Skip to main content

PUASA...AHLAN WA SAHLAN..YA RAMADHAN.


Banyak orang mengucapkan salam Ramadhan, tapi diriku yang sedikit lambat .Harini dah hari ke 5.Syukur sebab ada peluang lagi merasai nikmat berpuasa pada tahun ini.Tapi tahun ni lain sikit lah dengan berbadan dua nya.Hopefully dapat meneruskan puasa sampai habis..Amin..:) Harap sangat tak tinggal puasa. Kalau ikut dah lama tak pernah puasa penuh ( xbesa penuh pun.hehehe).

Saya saja nak cerita sikit pengalaman masa saya mula-mula berpuasa dulu masa kecik-keciklah kan.Tataulah pengalaman orang lain sama atau tak dengan saya.

Pengalaman berpuasa pertama: 
Saya mula puasa kalau diingatkan kembali masa tadika kot.Tapi puasa sekerat hari je.Lepas tu tak puasa dah.Lepas tu masa darjah satu dapat dalam sehari penuh je.Lain yang yang yok bak kata orang tue.Biasalah budak kecik.Puasa betul-betul senonoh sikit masa darjah 3 dapatlah dalam 20 hari lebih.Paling tak boleh lupa masatu, saya suka sangat berbuka dengan murtabak dan susu dan juga kuih 'lompat tikam'.Pergh ini memang menu terbaik yang kena ada waktu berbuka.( budak kecik yang demand ngada2).

Baru2 ni tengok banyak rancangan dalam tv dan pandangan beberapa orang tokoh tentang budak kecik yang berpuasa. Ada segelintir tokoh ni kata yang sepatutnya ajar anak sembahyang dulu barulah diajar berpuasa.Bila fikir balik betul jugak.Sembahyang tiang agama dan perkara yang selalu dilakukakan dalam rutin seharian.Kalau Puasa pulak, sekali setahun.Wallahualam.Apa-apapun pendidikan agama itu penting sedari daripada dalam rahim lagi.InsyaALLAH .:)

Menu berbuka?
Oh saya belum pergi bazaar Ramadhan lagi setakat dalam 5 hari ni.Setakat ni masih ada kerajinan lah untuk memasak :). Cuma husband jela ada pergi 2,3 kali dalam misi mencari murtabak sedap dan menetapi citarasa kami.Setakat ni murtabak duk ada belum lagi menepati.Rindu murtabak pakcik yang jual kat bazaar ramdhan di kampungku.Apa-apa pun, puasa belum separuh jalan, masih ada masa.hehe.Ker ada sapa nak bg suggestion murtabak terbaekk ( yg area penang sahaja laa.)akpe, misi belum habis lg.Lain2 , ada la beli air soya kat Gelugor (maneh yang amat!!!) dan ke restoran kapitan mencari nasi briyani( mengidam..huhu).alhamdulillah sedang meningkatkan usaha untuk mengurangkan pembaziran yang acap kali berlaku pada tahun-tahun sebelumnya..

Lain2
Lega sangat kalau nak pi tarawih  pergi surau dekat rumah je.Tak payah susah2 nak kalut cari parking dan tergesa-gesa lepas berbuka.Masih ada masa untuk berehat di sofa sebentar selepas berbuka lepas tu boleh turun je lah ke bawah..Kalau jalan kaki pun boleh tapi turun ikut tangga daripada tingkat 15.Mampu? saya xmampu.Bukan sebab perut yang boyot sahaja ditambah pula dengan perut yang penuh.hehe

Wassalam..
selamat berpuasa, beribadat, memperbaiki diri, dan jangan lupa berdoa pada waktu waktu afdal iaitu pada waktu berbuka dan bersahur .( kalau ada lg waktu lain sila bgtau saya,saya pun jahil ).Pesanan ni buat diri sendiri juga sebab saya pun manusia ,manusia kan asal daripada perkataan lupa.

Akhir sekali, jgn ponteng puasa ye semua :)


P/S:
Buat TUTI. aku sangat kesian kat hang kena posa 18 jam sehari...huhu kalau aku sure terbongkang dah.Sangat salute dengan ketabahan hang yang duk merantau jauh demi meneruskan cita-citamu ituerr..Wei lain kali mai Penang ka USM jangan sat-sat sangat tak pernah dan nak pi lunch sekali langsung..hush..

