Assalamualaikum. Saja saya nak update perkembangan kes saya sebulan yang lepas.Bagi yang ada baca , tahu, paham dan ambil tahu. Terima kasih dan tahniah saya ucapkan bagi pihak diri anda sendiri. Bagi yang take it for granted, sambil lewa, satu je nak pesan. Belum kena belum tahu dan jadikanlah iktibar ye. Terima kasih sebab mengikuti kes ini. Bak kata pepatah dah terkena barulah terngadah. Alhamdulillah hampir selesai semuanya setelah menang kes pada 2 hari lepas iaitu 27hbdisember2011. Sepatutnya pada 22hb disember 2011 sudah dipanggil untuk pendengaran kes, namun pihak penentang ( peniaga) tidak hadir ke mahkamah ttpm dan saya tiada bukti yang menunjukkan surat tuntutan telah dihantar kepada mereka. Bukti itu adalah pos berdaftar (AR). Kalau pergi dekat pejabat pos, diorg tahulah apa benda ni. Kalau xde bukti AR ni, memang susahlah sikit sebab ini adalah bukti penting dalam kes tuntutan di TTPM. Maka kes saya telah dipostpone ke tarikh 27hb disember 2011 baru2 ini. P...