Skip to main content

standing in between...








Salam siaran semua...


Kelabu je blog saya ni.sekelabu tuannya. akibat kekelabuan itu, maka saya coretkan.Tah ada sapa baca ke tak ni?hehehe.blog ni dah macam jadi blog emo..Sekejap tenggelam, sekejap timbul.Bila timbul je jadi tempat luahan perasaan je.Macam tuan punya ni takde keje lain?hehehe..Tapi tuan punya pun xpasti ada pembaca ke tidak? Sure dah lari...Itu xpenting, yang penting dapat memberi iktibar pada tuan punya sementelah membacanya di kemudian hari.hehehe

Pernah tak korang duduk di tengah2?duduk di tengah2 untuk membuat keputusan?Sangat susah ok.Apabila kedua2 perkara itu adalah penting dalam kehidupan.Kadang2 otak xdapat nak memproses apabila memikirkan kedua2 perkara. Kenapalah saya selalu kena macam ni?takdir.Apabila keputusan dibuat ada pulak rasa was-was..eeee..sangat tak elok ok?


Ce cite ce cite?

Kisah A- Dulu2 punya kisah, minta maaf ye suamiku buka cerita lama..hehe..

- Alkisah dahulu kala, saya kawan dgn a punyalah lama ,kemudian a buat hal, kawan dengan b, last xdapat buat keputusan antara a n b, last2 kawin dgn encik suami saya. Sebab apa ? yang di depan mata xnampak. Yang jauh2an itu ternampakkan.Anyway, doakan semoga perkahwinan ini diberkati oleh -NYA ke akhir hayat.

Yang lain2 lupey..tp memang ada banyak.

Dan recently sebab cerita ni la saya bukak entry ni ok?, my mam ajak g umrah sekali tapi sadly, clash pula dgn tarikh pergi conference ke USA yang macam haritu saya pergi.Tapi macam masa pergi USA haritu saya memang xfokus langsung.Main je banyak sebab xberapa nak ambik berat rasanya.Pergi dan melihat tapi biasalah kali pertama minda kita ni agak blur sikit.Jadi dah ada peluang kali kedua ni, macam nak grab opportunity ni untuk betul2 fokus dengan kerjaya. Sebab? xlama lagi bos akan pencen.Kemungkinan besar kena handle projek tahun depan. Jadi memang kena betul2 struggle in this 5 years ahead..otak plak makin beku.

Harap mam saya faham ye mam?. Tapi rasa agak terkilan jugak sebenarnya tak dapat pergi umrah..why?

1) as you can see i have a dream...a dream yang semua orang kawin dream la.perlu ke cerita lagi?karang bosan plak..SAYA NAK BABY JUGAKK...haha poyo sangat..( suara desperate kedengaran)..itulah status yang nak letak dekat FB tapi segan.Blog xpa, xramai orang baca pun.hehe..

2) Nak berdoa + beribadat dekat denganNYA..yela bila2 masa boleh dipanggil kepangkuan-NYA.dosa bertimbun2..orang dah bagi peluang ko taknak.mati katak sok baru tau..

3) USA dah pergi daa..dahla duk dalam fligth lama satu hari..nak pergi lagi?hehehe..dey bukan pergi berjalan ye.pergi bekerja.Takla best sangat pun.

At the end, keputusan mesti satu. Tiada dua, tiada 3,hanyalah kamu. Saya memberatkan keputusan ke USA.Mesti ada orang kata saya buat keputusan tak patut..tak patut. Tapi itulah dah tak ada rezeki.. Terimalah seadanya..

Ni info pasal membuat keputusan:

( http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/MEMBUATKEPUTUSAN.php )

lagi..sila baca untuk info kawan2..wallahualam

Apa itu membuat keputusan?


-Membuat keputusan adalah membuat satu pilihan untuk mencapai satu matlamat
-Membuat pilihan yang baik secara konsisten adalah kunci kejayaan dalam kehidupan
-Kadangkala membuat keputusan adalah sesuatu yang sukar, oleh itu elakkan dari mengambil keputusan secara terburu-buru
-Membuat keputusan adalah satu cara untuk mengubah kehidupan anda
-Tiada sesiapa yang boleh membuat keputusan yang tepat pada setiap masa, tetapi dengan membentuk kemahiran membuat keputusan di dalam diri, kejayaan anda dapat dipertingkatkan
-Apakah yang mempengaruhi anda membuat keputusan?Pemikiran dan emosi individu

Keputusan anda banyak dipengaruhi oleh emosi semasa anda membuat keputusan. Emosi anda mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku anda. Bila anda mengalami emosi positif, anda akan tercenderung untuk memandang rendah emosi negatif akibat dari tindakan anda itu. Apabila anda mengalami emosi negatif, anda akan lebih cenderung untuk fokus kepada masa yang terdekat dan hilang gambaran keseluruhannya.Setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk membuat keputusan.


Ada yang gemar mengumpul maklumat sebelum membuat keputusan
Ada yang bergantung kepada rasa hati dan terus membuat keputusan
Ada juga yang sering mengubah keputusan mereka sehingga menyebabkan mereka sering kali tidak dapat membuat keputusan

Sudut pandangan islam: (Artikel asal bertajuk "Fitnah Petunjuk Istikharah" dari http://www.saifulislam.com/)

KESIMPULAN
1. Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan. Was-was adalah permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang mengundang bahaya.

