Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2010

OhOiiiiii....

Salam semua.. akhirnya berpeluang juga ku bebelkan di blog kesayangan ini..Terlampau bz bebenor sampai nak update pun xsempat ka? Last week busy dengan sukan lawn bowlsnya masa temasya sukan ipta ke-35 yang berlangsung kat USM ni.huhu.Maka impianku tercapailah nampaknya ye.Yela waktu student dulu saya memang terlepas peluang la jadi wakil uni sebab memikirkan masa depan.Masa tu dah 3rd year..Saya bergerak daripada bawah tau.Daripada pemain simpanan sampailah menjadi pemain.. Apa ada dengan sukan lawn bowls?hurm saya dengar la desas desus angin pasang kata sukan ni sukan slow, tak berpeluh dan tak guna tenaga..yela fizikal memangla kurang.tapi lutut saya ni terasa longgar jugak dek penangan lawn bowls..tau dak..hehe..Lepas tu plak kulitku hitam ni..hehehe So, sukan ni sebenarnya banyak guna mental daripada fizikal bagi yang tak tahu. Sukan ni taklah fancy mancy macam tenpin yang buat dalam shopping complex dan bangunan.Tapi saya sudah jatuh cinta dengan sukan ini..Oh lawn bo...

Salt Lake City...yeay..

Salam semua.. Harini dah hari jumaat, kejeku berlambak2...Tapi sebab nak ceritakan juga pengalaman yang julung2 kalinya ni bagi habis, maka saya meneruskan juga.Gelak je ni..dalam hati ada benda yang terbuku yang perihalnya sudah acap kali di'post'kan.Pasti kalian menjadi bosan jika kuceritakan lagi..hehe..oK.Berbalik kepada cerita di SLC. Sebelum bertolak ke SLC, saya dah menjenguk2 tempat yang patut dilawati di sana.hurm..Tengok2 tempatnya taklah bandar yang bandar sangat.Walaupun SLC ni dikatakan pekan yang terbesar dekat Utah, pekan dia taklah bandar sangat( harap2 kamu2 paham dengan ayat ni..hehe).Jadi hari pertama di sana, seharusnyalah tidur sepuas2nya untuk menghilangkan kesan 'jet lag' itu. 2nd day, kami meninjau2 tempat yang nak dituju masa conference berlangsung.Dekat US ni bezanya dengan negara kita, pemetaan dia bagus.Ada blok-blok.Bila tengok peta memang sangat senang faham.Nak sesat pun susah.Yang bestnya lagi dekat sana, ada shuttle bus and train.Fre...

3rd post png-cangi-narita-salt lake

Salam semua.. Oh saya tidak tahu samaada dapat meneruskan penulisan ini pada hari ini.Kenapa?adala rsa sedih sikit..hehe..kepada tuti sahabatku yang setia membaca.Akanku cuba habiskan cerita ini secepat mungkin sebab selepas ini 2minggu akanku outstation lagi menjadi atlit usm..hehe..bz kan?ada sebab saya membzkan diri.Harap yang paham tu pahamla..hehehe So lepas naik shuttle tu kami menuju ke hotel di Crowne Plaza Hotel.Jam baru menunjukkan jam 2petang.Saya dan bos merancang untuk ke downtown( hujung bandar dalam bahasa depa) untuk membeli luggage bag yang baru.Kami pun bertanya kepada staf hotel berkenaan dengan shuttle bus.Dia cadangkan kami pusing2 bandar dan melawat tempat yang menarik di SFO..Iaitu jambatan kaler merah yang cantik itu..Ohhh behnya.Tapi disebabkan kami nak pergi cari luggage bag saya, maka terbatal la angan-angan itu..hehe. Bandar yang kami nak pergi tu namanya POWELL.Sampai2 sana terus pergi cari kedai beg.Lepas2 dapat tu terus balik.Memang tak menikmati pemandan...

2 post png-cangi-narita-salt lake

Sambungan..... Maka naiklah ke kapal terbang ua itu..Saya duduk di barisan tengah..bermula dari penang-singapore tak ramai orang asing.Makin lama makin banyak.Dengan orang jepunnya, orang us sendiri dan lain2 orang la...Yang bertudungnya rasanya saya dengan bos dan ada lagi sorang makcik yang nak g melawat anaknya di us. Bila jadi macam tu, rasa sudah semakin jauh nak meninggalkan tempat tumpah darahku..Kami duduk di barisan tengah dengan mat salleh. Saya mula membayangkan apa nak dibuat 6-8 jam dalam dalam kapal terbang ni?Masa mula naik kami dihidangkan dengan hidangan istimewa yang depa tulis MOML-moslim meals.Menjadi vegetarian lah kami sepanjang2 penerbangan itu.Nasi dan sayur sayuran.hehe( dalam hati kata, kuruih la nanti..hehe). Sedap?taklah sedap.Tapi perut perlu dialas juga.betul x? Dalam plane itu ada mini tv untuk setiap penumpang dan earphone masing2. Maka sepanjang perjalanan itu saya duk melayan tidur dan personal tv dan radio jela..duk alih2 dengar lagu kegemaran lady an...

1 post png-cangi-narita-salt lake

salam semua.. Akhirnya dapat juga saya mencuri sedikit masa yang ada untuk menceritakan sedikit pengalaman yang ada sewaktu di tempat orang.So saya cuba meringkaskan dan memadatkan story yang ada.Yela nanti orang bosan pula nak membacanya.hehehe Okla...saya bertolak daripada Penang pada 19hb Mei 2010. Bertolak awal sebab takut 'jetlag' pula.Dalam erti kata lain jetlag ni macam mabuk2 cuaca dan waktu la..Yela sbb perjalanan yang akan dilalui tu makan masa berjam2 tambah pula dengan 'transit' 6 jam.Boleh dikatakan ambil masa sehari lebih jugala..huhu Jadi dari Penang bertolak dalam jam 8.30 malam.Sampai di Cangi, Singapore pada jam 11.30 malam.Waktu di singapura dengan kita tak jauh bezanya.Jadi tiada masalahla.Sampai di sana terasa sangatlah mengantuk.Tapi sebelum kami melabuhkan tirai pada malam itu, saya dan bos mahu memastikan pintu yg mana akan kami masuki untuk berlepas.Supaya senang pagi esok .betul x? Selepas itu, saya dan bos pergi mencari tempat untuk tidur pada...

Isolated?

Terasa mcm diriku telah diisolatedkan dr group itu setelah meninggalkan mereka untuk 2minggu...Adakah hanya perasaan? Mainan fikiran atau Ku merasakan diri ini telah jauh ketinggalan daripada mereka..Pengalaman yang mereka kecapi dalam 2minggu itu telah membuatkan diri rasa terasing dibumi sendiri....Perlukah ada perasaan begini????Adakah hanya diriku sendiri yang mengasingkan diri daripada mereka???Oh tidak..Sudah dapatku bayangkan pengakhirannya begini..Sudah pasti..Termampukah diriku mengejar bayang2 sendiri atau kembali mendapatkan rentak yang telahku tinggalkan buat seketika???Dengan ketiadaan kelengkapan diri yang cukup...Kurang motivasi di dalam diri...Mampukah aku????Mampukah??Perasaan negatif dan awan2 gelap dan kelabu sedang menyelubungi diri ini..Terasa mahu lari dari belenggu ini dan melepaskan impian ini yang telah sekian lama ku dambakan...Impian yang telahku korbankan seketika dulu kerana segulung ijazah...hoohoohoho....Bangun...Percayalah pada dirimu sndiri...Kemanakah...