Skip to main content

Sabah-anniversary ke 4 27-30 Mac 2013

Assalamualaikum ..

Baru dan nak update pasal sabah.Kali ni malas nak buat part part.Sat lagi cerita tak dan nak habis.
Sebenarnya dah lama kami berdua nak ke Sabah.Macam tahun lepas kalau sesiapa ada terbaca, kami memang dah planning daripada tahun 2011.Konon nak naik kinabalu.Siap training bagai.Tapi apakan daya, cik airis dah melekat hehehe..alhamdulillah rezeki.So postponelah nak ke Sabah ke tahun 2013 pada tarikh anniversary.Planning punya planning tu dia kami pergi masa anniversary.Sejak 2nd anniversary memang dah wajib sangat kena pergi celebrate ke mana2.Tahun depan tatau lagi, macam planning nak pergi umrah.Tapi ni pun kursus tak pergi lagi, nak main redah?hehehe..Ok..meh nak start cerita.

So far vacation kali ni boleh bagi markah 3/5.Sebab? tak berapa nak reti manage masa dan susun tempat.

Kesimpulan:

1) Budget:

Flight) Sebenarnya kami tak buat budget pun..Kira main redah dah kira berapa nak bayar bayar jela.Malas nak budget2 sebab buat sakit hati je..hahaha sebab? tahun lepas dah burn rm2k kot both untuk ke Sabah dan Krabi.So, flight kali ni memang bukan yang free seat or whatever promotion.Beli normal rate untuk kami bertiga beranak lebih kurang rm1400++ pergi dan balik.

Hotel) Ni pun malas nak berkira nak duduk yang paling selesa dan termampu.1st day duduk dekat Grand Borneo Hotel bilik superior RM200++, 2nd day Kundasang Pine Resort RM200++ dan 3rd day Le Meridian RM300++.Duduk bagi nak puas hati..dan alhamdulillah semua puas hatilah.Dan yang paling best adalah yang last day tu..hehe :)

Sewa Kereta)Sewa toyota vios plet perak?hahah tetiba je plat perak..for 4 day RM600.Puas hati tapi brek dia macam kena tekan kuat sikit.

Makan ) Rasanya makan dalam RM100-RM150 sbb breakfast hotel dah provide.Cuma kena cari makan untuk lunch dan dinner jela.ooo lupa malas last tu makan saja dah RM100++ sebab makan encik lobster gitu...jadinya makan jadi RM300++ :)

Beli-belah) Beli dan terbelah lebih kurang RM500

Lain2) yang ni termasuklah budget masuk ke tempat lawatan n bla2 RM100

Keseluruhannya lebih kurang RM3000 all in.


2) Jalan-jalan

1st day: Jalan-jalan dekat 1Borneo Hypermart dengan pantai dekat dgn 1Borneo ...kemudian hari pun hujan..hehehe.

2nd day: Bertolak ke Kundasang..Singgah Pekan Nabalu , Kinabalu Park, Ronda-ronda pekan Kundasang

3rd day: Desa Cattle Farm , War Memorial, Pasar Filipina, UMS,Makan dekat Restoran Ocean

4th day: Ronda-ronda Waterfront 

Bab, jalan-jalan ni kami failed nak budget masa dan tempat.Tula jadi bila last minit baru nak arrange tempat, ingat nak pergi lah jalan ke aquarium dekat UMS ,lastly tutup, nak pergi tengok Mari-mari cultural village pulak kena ada tourist guide, kalau nak pi sendiri memang xboleh.rugiiii disitu....Biasanya hotel boleh arrange tour untuk kita.Bayar dalam RM100 boleh pergi tengok cultural village, Kota kinabalu city view  dan macam2 lagi la..huhu..takpelah next time...

3) Beli-belah

Ini pun ada satu kerugian sedikit..Biasanya ada pasar dekat Gaya Street pada hari ahad.Dah kami balik hari sabtu, xdapat lah nak pergi hehe..

Biasanya orang pergi sabah orang akan cari mutiara, ikan bilik, udang kering dan yang latest rumpai laut collagen yang sebenarnya xde collagen pun.hahahaha..mak tertipu..:P


4) Contras:

Saya tak suka pekan Nabalu...banyak hanjing dan kotor....hehehe
Sila arrange masa anda kalau nak pergi ke tempat lawatan sebab kebiasaannya jauh .Kalau ada duit lebih pergi ramai2 dan sewa van ambik tourist guide.Jimat masa dan banyak tempat boleh pergi, masa lebih terisi.

5) Pros:

Kinabali Pine Resort adalah sangat cantikkk...Dapat view yang menarik daripada situ sahaja...
Desa Cattle Farm juga sangat cantik macam dekat New Zealand ( berangan nak p NZ tapi bila tu tataulahh huhuhuhu)

6) Cik airis ok...alhamdulillah.balik dedar2 sikit tp behave sangat baik..cuma masa nak balik dia meragam membebel dalam kapal terbang..penat kot..hihhihi

The END...Moh tengok gambar...

                                                    Dekat Airport

                                                    Ibu dan ayah ..ibu pakai apron?hahaha

                                                    Yeay dah naik kapal terobang pada umur 5 bulan?hehe

                                         Pantai tatau nama dekat dengan UMS hehe

                                         Breakfast dekat Grand Borneo.
                                         Cik Airis: Ayah, menariknya sosej tu..

