Skip to main content

Cerita kelahiran kamu airis fatiha part 2

Sambungan......

15 Oktober 2012

Sebelum admit tu balik dulu rumah dekat Paya Kechik makan ikan patin..kempunan woo kalau xmakan. Sebab? lepas bersalin kena pantang lama baru boleh makan semula..sebab? err kan ikan berbisa..
Jam 2.30 pm admit wad kenanga Hoshas.Mulanya patut masuk Wad Kenanga 3.Fullhouse.Makanya masuklah Wad kenanga 4.Register bagai semua dekat kaunter, lebih kuerang pukul 4 pm dapat katil tepi tingkap.Saya tak request yang bilik pun.Ntahlah kenapa masatu rasa macam taknak duduk dalam bilik.takut hehehe..Dekat open space tu ada 6 katil, memang luas dan selesa pun even bukan 1st class.Hoaspital baru mcm tula..toilet pun dekat.selang satu katil saya ada ibu muda, umur 18tahun.Admit sebab air ketuban dia dah terkeluar awal ( 32minggu)..So kena tahan.Katil menghadap saya di sebelah depan ada seorang perempan Vietnam duduk Bentong.Pregnant kembar, seksa je tengok huhhu.. 

Oklah lepas dah admit tu, doc check degupan jantung baby.Mula2 denyutan jantung baby tak stabil.Mungkin saya yang nervous kot.Sampai 2kali dia buat test tu.Kali kedua stabil.Lepas check jantung, doc datang scan perut.Masih ingat lagi nama doc tu.Doc Misha..Comel sangat doc nyer..hehe..Masa scan tu doc estimate berat baby 3.4kg.Dia kata big baby.Kepala besar.Kalau nak buat urutan perut atau cuba normal memang dah tak boleh.berisiko....Doc buat keputusan kena ceaser.Punyalah berdebar..huhu

Tak lama lepas tu, ada sorang doc melayu perempuan datang untuk bagi saya sign borang kebenaran untuk dibedah.Bila dah sign tu, memang dah kena preparelah untuk dibedah.Doc datang cucuk lubang/urat jari untuk persedian masukkan air. Doc yang cucuk lubang tu punyalah ganas,,terutama doc perempuan melayu tu.Sampai 2-3kali cucuk tak dapat2 urat.huhu..Bengkak habis tangan.Ada seorang lagi doc yang monitor saya , doc Faiz Aslam.Senang ingat nama doc ni sebab dia yang selalu buat rondaan dekat patient. Saya diarahkan berpuasa pada malam tu start daripada pukul 12malam dan diberitahu operation start pagi esok.Hubby datang petang tu bagi semangat sikit.huhu.

Lepas dah kena cucuk tangan bagai tu, punya seksa nak mandi, nak makan dan bergerak, nak sembahyang...Hurm berkenaan bab2 aurat dekat hospital ni..Boleh sesiapa terangkan x? saya pun bukanlah bagus sangat tapi saya cuba sedaya upaya jaga jgak walau dalam keadaan sakit.eh tukar topik plak..hehe

Bila dah tau kena puasa, malam tu saya minum air sampailah tepat2 jam 12.Lepas tu tidoo.heheh

16 Oktober 2012

Jam 6.30 pagi, ada sorang misi bawak baju bedah.Dia suruh tukar siap2.Baju bedah tu seksi kot..Singkat dan lubang dekat belakang.Err..saya tukar baju tu pukul 7 tapi masih pakai lagi pakaian lain la sebab seksi.huhu..Pukul 8 hubby datang melawat sekejap..tapi lepas tu kena hambat dengan mak guard hehe.Tunggu punya tunggu dengan perut yang lapor, jam dah pukul 1.Sembahyang dulula.Elok2 keluar toilet, misi suruh bersiap2 masuk bilik bedah.Tak dan nak sembahyang zuhur.Hubby ada masatu, mak dan adik bongsu pun ada.Adoi cuaknya..Siap2 pakai baju bedah tu elok misi tolak .Hubby , mak dan adik tunggu dekat luar operation room.Dalam hati duk pujuk pasrah2..Sekejap jer.Nanti habislah.Daripada wad kenanga saya ditolak dengan katil ke operation room.Dekat luar OT ada seorang staff nurse tgah tunggu.Lengkap pakai baju bedah macam cerita scrub tu.Saya dialihkan ke katil lain.Masuk OT , saya diletakkan dekat satu sudut sebelum masuk OT.Doc dan misi ambik keterangan dan tanya untuk apa semua.Ni untuk pastikan tahap kesedaran saya kot.Takut pengsan ke apa.hehe Yang tak boleh lupa ada seorang Doc lelaki ni, mai interview dengan muka bosan dan xlarat.Hui dalam hati duk kata janganlah doc ni wat sambil lewa je..

Siap duk situ dalam 10 minit dan ditayangkan,saya dimasukkan ke OR.hati berdebar tuhan je tahu.Lead MO doc lelaki huhu.Ingatkan doc misha yang comei tu.Saya kira2 ada lebih kurang 5 orang dalam tu, 1 lead MO, 2 MO lain,1 MA lelaki, 1 Nurse.Saya pada mulanya dibaringkan.Doc perempuan nak cucuk belakang untuk masukkan ubat kebas..Kebas separuh badan sahaja..huhu masatu dah togel dah..adei...malu siottttt...belasah jela..ternoda I..Doc baringkan semula..Lepas tu doc ambik penutup mata dia tutup mata.Doc test sakit ke tak dengan satu benda tajam sampailah kaki rasa kebas tak boleh angkat...Lepas tu saluran kencing pulak dimasukkan..adoii pedihhh..Selesai semuanya tu,saluran oksigen dimasukkan dekat hidungt.Maybe incase takut pengsan kott..