Comments

  1. selamat berpuasa juli! semoga ibu dan baby sihat sihat sahaja sepanjang ramadhan ini.. :)

    ReplyDelete
  2. hehe..aku puasa 18jam.so far ok lg tp kene telan nasi byk2..berat aku dh tggl 42kg..mmg bagus utk berdiet puasa kt cni.hehe..tp lps ry kompem kmbali ke brt normal
    -TUTI-

    ReplyDelete

Post a Comment

Comment

Popular posts from this blog

Check list keperluan ibu dan baby( newborns)

picture taken from here http://babyproductreviewszone.com/tag/free-baby-stuff/  Assalamualaikum semua... I ni semua checklist yang saya cedok daripada beberapa blog untuk ingatan dan tatapan diri sendiri.Juga boleh jadi reference untuk orang lain :) Senarai yang perlu dibawa oleh bapa / suami (PENTING) 1. GL @ surat jaminan majikan@ kad insurans* 2. Kad merah ibu mengandung* 3. Kad pengenalan ibu dan bapa* 4. Duit* 5. Rekod kesihatan* Keperluan bayi di hospital(PENTING) 1. Selimut dan tuala untuk bayi* 2. Beberapa helai kain lampin dan sapu tangan* 3. Beberapa helai pampers* 4. 3 - 4 helai pakaian baby* 5. Beberapa pasang sarung tangan dan kaki/mitten and booties* 6. topi baby / cover kepala baby* 7. Bedung/barut baby* 8. Alatan mandian baby* 9. Wet tissue- untuk lap baby* 10.Minyak telon* 11.Baby dipers * *Keperluan ibu/mama di hospital ( PENTING) 1. Tuala 2. Barang mandian ( berus gigi ,ubat gigi, pencuci muka, beda...

Menatang ni kalau gigit bisa woo

Disuatu pagi Hubby: Aduh sakitnya belakang ni pedih2..tukar cadar jelah mungkin cadar ni dah kotor. Wifey: Aah la kenapa merah sangat tu?hama kot Esoknya Wifey; Aduh sakitnya kat belakang jugak,mcm kena hama jugak ni..( rasa mcm charlie sbb penah nampak sekor) Hubby: Buh minyak gamat jela.. Wifey: Rasa mcm charlie dah ni sbb abg punya kesan merah merebak.. Aduh sapa kenal binatang ini?aku 1st time kenal masa dekat matriks kmpp di pongsu seribu.. Charlie namanya..gelemer gituw..alkisah masa dekat matrix aku mmg xpernah kena geget..Tapi ada la kawan2 sekuliah kene benda ni..dan dia pi geget kat muka je..Dahla yg kenanya tu budak2 lawa..kesian..memilih betui binatang ni. Ada mitos mengatakan dr cakap2 member sekuliah kata yg geget tu Charlie jantan..hehe..wallahualam. Masa belajar kat usm aku pernah kena bisa binatang ni masa nak exam 1st year. Habis belakang tengkuk aku kena bisa dia dan merebak hampir keseluruhan belakang badan. Housemate kata mgkin lebah sbb malam tu aku bunuh sekor l...

Tutorial untuk kak fuza..1

Salam.. Kena buat tutorial untuk kak fuza.Cian dia xleh nak post comment atau balas komen..ok mcmni cara dia. 1st: kena pastikan kita dah login dalam kita punya blogger account la.Ok, lepas tu kita buka blogpage yang kita nak komen.ok mcmni: 2) Ini blog page kak fuza, saya bukak entry memergi tesco extra. 3) Lepas tu saya nak komen, saya pergi dekat icon komen yang tunjuk angka #0comments.Saya klik dekat situ. 4) Lepas saya klik dia kuar screen macamni ye, ada kotak kosong untuk kita balas komen.Pastikan kita punya blogger id yang sama masa kita login pada kotak kecik dibawah. 5) ok sekarang saya dah tuliskan komen pada kotak komen tu. 6) Kemudian saya tekan post comments, tapi blog kak zura letak setting words verifications yang perlu saya isi sebelum comments tu dipostkan. kat sini words verification dia langrab. so kena isi dekat kotak dibawah perkataan tu. 7) ok .lepas dah tulis words verification, saya post comments sekali lagi.wallah siap..mudah kan?he...