2. Dalam hal-hal yang tiada keraguan dalam membuat pilihan keputusan, ia tidak berhajatkankepada Istikharah.

3. Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan diri untuk melihat buruk baiknya.

4. Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus beristikharah.

5. Pada perkara yang sukar untuk dibuat keputusan, beristikharahlah kepada Allah mengikut kaifiyat Solat Istikharah dan Doa yang Ma’thur daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

6. Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan.

7. Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh dipercayai kewibawaannya.

8. Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan. 9. Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana ia sangat terbuka kepada belitan Iblis.

10. Jauhi Bid’ah dan Syirik.

11. Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.

12. Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.

13. Istikharah terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam ruang lingkupkeharusan Syara’ dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh.

14. Rujuklah kitab-kitab Fiqh serta panduan Sunnah dalam urusan Istikharah serta ibadah-ibadah yang lain.

15. Melakukan ibadah dengan hanya berpandukan hearsay adalah pintu kebinasaan dalam beragama.

p/s: semoga dapat memberi iktibar di kemudian hari kepda diri ini dan sapa2 yang baca blog ni..semoga perjalanan umrah ziarah mam ku akan selamat dan diberkatinya ( doakan saya ye mam..)

the end.....puff..lama xupdate panjang jela.padan muka.

Comments

  1. if im in ur shoes.... i definitely pilih umrah and i know u know why kan.. :)

    ReplyDelete
  2. yup...mmgla..i just need to look it from every aspect in my life..

    ReplyDelete

Post a Comment

Comment

Popular posts from this blog

Check list keperluan ibu dan baby( newborns)

picture taken from here http://babyproductreviewszone.com/tag/free-baby-stuff/  Assalamualaikum semua... I ni semua checklist yang saya cedok daripada beberapa blog untuk ingatan dan tatapan diri sendiri.Juga boleh jadi reference untuk orang lain :) Senarai yang perlu dibawa oleh bapa / suami (PENTING) 1. GL @ surat jaminan majikan@ kad insurans* 2. Kad merah ibu mengandung* 3. Kad pengenalan ibu dan bapa* 4. Duit* 5. Rekod kesihatan* Keperluan bayi di hospital(PENTING) 1. Selimut dan tuala untuk bayi* 2. Beberapa helai kain lampin dan sapu tangan* 3. Beberapa helai pampers* 4. 3 - 4 helai pakaian baby* 5. Beberapa pasang sarung tangan dan kaki/mitten and booties* 6. topi baby / cover kepala baby* 7. Bedung/barut baby* 8. Alatan mandian baby* 9. Wet tissue- untuk lap baby* 10.Minyak telon* 11.Baby dipers * *Keperluan ibu/mama di hospital ( PENTING) 1. Tuala 2. Barang mandian ( berus gigi ,ubat gigi, pencuci muka, beda...

Menatang ni kalau gigit bisa woo

Disuatu pagi Hubby: Aduh sakitnya belakang ni pedih2..tukar cadar jelah mungkin cadar ni dah kotor. Wifey: Aah la kenapa merah sangat tu?hama kot Esoknya Wifey; Aduh sakitnya kat belakang jugak,mcm kena hama jugak ni..( rasa mcm charlie sbb penah nampak sekor) Hubby: Buh minyak gamat jela.. Wifey: Rasa mcm charlie dah ni sbb abg punya kesan merah merebak.. Aduh sapa kenal binatang ini?aku 1st time kenal masa dekat matriks kmpp di pongsu seribu.. Charlie namanya..gelemer gituw..alkisah masa dekat matrix aku mmg xpernah kena geget..Tapi ada la kawan2 sekuliah kene benda ni..dan dia pi geget kat muka je..Dahla yg kenanya tu budak2 lawa..kesian..memilih betui binatang ni. Ada mitos mengatakan dr cakap2 member sekuliah kata yg geget tu Charlie jantan..hehe..wallahualam. Masa belajar kat usm aku pernah kena bisa binatang ni masa nak exam 1st year. Habis belakang tengkuk aku kena bisa dia dan merebak hampir keseluruhan belakang badan. Housemate kata mgkin lebah sbb malam tu aku bunuh sekor l...

Tutorial untuk kak fuza..1

Salam.. Kena buat tutorial untuk kak fuza.Cian dia xleh nak post comment atau balas komen..ok mcmni cara dia. 1st: kena pastikan kita dah login dalam kita punya blogger account la.Ok, lepas tu kita buka blogpage yang kita nak komen.ok mcmni: 2) Ini blog page kak fuza, saya bukak entry memergi tesco extra. 3) Lepas tu saya nak komen, saya pergi dekat icon komen yang tunjuk angka #0comments.Saya klik dekat situ. 4) Lepas saya klik dia kuar screen macamni ye, ada kotak kosong untuk kita balas komen.Pastikan kita punya blogger id yang sama masa kita login pada kotak kecik dibawah. 5) ok sekarang saya dah tuliskan komen pada kotak komen tu. 6) Kemudian saya tekan post comments, tapi blog kak zura letak setting words verifications yang perlu saya isi sebelum comments tu dipostkan. kat sini words verification dia langrab. so kena isi dekat kotak dibawah perkataan tu. 7) ok .lepas dah tulis words verification, saya post comments sekali lagi.wallah siap..mudah kan?he...