Sebelum bermula, doc ada cakap lebih kurang macamni 

puan,kami akan mulakan operation ceasarean..Masa dia cakap tu, segala macam ayat duk kumat kamit.Perut memang xrasa sakit.Cuma duk rasa ada orang duk 'kebalakan' perut kitala.Gedebuk2 gedebek gedebak rasanya.Dalam jgka masa 10-15 minit baby keluar kot sebab dengar baby nangis.Doc bagitau puan dah selamat melahirkan.Lepas dah habis nangis, misi bawak baby ke tepi saya dah dia tunjuk ,puan, cuba tengok anak puan dan misi bagi cium.Dalam hati duk kata ooooo ini ker budaknya yang duk dalam perut selama ni..heheh..no expression at all.

Dalam pada tu, doc tengah sibuk menjahit luka, gedebuk gedebek gedebak.Dah siap jahit, saya dibawa ke tempat persedian dekat luar operation yang masa mula2 saya masuk tadi. Doc examine saya sekali lagi untuk tengok kestabilan rasanya.Masatu perut terasa kempis dan masih kebas, kepala pening dan mamai.Muka pulak rasa gatal.Effect ubat lah tu.Kemudian bermulalah episod menyusu bayi yang pertama.Alhamdulillah baby dapat latch masatu juga atas pertolongan misi.

Pukul 4 saya ditolak keluar dari OR dengan baby dan dibawa semula ke wad kenanga 4..sambung lagi yeee

Comments

  1. ooo camtu ke proses ceaser....means ko rs la ek mase perut kene belah tu.......

    ReplyDelete
  2. aku rasa ada orang tengah wat sesuatu kat perut aku..tapi xsakit

    ReplyDelete
  3. first time baca experience bersalin ceaser yg details.. huhu.. cam lagi takut jer... alhamdulillah semua selamat.. eesya dulu songsang jugak sampai 38 weeks.. pastu check minggu 39 dia dah pusing sendiri..

    ReplyDelete

Post a Comment

Comment

Popular posts from this blog

Tahun 2021 pun dah hampir habis.

 Assalamualaikum. Rasanya lama dah tak menulis dalam blog ni.hampir 4 tahun. Blog ni memang temanya campur2 lebih kepada penulisan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Kebelakangan agak jarang jari ni menulis. aku bukanlah blogger yang menulis untuk dapatkan pendapatan semata. tujuan aku menulis dulu banyak mengenai luahan hati aku sendiri. Aku kadang rasa blog ni macam diari aku kot. sebab banyak juga luahan hati dan perasaan dituliskan di dalam blog ini. blog ni usia dia dah lebih 10 tahun pun. dan aku pun jarang menulis. rasa takda siapa yang masih baca pun.  dan hari ini tergerak rasa nak menulis . ok nanti sambung...saja nak start engine.Sebab dah mula bosan dengan social media yang ada sekarang ni. aku rasa nak beralih semula kepada blog. sekian.

GA 1st Year Blog Anniversary | aryshafayyadh.blogspot.com

Syarat2 Penyertaan : 1.  . Follow Page FB BloggerUtara ( WAJIB ) : BloggerUtara 2. Follow BLOG semua PENAJA ( WAJIB ) : aryshafayyadh  |  Kasihku Amani  |  Mrs Secretary  |  Dunia Zumal  |  Murni Alysa  |  Husna Zahidi  |  Cerita Orang Bujang  |  Fatimah Nabila  |  gnisnuy  |  Permata Biru  |  Arzmoha  |  Tasha Qisha  |  Hikayat Budak Pening  |  Yan Ty  |  Zai Zamree  |  Kira Sakura  |  Arwendanish  |  Siti Nurzafirah  |  Siti Sharini  |  Mia Zain  |  Cik Ash 3. Follow IG semua PENAJA (bagi yang ada) : @arysha_fayyadh  |  @zumal84  |  @murni.alysa  |  @dearhusnaaa  |  @cikpinz  |  @timmmbill  |  @gnisnuy  | @arzmoha  |  @tashaqishaofficial  |  @yantlee  |  @zai_zamree  |  @syakirayaakub |  @el_darwena  |  @zafirahkama  |  @mia_mzain  |  @sha_shikin 4. Follow Page FB  (bagi yang ada)   :  Mrs.Secretary Blog | Hikayat Budak Pening | SitiPrudentialWealthPlanner 5. Buat ENTRY bertajuk : GA 1st Year Blog Anniversary | aryshafayyadh.blogspot.com

Check list keperluan ibu dan baby( newborns)

picture taken from here http://babyproductreviewszone.com/tag/free-baby-stuff/  Assalamualaikum semua... I ni semua checklist yang saya cedok daripada beberapa blog untuk ingatan dan tatapan diri sendiri.Juga boleh jadi reference untuk orang lain :) Senarai yang perlu dibawa oleh bapa / suami (PENTING) 1. GL @ surat jaminan majikan@ kad insurans* 2. Kad merah ibu mengandung* 3. Kad pengenalan ibu dan bapa* 4. Duit* 5. Rekod kesihatan* Keperluan bayi di hospital(PENTING) 1. Selimut dan tuala untuk bayi* 2. Beberapa helai kain lampin dan sapu tangan* 3. Beberapa helai pampers* 4. 3 - 4 helai pakaian baby* 5. Beberapa pasang sarung tangan dan kaki/mitten and booties* 6. topi baby / cover kepala baby* 7. Bedung/barut baby* 8. Alatan mandian baby* 9. Wet tissue- untuk lap baby* 10.Minyak telon* 11.Baby dipers * *Keperluan ibu/mama di hospital ( PENTING) 1. Tuala 2. Barang mandian ( berus gigi ,ubat gigi, pencuci muka, bedak,lo