                                          Pekan Nabalu

                                          Kinabalu Park

                                         Kami...cik airis dudk dalam baby carrier..xperlu bawak stroller punn..

                                          Desa cattle farmm..cantikk
                    
                                         New Zealand? hahaha

                                                   Kinabalu PineResort..belakang tu Mount Kinabalu..
                                                  Cik Airis: huarghh kena paksa tangkap gamboo..hurmm ngantuklah ibu

                                                   Cik Airis: apa pandang2?taulah saya comei :P

                                          Kinabalu War Memorial..ostroliaa ok
                                         Dekat Le Merridian.
                                         Cik Airis: nak air skett
                                         Makan2 dekat restoran Ocean..hurmmm syedap lobster itu..
                                                   Pasar Filipina..
                                         Dari jauh di awang awangan hehe
                                         Hasil tangkapan......


Comments

  1. syoknya si kecik tu dah jln2 dok hotel best2 and naik kapal terbang lagi. twins mira tak tau bila nk dok hotel n naik kapal terbang. dah setahun lebih dah ni umur diorang.

    by the way... beli mana topi owl tu? sgt cute!

    ReplyDelete
  2. bestnya honeymoon..nak tunggu bonus la baru plan jalan-jalan ngan abam adam..hehe

    ReplyDelete
  3. both mother and daughter comel sangat! cik airis bambamnye.. :) cute! anyway, zura teringin nak pergi kinabalu pine resort entah bilalaaaah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Comment

Popular posts from this blog

Tahun 2021 pun dah hampir habis.

 Assalamualaikum. Rasanya lama dah tak menulis dalam blog ni.hampir 4 tahun. Blog ni memang temanya campur2 lebih kepada penulisan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Kebelakangan agak jarang jari ni menulis. aku bukanlah blogger yang menulis untuk dapatkan pendapatan semata. tujuan aku menulis dulu banyak mengenai luahan hati aku sendiri. Aku kadang rasa blog ni macam diari aku kot. sebab banyak juga luahan hati dan perasaan dituliskan di dalam blog ini. blog ni usia dia dah lebih 10 tahun pun. dan aku pun jarang menulis. rasa takda siapa yang masih baca pun.  dan hari ini tergerak rasa nak menulis . ok nanti sambung...saja nak start engine.Sebab dah mula bosan dengan social media yang ada sekarang ni. aku rasa nak beralih semula kepada blog. sekian.

GA 1st Year Blog Anniversary | aryshafayyadh.blogspot.com

Syarat2 Penyertaan : 1.  . Follow Page FB BloggerUtara ( WAJIB ) : BloggerUtara 2. Follow BLOG semua PENAJA ( WAJIB ) : aryshafayyadh  |  Kasihku Amani  |  Mrs Secretary  |  Dunia Zumal  |  Murni Alysa  |  Husna Zahidi  |  Cerita Orang Bujang  |  Fatimah Nabila  |  gnisnuy  |  Permata Biru  |  Arzmoha  |  Tasha Qisha  |  Hikayat Budak Pening  |  Yan Ty  |  Zai Zamree  |  Kira Sakura  |  Arwendanish  |  Siti Nurzafirah  |  Siti Sharini  |  Mia Zain  |  Cik Ash 3. Follow IG semua PENAJA (bagi yang ada) : @arysha_fayyadh  |  @zumal84  |  @murni.alysa  |  @dearhusnaaa  |  @cikpinz  |  @timmmbill  |  @gnisnuy  | @arzmoha  |  @tashaqishaofficial  |  @yantlee  |  @zai_zamree  |  @syakirayaakub |  @el_darwena  |  @zafirahkama  |  @mia_mzain  |  @sha_shikin 4. Follow Page FB  (bagi yang ada)   :  Mrs.Secretary Blog | Hikayat Budak Pening | SitiPrudentialWealthPlanner 5. Buat ENTRY bertajuk : GA 1st Year Blog Anniversary | aryshafayyadh.blogspot.com

Check list keperluan ibu dan baby( newborns)

picture taken from here http://babyproductreviewszone.com/tag/free-baby-stuff/  Assalamualaikum semua... I ni semua checklist yang saya cedok daripada beberapa blog untuk ingatan dan tatapan diri sendiri.Juga boleh jadi reference untuk orang lain :) Senarai yang perlu dibawa oleh bapa / suami (PENTING) 1. GL @ surat jaminan majikan@ kad insurans* 2. Kad merah ibu mengandung* 3. Kad pengenalan ibu dan bapa* 4. Duit* 5. Rekod kesihatan* Keperluan bayi di hospital(PENTING) 1. Selimut dan tuala untuk bayi* 2. Beberapa helai kain lampin dan sapu tangan* 3. Beberapa helai pampers* 4. 3 - 4 helai pakaian baby* 5. Beberapa pasang sarung tangan dan kaki/mitten and booties* 6. topi baby / cover kepala baby* 7. Bedung/barut baby* 8. Alatan mandian baby* 9. Wet tissue- untuk lap baby* 10.Minyak telon* 11.Baby dipers * *Keperluan ibu/mama di hospital ( PENTING) 1. Tuala 2. Barang mandian ( berus gigi ,ubat gigi, pencuci muka, bedak,lo