuk dimakan?Saya dah buat list sebenarnya untuk makan apa di sana.

1st.Laksa sarawak( my peberett)
2nd.Nak try umai
3rd...xtahu

Post kali ini cerita pasal makanan dulu la ye. Kalau kat Sarawak ni sebenarnya konpius juga bab nak makan apa ni.. sebab orang sana kan banyak percampuran budaya.So muka pun tengok macam nak sama je.Tatau nak membezakan ini muslim ke, iban ke,bidayuh ke,cina atau indonesia.sama ja...Alhamdulillah cik din dan kawan dia jadi 'guider' berjalan dan makan kat sana.
Tapi kalau nak makan depan waterfront tu agak mahal la juga.Kami makan di kedai fast food je kalau malam2..Lebih elok makan di seberang sungai..lagi best..hehe


1.Inilah minuman istimewa spesel di SARAWAK namanya TEH C PENG SPECIAL.Nama ni memang agak unik sebab C membawa maksud 3. Ada 3 layer ye kawan, atas teh, kedua susu dan ketiga gula apong.Gula apong ni memang ada di sana sahaja.Memang spesel...wah terasa mcm nk minum je lagi..wahhhh




2.Kek lapis.Macam-macam jenis ada, yang kebanyakan jual di kedai-kedai depan water front tu biasanya tak tahan lama dan tak guna butter.Ada beberapa kedai je yang guna butter.Kalau nak beli, pastikan beli jenis butter.Kalau tak, memang tak tahan lama.


3.Sayur midin ( paku pakis merah)sedap ni...menjilat jari.. di sana, diorang banyak makan sayur ni sebab memang banyak sangat.Lagi halus dan kecil lagi mahal tu..kangkung dengan bayam diorg sik ada sangat ya..


4.Udang black pepper.Disebabkan di sana banyak lada hitam dan itu memang hasil bumi di sana.Jadi, inilah hasilnya.Orang MALAYA( Semenanjung dalam bahasa sana) tak banyak masak mcm ni..hehe



5.Ayam penyet..Kalau dekat Johor pun ada ni.Ni asal usul makanan jawa @ kalimantan kot.Nasi , ayam berempah yang dipnyekkan, sayur tempe dan kacang lepas tu ada sambal tumis.slurpp..dap dap


6.Ini namanya LINUT.Mengikut katanya SITI( guider kami) LINUT ni ada nama lain.lupa la.Tapi cara makan dia adalah dengan mencampurkan sambal dgn sagu.Memang pedas..hot hot


7.MEE KOLOK..Mee mcm maggi digoreng kicap dan dimakan bersama sup kosong dan sambal.Macam Mee Ayam Indonesia.


8.MEE LAKSA SARAWAK..wah,..sedap gila. Saya amat sukakan ini.Ini rasanya mmg original dari sana kot.Besar kan udang tu?RM6 satu mangkuk tapi memang puas hati.


9.SUGARBUN( ni nama kedai).Dulu masa kemasukan KFC, diorg ada KFC sendiri namanya SUGARBUN.



10.UMAI..nampak tak kat tepi ikan belah kiri macam ada sambal kan.UMAI ni macam kerabu je tapi tak dimasak..sedap je.Biasanya dihidangkan dengan menggunkan makanan laut la..


Makanan lain?hurm..xdapat nak makan MEE JAWA dengan AYAM dalam buluh..huhu..lain kali la kot..Wish can go there again next time...

Continued with I BUY post next...

wassalam

Comments

Post a Comment

Comment

Popular posts from this blog

Check list keperluan ibu dan baby( newborns)

picture taken from here http://babyproductreviewszone.com/tag/free-baby-stuff/  Assalamualaikum semua... I ni semua checklist yang saya cedok daripada beberapa blog untuk ingatan dan tatapan diri sendiri.Juga boleh jadi reference untuk orang lain :) Senarai yang perlu dibawa oleh bapa / suami (PENTING) 1. GL @ surat jaminan majikan@ kad insurans* 2. Kad merah ibu mengandung* 3. Kad pengenalan ibu dan bapa* 4. Duit* 5. Rekod kesihatan* Keperluan bayi di hospital(PENTING) 1. Selimut dan tuala untuk bayi* 2. Beberapa helai kain lampin dan sapu tangan* 3. Beberapa helai pampers* 4. 3 - 4 helai pakaian baby* 5. Beberapa pasang sarung tangan dan kaki/mitten and booties* 6. topi baby / cover kepala baby* 7. Bedung/barut baby* 8. Alatan mandian baby* 9. Wet tissue- untuk lap baby* 10.Minyak telon* 11.Baby dipers * *Keperluan ibu/mama di hospital ( PENTING) 1. Tuala 2. Barang mandian ( berus gigi ,ubat gigi, pencuci muka, beda...

Menatang ni kalau gigit bisa woo

Disuatu pagi Hubby: Aduh sakitnya belakang ni pedih2..tukar cadar jelah mungkin cadar ni dah kotor. Wifey: Aah la kenapa merah sangat tu?hama kot Esoknya Wifey; Aduh sakitnya kat belakang jugak,mcm kena hama jugak ni..( rasa mcm charlie sbb penah nampak sekor) Hubby: Buh minyak gamat jela.. Wifey: Rasa mcm charlie dah ni sbb abg punya kesan merah merebak.. Aduh sapa kenal binatang ini?aku 1st time kenal masa dekat matriks kmpp di pongsu seribu.. Charlie namanya..gelemer gituw..alkisah masa dekat matrix aku mmg xpernah kena geget..Tapi ada la kawan2 sekuliah kene benda ni..dan dia pi geget kat muka je..Dahla yg kenanya tu budak2 lawa..kesian..memilih betui binatang ni. Ada mitos mengatakan dr cakap2 member sekuliah kata yg geget tu Charlie jantan..hehe..wallahualam. Masa belajar kat usm aku pernah kena bisa binatang ni masa nak exam 1st year. Habis belakang tengkuk aku kena bisa dia dan merebak hampir keseluruhan belakang badan. Housemate kata mgkin lebah sbb malam tu aku bunuh sekor l...

Tutorial untuk kak fuza..1

Salam.. Kena buat tutorial untuk kak fuza.Cian dia xleh nak post comment atau balas komen..ok mcmni cara dia. 1st: kena pastikan kita dah login dalam kita punya blogger account la.Ok, lepas tu kita buka blogpage yang kita nak komen.ok mcmni: 2) Ini blog page kak fuza, saya bukak entry memergi tesco extra. 3) Lepas tu saya nak komen, saya pergi dekat icon komen yang tunjuk angka #0comments.Saya klik dekat situ. 4) Lepas saya klik dia kuar screen macamni ye, ada kotak kosong untuk kita balas komen.Pastikan kita punya blogger id yang sama masa kita login pada kotak kecik dibawah. 5) ok sekarang saya dah tuliskan komen pada kotak komen tu. 6) Kemudian saya tekan post comments, tapi blog kak zura letak setting words verifications yang perlu saya isi sebelum comments tu dipostkan. kat sini words verification dia langrab. so kena isi dekat kotak dibawah perkataan tu. 7) ok .lepas dah tulis words verification, saya post comments sekali lagi.wallah siap..mudah kan?he...